26/08/2025
Tarikh: 30/11/2024 SABTU (7 pagi – 9 malam)
Aktiviti: Program JQ PKSK Kulai - Melaka 2024
Lokasi: Sekitar Melaka
Alhamdulillah AJK PKSK telah berjaya melaksanakan program julung kali diadakan dalam pertubuhan iaitu Program Jamak Qasar Kulai-Melaka. Penyertaan amat menggalakkan dari ahli-ahli pertubuhan dan juga ahli keluarga.
5 lokasi pilihan iaitu :
Lokasi 1 : Balai Islam Negeri Melaka
- Kami disambut dengan sarapan pagi, seterusnya dibawa melawat kelas-kelas Saudara Baru dan akhir aktiviti disini, diberikan taklimat cara pengurusan Saudara Baru di Negeri Melaka dan juga kelas-kelas yang dijalankan.
Lokasi 2 : Masjid Selat Melaka
- Mendengar Tazkirah berkaitan solat Jamak dan Qasar dari Ustaz Raja Kamaruzzaman.
Lokasi 3 : Riviera Suites Melaka
- Singgah untuk makan tengahari disini.
Lokasi 4 : Masjid AL-Azim Melaka
- Para peserta program mempraktikkan Jamak Qasar (Zuhur - Asar) di Masjid ini,
Lokasi 5 : Perigi Hang Tuah Melaka
- Singgah untuk membeli cenderamata untuk dibawah p**ang.
Lokasi 6 : Masjid Cina Melaka
- Lawatan menyaksikan Masjid yang dibina dengan unsur reka bentuk bangunan bangsa Cina. Ini jelas menunjukkan bahawa Islam itu bukan milik satu bangsa melainkan agama Islam untuk semua bangsa. Biasa kita mendengar disini bila seseorang memeluk agama Islam, mereka mengatakan masuk melayu, kata-kata dari yang tidak memahami Islam sebenar.
Dalam perjalanan balik, Ustaz Hafidz mengadakan kuiz berkaitan Jamak Qasar didalam bas bagi memantapkan lagi pengetahuan dan pemahaman berkaitan program dan para peserta sekali lagi melakukan praktikal Jamak Qasar di Surau R&R Pagoh untuk Maghrib - Isyak.
Alhamdulillah, para peserta merasa teruja dengan penganjuran program seumpama ini dan mengharapkan akan ada lagi program-program seperti ini pada tahun-tahun akan datang.