JPKK Kampung Murni Jaya Kulaijaya Johor

JPKK Kampung Murni Jaya Kulaijaya Johor 🏡 JPKK Kampung Murni Jaya
“Bersatu • Maju • Sejahtera”
Menjadi penghubung masyarakat, menyantuni penduduk dan membawa suara kampung demi kesejahteraan bersama.

🌙🐄 KORBAN PERDANA UMNO BAHAGIAN KULAI 2026 🐄🌙📅 30 Mei 2026Alhamdulillah, Program Korban Perdana UMNO Bahagian Kulai 2026...
31/05/2026

🌙🐄 KORBAN PERDANA UMNO BAHAGIAN KULAI 2026 🐄🌙
📅 30 Mei 2026

Alhamdulillah, Program Korban Perdana UMNO Bahagian Kulai 2026 yang berlangsung pada 30 Mei 2026 telah disambut dengan penuh kemeriahan, semangat kebersamaan dan ukhuwah.

Sebanyak 2 ekor lembu telah disumbangkan bagi menjayakan ibadah korban tahun ini dengan kehadiran serta sokongan padu daripada AJK UMNO Cawangan, AJK JPKK Kg Murni Jaya serta penduduk sekitar yang bersama-sama berganding bahu menjayakan program ini.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada YB Dato’ Haji Mohd Jafni bin Md. Shukor selaku Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor merangkap Ketua UMNO Bahagian Kulai atas sumbangan, keprihatinan dan sokongan dalam menjayakan program korban ini.

Ucapan jutaan terima kasih juga kepada YAB Dato’ Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor atas sokongan dan komitmen berterusan terhadap kebajikan serta kesejahteraan rakyat negeri Johor.

Penghargaan turut dirakamkan kepada AJK UMNO Cawangan, AJK JPKK Kg Murni Jaya, pihak masjid dan seluruh penduduk setempat yang telah menyumbang tenaga, masa serta semangat gotong-royong sehingga program ini berlangsung dengan lancar dan penuh keberkatan.

Semoga segala amal ibadah korban yang dilaksanakan diterima Allah SWT serta terus mengeratkan silaturahim dan perpaduan masyarakat. 🤝✨

Terima kasih atas sokongan dan kebersamaan semua pihak.
JPKK Kg Murni Jaya

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Program Aqiqah dan Qurban bersama Masjid An-Najah Murni Jaya. 🐄✨Program ...
27/05/2026

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Program Aqiqah dan Qurban bersama Masjid An-Najah Murni Jaya. 🐄✨

Program penuh keberkatan ini telah menghimpunkan para peserta qurban yang terdiri daripada AJK JPKK Kg Murni Jaya, AJK serta qariah Masjid An-Najah, bersama penduduk sekitar yang berganding bahu dalam semangat ukhuwah, gotong-royong dan kebersamaan.

Terima kasih kepada semua yang terlibat sama ada sebagai peserta, penyumbang, petugas mahupun penduduk yang hadir membantu sehingga urusan aqiqah dan qurban dapat dilaksanakan dengan lancar dan sempurna.

Semoga segala ibadah, pengorbanan dan amal kebajikan yang dilakukan diterima serta diberkati Allah SWT, di samping terus mengeratkan silaturahim dalam komuniti kita. 🤝💚

JPKK Kg Murni Jaya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam. 🌙🐐
Aidiladha – lambang pengorbanan, keikhlasan dan penyatuan ummah.

26/05/2026

HEBAHAN TUNTUTAN SEMULA.
Salam Sejahtera & Salam Maju Johor.
Kepada seluruh warga Kulai dari setiap Dun, Mohon ambil maklum tentang tarikh penyerahan BKJ (tuntutan semula bagi yang tidak dapat hadir pd 21 & 22hb tempoh hari) adalah seperti di gambarajah berikut:

PERINGATAN PENTING : Hanya untuk 'SURIRUMAH & PERKAHWINAN NON MUSLIM SAHAJA!!!

SILA BAWA "SALINAN" :
1. K/P (IC), SIJIL NIKAH & PENDAPATAN SUAMI (SURIRUMAH)
2. K/P (IC SUAMI ISTERI), SIJIL NIKAH (PERKAHWINAN NON MUSLIM)

PASTIKAN NAMA ANDA LAYAK TERLEBIH DAHULU DI SISTEM :
bkj.johor.gov.my

25/05/2026

📢 PERHATIAN WARGA KG MURNI JAYA

Semakan Bantuan Kasih Johor (BKJ) khusus bagi penerima warga emas uzur dan OKU kini boleh dibuat secara dalam talian.

Bagi penerima yang tidak dapat hadir, wakil keluarga boleh membantu membuat semakan dan menghubungi agensi berkaitan untuk tindakan selanjutnya. Sekiranya nama tidak tersenarai atau permohonan tidak berjaya, rayuan boleh dikemukakan bermula 1 Jun hingga 14 Jun 2026.

Semakan boleh dibuat di:
[Sistem Bantuan Kasih Johor (BKJ)](https://bkj.johor.gov.my

JPKK Kg Murni Jaya sentiasa komited menyampaikan maklumat yang sahih, tepat dan pantas demi kemudahan penduduk setempat.





Alhamdulillah, program penyerahan Bakul Makanan daripada Yayasan Sultan Ismail telah berjaya dilaksanakan bagi membantu ...
24/05/2026

Alhamdulillah, program penyerahan Bakul Makanan daripada Yayasan Sultan Ismail telah berjaya dilaksanakan bagi membantu penduduk yang memerlukan di Kg Murni Jaya.

Penyampaian bantuan telah disempurnakan oleh Encik Dolmat Bin Dollah Ahli jawatankuasa JPKK Murni Jaya kawasan Kampung Sungai Besoi.

Semoga sumbangan bakul makanan ini dapat meringankan beban penerima serta memberi sedikit kegembiraan dan manfaat kepada keluarga yang memerlukan.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Yayasan Sultan Ismail atas sumbangan dan keprihatinan yang diberikan kepada masyarakat setempat. Semoga segala usaha kebajikan ini terus diberkati dan dipermudahkan.






23/05/2026
Alhamdulillah, program penyerahan Bakul Makanan daripada Yayasan Sultan Ismail telah berjaya dilaksanakan bagi membantu ...
22/05/2026

Alhamdulillah, program penyerahan Bakul Makanan daripada Yayasan Sultan Ismail telah berjaya dilaksanakan bagi membantu penduduk yang memerlukan di Kg Murni Jaya.

Penyampaian bantuan telah disempurnakan oleh Encik Zaini bin Bahron selaku Pengerusi Biro Ekonomi dan Keusahawanan, Encik Ramli bin Mahat daripada Biro Pembangunan dan Prasarana serta Encik Nurul Azzan Ahmad bin Ahmad selaku wakil Biro Belia dan Sukan JPKK Kg Murni Jaya.

Semoga sumbangan bakul makanan ini dapat meringankan beban penerima serta memberi sedikit kegembiraan dan manfaat kepada keluarga yang memerlukan.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Yayasan Sultan Ismail atas sumbangan dan keprihatinan yang diberikan kepada masyarakat setempat. Semoga segala usaha kebajikan ini terus diberkati dan dipermudahkan.






Alhamdulillah, program penyerahan Bakul Makanan daripada Yayasan Sultan Ismail telah berjaya disempurnakan bagi membantu...
22/05/2026

Alhamdulillah, program penyerahan Bakul Makanan daripada Yayasan Sultan Ismail telah berjaya disempurnakan bagi membantu penduduk yang memerlukan di kawasan Kg Murni Jaya.

Penyerahan sumbangan telah disampaikan oleh Pn. Sarina Dolmat, Pengerusi Biro Multimedia JPKK Kg Murni Jaya merangkap wakil kawasan Taman Murni Jaya dan Puan Asiana selaku Pengerusi Biro Kebajikan JPKK Kg Murni Jaya. Kehadiran dan komitmen kedua-dua wakil JPKK ini mencerminkan semangat prihatin serta kebersamaan dalam menyantuni masyarakat setempat.

Semoga bantuan yang disalurkan dapat meringankan beban penerima dan memberi manfaat kepada keluarga yang memerlukan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yayasan Sultan Ismail atas keprihatinan dan sumbangan yang diberikan kepada masyarakat Kg Murni Jaya. Semoga segala usaha murni ini terus diberkati dan dipermudahkan.







22/05/2026

MCMC mengeluarkan Tuntutan Statutori terhadap TikTok susulan kegagalan platform itu mengambil tindakan sewajarnya terhadap kandungan jelik melampau, palsu dan mengancam termasuk akaun palsu berkaitan institusi diraja. 📱⚖️

Tindakan itu diambil bagi memastikan kandungan berbahaya dapat disekat dan diturunkan dalam tempoh munasabah.




Address

Kampung Murni Jaya
Kulai
81850

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JPKK Kampung Murni Jaya Kulaijaya Johor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share