Armada Bersatu Johor

Armada Bersatu Johor Angkatan Bersatu Anak Muda atau nama singkatnya ARMADA BERSATU adalah sayap belia bagi BERSATU

Program bantuan rakyat sepatutnya jadi tempat rakyat dibantu, bukan tempat parti tambah ahli.Jualan Kasih Johor ini guna...
24/05/2026

Program bantuan rakyat sepatutnya jadi tempat rakyat dibantu, bukan tempat parti tambah ahli.

Jualan Kasih Johor ini guna nama dan peruntukan kerajaan negeri. Jadi bila ada booth pendaftaran UMNO dalam program yang sama, memang rakyat akan persoal ini program kerajaan atau program parti?

Dato’ Onn Hafiz sebagai Menteri Besar patut lebih tegas dalam memastikan program kerajaan kekal profesional dan bebas daripada unsur politik kepartian.

Tak kira parti mana memerintah, prinsipnya mudah:
duit rakyat mesti digunakan untuk rakyat, bukan untuk bina imej atau gerakkan agenda parti.

Kalau perkara macam ini dibiarkan normal, akhirnya rakyat hilang keyakinan terhadap keikhlasan program bantuan kerajaan sendiri.


Onn Hafiz Ghazi

01/05/2026

Selamat Hari Pekerja 2026!

Di sebalik setiap kejayaan….
Ada keringat yang tidak pernah berhenti mengalir.

Dari tapak binaan, hospital, jalan raya, dapur hingga ke barisan hadapan…
Anda semua adalah wira sebenar negara.

Hari ini kita raikan usaha, pengorbanan dan dedikasi setiap insan yang bekerja tanpa kenal penat demi keluarga dan masa depan yang lebih baik.

Terima kasih kerana terus kuat, terus berjuang dan terus memberi yang terbaik!


KENYATAAN MEDIAISU ARAHAN AKTIVITI MEDIA SOSIAL: KETUA KAMPUNG BUKAN ‘CYBERTROOPER’ 1. Penularan arahan yang didakwa mew...
16/04/2026

KENYATAAN MEDIA
ISU ARAHAN AKTIVITI MEDIA SOSIAL:
KETUA KAMPUNG BUKAN ‘CYBERTROOPER’

1. Penularan arahan yang didakwa mewajibkan ketua-ketua kampung berinteraksi dengan hantaran media sosial Menteri Besar Johor, termasuk penggunaan “nombor badan” untuk pemantauan setiap minggu adalah sesuatu yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.

2. Sejak bila khidmat pemimpin akar umbi seperti Ketua Kampung diukur melalui butang “like”, “comment” dan “share”?

3. Jika arahan ini tidak benar, penafian rasmi mesti dibuat segera. Diam hanya mengundang persepsi negatif dan menjejaskan keyakinan rakyat.

4. Namun jika arahan ini benar wujud, ia adalah satu pendekatan yang memalukan dan tidak wajar sama sekali.

5. Tugas hakiki Ketua Kampung adalah sebagai pemimpin masyarakat yang berkhidmat kepada rakyat setempat, bukan menjadi petugas media sosial.

6. Ketua kampung bukan “cybertrooper”. Mereka dipilih untuk berkhidmat kepada masyarakat, bukan untuk memenuhi KPI politik di media sosial.

7. Mengukur sokongan melalui “like”, “comment” dan “share” bukan sahaja dangkal, malah menunjukkan keutamaan yang tersasar daripada realiti sebenar rakyat.

8. Di saat rakyat masih berdepan pelbagai isu asas, krisis dan masalah, adalah tidak masuk akal untuk mengalihkan fokus pemimpin akar umbi seperti Ketua Kampung kepada aktiviti yang tidak memberi manfaat langsung kepada kesejahteraan masyarakat.

9. Sokongan juga tidak boleh dipaksa dengan arahan. Kepercayaan p**a tidak lahir daripada angka atau algoritma, tetapi daripada kepimpinan yang berkesan dan berintegriti.

10. Sebarang pendekatan yang boleh ditafsirkan sebagai tekanan atau pemantauan terhadap sokongan wakil masyarakat adalah tidak sihat dan perlu dihentikanserta merta.

11. Pentadbiran harus kembali kepada keutamaan sebenar: menyelesaikan masalah rakyat, bukan membina persepsi di media sosial.

Yang dinilai rakyat ialah hasil kerja sebenar, bukan angka mahupun persepsi semata.

ALIAS RASMAN
KETUA ARMADA BERSATU NEGERI JOHOR
16 APRIL 2026

21/01/2026

Apa sudah jadi???

KENYATAAN MEDIA ARMADA BERSATU NEGERI JOHORARMADA JOHOR KECAM KENYATAAN WARTAWAN YANG MENYENTUH ISU PERKAUMAN DAN MENGGU...
16/01/2026

KENYATAAN MEDIA
ARMADA BERSATU NEGERI JOHOR

ARMADA JOHOR KECAM KENYATAAN WARTAWAN YANG MENYENTUH ISU PERKAUMAN DAN MENGGUGAT KEHARMONIAN NEGARA

ARMADA BERSATU Negeri Johor memandang serius satu temu bual yang disiarkan di beberapa platform media sosial melibatkan seorang wartawan tempatan bersama panel jemputan luar negara, yang mengandungi kenyataan berunsur perkauman serta menyentuh isu sensitif 3R.

Kenyataan yang disampaikan dalam temu bual tersebut didapati menyamakan kaum Melayu di Malaysia dengan rejim Zionis serta melabel masyarakat Melayu Muslim sebagai bersikap xenofobik dan anti-imigran. ARMADA Johor menegaskan bahawa kenyataan sedemikian adalah tidak bertanggungjawab, mengelirukan serta berpotensi menyemai kebencian antara kaum, sekali gus menggugat keharmonian dan kestabilan masyarakat majmuk di negara ini.

ARMADA Johor berpendirian bahawa kebebasan media tidak boleh disalahgunakan sehingga mencetuskan sentimen perkauman, mencabar sensitiviti rakyat, serta mencemarkan imej Malaysia di mata dunia. Lebih-lebih lagi apabila kandungan tersebut disiarkan secara terbuka dan boleh diakses oleh masyarakat antarabangsa, yang berisiko memberi implikasi negatif terhadap perpaduan nasional dan keyakinan pelabur asing.

Sehubungan itu, ARMADA BERSATU Negeri Johor melalui beberapa bahagian telah membuat beberapa laporan polis bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa. ARMADA Johor menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan secara telus, profesional dan adil tanpa sebarang campur tangan.

ARMADA Johor ingin menegaskan komitmen kami untuk terus mempertahankan prinsip keharmonian kaum, kebebasan bersuara yang bertanggungjawab serta kedaulatan undang-undang demi kesejahteraan negara.

MUHAMMAD HARITH BIN LOKMAN
NAIB KETUA
ARMADA BERSATU NEGERI JOHOR

"Armada Johor menegaskan bahawa kenyataan sedemikian adalah tidak bertanggungjawab, mengelirukan serta berpotensi menyemai kebencian antara kaum, sekali gus menggugat keharmonian dan kestabilan masyarakat majmuk di negara ini," katanya.

Selamat Tahun Baru 2026 buat semua khususnya anak muda Johor.Dunia makin laju, cabaran makin ‘real’ nyata.Tak semua perk...
01/01/2026

Selamat Tahun Baru 2026 buat semua khususnya anak muda Johor.

Dunia makin laju, cabaran makin ‘real’ nyata.
Tak semua perkara datang mudah dan masa depan tak berubah dengan sendiri tanpa usaha.

Anak muda mencorak generasi masa depan.
Ingat, apa yang kita buat hari ini akan menjadi sejarah esok.

Jadilah generasi yang peka, terus belajar dan berani ambil peranan walau kecil, tetap memberi makna.

Ayuh melangkah ke 2026 dengan sikap lebih matang dan keberanian untuk berubah kearah yang lebih baik.



SELAMAT TAHUN BARU 2026
IKHLAS DARIPADA
ARMADA BERSATU NEGERI JOHOR
01/01/2026

𝐃𝐀𝐔𝐋𝐀𝐓 𝐓𝐔𝐀𝐍𝐊𝐔Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang ...
22/11/2025

𝐃𝐀𝐔𝐋𝐀𝐓 𝐓𝐔𝐀𝐍𝐊𝐔

Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 22 November 2025 bersamaan 1 Jamadilakhir 1447H.

Daulat Tuanku!

22/11/2025

Address

Kulai

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Armada Bersatu Johor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share