30/05/2026
Alhamdulillah, selesai sudah Program Qurban Surau Ar-Raudhah Taman YPJ 2026
Sebanyak 3 Ekor lembu berjaya dilapah & dibungkus dengan lancar. Proses Pengurusan Qurban dilaksanakan dengan teratur bagi memastikan tempoh selepas pelapahan tidak terlalu lama. Sekaligus mengeklakkan kualiti dan kesegaran daging Qurban.
Daging qurban kemudiannya diagihkan kepada penduduk Kampung PPRT Sri jaya serta Kampung Baru Sg Telur agar nikmat Aidiladha dapat dirasai bersama oleh lebih ramai insan.
Program ini turut diserikan lagi dengan Penduduk Taman YPJ yang hadir bergotong-royong menjayakannya. Suasana yang meriah lagi harmoni , masing masing menyumbang dengan kepakaran masing - masing menjadikan kerja yang berat jadi ringan.
Semoga setiap titis keringat, setiap sumbangan dan setiap ibadah yang dilaksanakan diterima oleh Allah SWT. Semoga kita berasa Bersyukur atas peluang untuk terus berkhidmat kepada masyarakat, mengeratkan ukhuwah dan menyebarkan manfaat melalui ibadah korban ini
TERIMA KASIH kepada Peserta Qurban bagi Tahun 2026, barisan JK Surau Ar-Raudhah & Semua Penduduk Taman YPJ yang telah bersama sama menjayakan Program Qurban Surau Ar-Raudhah Taman YPJ.*
*Semoga segala usaha ini mendapat ganjaran dan keberkatan daripada Allah S.W.T.