Masjid Asy Syakirin Kudat

Masjid Asy Syakirin Kudat Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Masjid Asy Syakirin Kudat, Community Organization, kudat, Kudat.

๐Ÿ’ KURSUS PRA PERKAHWINAN ISLAM (SIRI 2) โ€“ DAERAH KUDAT ๐Ÿ’Assalamualaikum & salam sejahtera,Bagi anda yang merancang untuk...
02/04/2026

๐Ÿ’ KURSUS PRA PERKAHWINAN ISLAM (SIRI 2) โ€“ DAERAH KUDAT ๐Ÿ’

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Bagi anda yang merancang untuk mendirikan rumah tangga, jangan lepaskan peluang untuk menyertai kursus ini sebagai persediaan awal yang penting โค๏ธ

๐Ÿ“ Tempat: Masjid Asy-Syakirin
๐Ÿ“… Tarikh: 25 & 26 April 2026 (Sabtu & Ahad)
โฐ Masa: 7.30 pagi

๐Ÿ“Œ Maklumat Penting:
โœ”๏ธ Terhad kepada 100 peserta sahaja
โœ”๏ธ Yuran RM100 seorang
โœ”๏ธ Sila bawa salinan IC/Passport
โœ”๏ธ Pembayaran melalui QR Code sahaja

โœจ Lengkapkan diri dengan ilmu rumahtangga berlandaskan syariah sebelum melangkah ke alam perkahwinan.

๐Ÿ“ž Sebarang pertanyaan / pendaftaran:
010-878 2526 (Ustaz Mazlan)
014-686 2467 (Ustaz Kamarul)
013-557 7022 (Ustaz Nizam)

๐Ÿšจ Tempat TERHAD! Daftar segera sebelum penuh!

Muslimin &Muslimat Dijemput Hadir.Bersamaยฒ Kita Hidupkan 10 Malam Terakhir Di bulan yang Mulia ini.
12/03/2026

Muslimin &Muslimat Dijemput Hadir.

Bersamaยฒ Kita Hidupkan 10 Malam Terakhir Di bulan yang Mulia ini.

Jom Hadir Bersama, Menyemai Iman dalam Jiwa.
03/03/2026

Jom Hadir Bersama, Menyemai Iman dalam Jiwa.

1 Ramadhan 1 Hadith!Program Ihya Ramadhan Masjid Asy-Syakirin KudatTajuk: Kecelakaan Kepada Yang Mensia-siakan Ramadan ุน...
25/02/2026

1 Ramadhan 1 Hadith!

Program Ihya Ramadhan Masjid Asy-Syakirin Kudat

Tajuk: Kecelakaan Kepada Yang Mensia-siakan Ramadan
ุนูŽู†ู’ ุฃูŽุจููŠ ู‡ูุฑูŽูŠู’ุฑูŽุฉูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽ : ู‚ูŽุงู„ูŽ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ : " ุฑูŽุบูู…ูŽ ุฃูŽู†ู’ูู ุฑูŽุฌูู„ู ุฐููƒูุฑู’ุชู ุนูู†ู’ุฏูŽู‡ู ููŽู„ูŽู…ู’ ูŠูุตูŽู„ู‘ู ุนูŽู„ูŽูŠู‘ูŽุŒ ูˆูŽุฑูŽุบูู…ูŽ ุฃูŽู†ู’ูู ุฑูŽุฌูู„ู ุฏูŽุฎูŽู„ูŽ ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽู…ูŽุถูŽุงู†ูุŒ ุซูู…ู‘ูŽ ุงู†ู’ุณูŽู„ูŽุฎูŽ ู‚ูŽุจู’ู„ูŽ ุฃูŽู†ู’ ูŠูุบู’ููŽุฑูŽ ู„ูŽู‡ูุŒ ูˆูŽุฑูŽุบูู…ูŽ ุฃูŽู†ู’ูู ุฑูŽุฌูู„ู ุฃูŽุฏู’ุฑูŽูƒูŽ ุนูู†ู’ุฏูŽู‡ู ุฃูŽุจูŽูˆูŽุงู‡ู ุงู„ู’ูƒูุจูŽุฑูŽุŒ ููŽู„ูŽู…ู’ ูŠูุฏู’ุฎูู„ูŽุงู‡ู ุงู„ู’ุฌูŽู†ู‘ูŽุฉูŽ ". ู‚ูŽุงู„ูŽ ุนูŽุจู’ุฏู ุงู„ุฑู‘ูŽุญู’ู…ูŽู†ู : ูˆูŽุฃูŽุธูู†ู‘ูู‡ู ู‚ูŽุงู„ูŽ : ุฃูŽูˆู’ ุฃูŽุญูŽุฏูู‡ูู…ูŽุง.
ูˆูŽูููŠ ุงู„ู’ุจูŽุงุจู ุนูŽู†ู’ ุฌูŽุงุจูุฑู ูˆูŽุฃูŽู†ูŽุณูุŒ ูˆูŽู‡ูŽุฐูŽุง ุญูŽุฏููŠุซูŒ ุญูŽุณูŽู†ูŒ ุบูŽุฑููŠุจูŒ ู…ูู†ู’ ู‡ูŽุฐูŽุง ุงู„ู’ูˆูŽุฌู’ู‡ูุŒ
Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah r.a., beliau berkata,Rasulullah ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… bersabda: "Celakalah seseorang apabila namaku disebut-sebut dihadapannya dan dia tidak mengucapkan selawat kepadaku. Celakalah seseorang,apabila bulan Ramadan menemuinya kemudian berlalu pergi sebelum dia mendapatkan keampunan dan celakalah seseorang yang kedua orang tuanya berusia lanjut namun kedua orang tuanya tidak menjadi sebab yang memasukkannya ke dalam Syurga (kerana tidak berbakti kepada ibu bapanya)."(Riwayat al-Tirmizi, Kitab ad-Daรกwat, Bab Qawlu Rasulullah SAW Ghurima Anfun Rajulun, no. 3545, dengan katanya hadith ini hasan gharib pada jalur ini)

Pengajaran Hadith:
1. Hadis ini dan beberapa riwayat hadis yang lain terdapat beberapa penambahan lafaz tetapi dalam setiap lafaz hadis ini menyebut tentang perkara yang sama, iaitu ุฑูŽุบูู…ูŽ ุฃูŽู†ู’ููู‡ู
yang secara literalnya bermaksud: โ€œHidungnya melekat pada tanah.โ€
Imam al-Nawawi menyebut dalam syarah hadis lain, "maknanya: hidungnya melekat pada tanah (debu), sebagai kiasan kepada kehinaan dan kerugian." Dalam uslub arab Ini disebut:
ูƒู†ุงูŠุฉ ุนู† ุงู„ุฐู„ ูˆุงู„ู‡ูˆุงู†
(Kiasan kepada kehinaan dan kerugian). Bermaksud ia bukan sekadar doa biasa, tetapi doa yang membawa makna:
i. Doa kehinaan
ii. Doa kerugian
iii. Simbol kehinaan dan kerendahan
Apa yang lebih berat lagi adalah doa ini bukan sekadar doa manusia biasa tetapi ia adalah doa Jibril ุนู„ูŠู‡ ุงู„ุณู„ุงู… dan diaminkan oleh Rasulullah ๏ทบ kepada 3 golongan iaitu:
i. Seseorang yang menjalani bulan Ramadan tanpa sempat serta tidak melakukan amalan kebaikan dan akhirnya tidak mendapat keampunan daripada Allah SWT.
ii. Seseorang yang mengabaikan dan tidak berbakti kepada ibu atau bapanya yang masih hidup kerana berbuat baik kepada ibubapa adalah antara penyebab seseorang itu dimasukkan ke dalam syurga.
iii. Seseorang yang tidak berselawat apabila nama Baginda ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… disebutkan.
2. Imam Ibn Rajab al-Hanbali berkata dalam Lataโ€™if al-Maโ€˜arif:
"Sesungguhnya bulan Ramadan adalah musim keampunan, rahmat dan pembebasan daripada api neraka. Maka sesiapa yang tidak diampunkan pada bulan itu, maka bilakah lagi dia akan diampunkan? Dan sesiapa yang tidak dibebaskan daripada neraka pada bulan itu, maka bilakah dia akan dibebaskan? Dan sesiapa yang tidak bertaubat kepada Allah serta kembali kepada-Nya pada bulan itu, maka bilakah dia akan kembali?
Telah datang dalam hadis: โ€œCelakalah seseorang yang sempat bertemu Ramadan tetapi tidak diampunkan.โ€ Itu kerana ia bulan dibuka pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka, dan dibelenggu syaitan. Maka jika seorang hamba tidak diampunkan bersama semua sebab-sebab ini, maka dialah orang yang benar-benar terhalang (mahrum)."
3. Golongan kedua yang termasuk dalam doa kebinasaan ini adalah tentang besarnya dosa derhaka (ุนู‚ูˆู‚ ุงู„ูˆุงู„ุฏูŠู†) dan syurga terletak pada keredaan mereka Peluang ke syurga sangat terbuka bagi orang yang berbakti kepada kedua ibubapanya sebab itu hadis ini meletakkan kegagalan berbakti kepada ibu bapa sebaris dengan kegagalan Ramadan kerana kedua-duanya peluang emas menuju syurga.
3. Manakala golongan ketiga adalah apa yang dijelaskan oleh Imam al-Sakhawi bahawa meninggalkan selawat ketika nama Nabi ๏ทบ disebut adalah tanda:
i. Kekerasan hati
ii. Kurang adab terhadap Rasulullah ๏ทบ
iii. Kehilangan keberkatan
Bahkan selawat adalah:
ุณูŽุจูŽุจูŒ ู„ูู†ูŽูŠู’ู„ู ุดูŽููŽุงุนูŽุชูู‡ู ๏ทบ
(Sebab mendapat syafaat Baginda ๏ทบ
4. Dalam menjalani Ramadan, marilah bermusahabah dan menilai kembali ibadah-ibadah yang telah dilakukan adakah memenuhi piawaian yang dikehendaki Allah SWT dan RasulNya SAW kerana peluang yang datang mungkin tidak sama dan berulang kembali.

"Semoga apa yang dibaca dapat diamalkan dan disampaikan."

1 Ramadhan 1 Hadith!Program Ihya Ramadhan Masjid Asy-Syakirin KudatTajuk: Doa Orang Berpuasa MustajabุนูŽู†ู’ ุฃูŽุจููŠ ู‡ูุฑูŽูŠู’ุฑูŽ...
23/02/2026

1 Ramadhan 1 Hadith!

Program Ihya Ramadhan Masjid Asy-Syakirin Kudat

Tajuk: Doa Orang Berpuasa Mustajab
ุนูŽู†ู’ ุฃูŽุจููŠ ู‡ูุฑูŽูŠู’ุฑูŽุฉูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽ : ู‚ูŽุงู„ูŽ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ : " ุซูŽู„ูŽุงุซูŽุฉูŒ ู„ูŽุง ุชูุฑูŽุฏู‘ู ุฏูŽุนู’ูˆูŽุชูู‡ูู…ู ุ› ุงู„ุตู‘ูŽุงุฆูู…ู ุญูŽุชู‘ูŽู‰ ูŠููู’ุทูุฑูŽุŒ ูˆูŽุงู„ู’ุฅูู…ูŽุงู…ู ุงู„ู’ุนูŽุงุฏูู„ูุŒ ูˆูŽุฏูŽุนู’ูˆูŽุฉู ุงู„ู’ู…ูŽุธู’ู„ููˆู…ู ูŠูŽุฑู’ููŽุนูู‡ูŽุง ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ููŽูˆู’ู‚ูŽ ุงู„ู’ุบูŽู…ูŽุงู…ูุŒ ูˆูŽูŠูŽูู’ุชูŽุญู ู„ูŽู‡ูŽุง ุฃูŽุจู’ูˆูŽุงุจูŽ ุงู„ุณู‘ูŽู…ูŽุงุกูุŒ ูˆูŽูŠูŽู‚ููˆู„ู ุงู„ุฑู‘ูŽุจู‘ู : ูˆูŽุนูุฒู‘ูŽุชููŠ ู„ูŽุฃูŽู†ู’ุตูุฑูŽู†ู‘ูŽูƒู ูˆูŽู„ูŽูˆู’ ุจูŽุนู’ุฏูŽ ุญููŠู†ู ". ุฑูˆุงู‡ ุงู„ุชุฑู…ุฐูŠุŒ ูˆู‚ุงู„::
ู‡ูŽุฐูŽุง ุญูŽุฏููŠุซูŒ ุญูŽุณูŽู†ูŒุŒ
Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah r.a., beliau berkata ,Rasulullah ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… bersabda: โ€œTiga orang yang tidak akan ditolak doa-doa mereka. (Pertama) Seorang yang berpuasa sehingga dia berbuka, (kedua) seorang imam (pemerintah/ketua/suami) yang adil dan (ketiga) doa seorang yang dizalimi. Allah SWT akan mengangkat doanya ke atas awan dan dibukakan untuknya pintu-pintu langit dan Allah SWT akan berfirman:โ€œDemi kemuliaan dan keagungan-Ku, pasti Aku (Allah) akan menolong kamu walaupun selepas beberapa ketika.โ€(Riwayat At-Tirmidzi, Kitab ad-Daโ€™awat, Bab Fi al-โ€™Afwi waal-โ€™Afiyah, no. 3598, dengan katanya, hadith ini hasan)

Pengajaran Hadith:
1. Allah SWT Maha Mendengar akan setiap doa hamba-hambaNya. Selain hadith ini, banyak hadith lain yang menjelaskan bahawa doa dalam bulan Ramadan akan diterima secara khusus. Tiada keraguan lagi dalam penyempurnaan perkara ini kerana Allah SWT telah berjanji dan janji itu disampaikan p**a oleh seorang Rasul yang benar lagi amanah
2. Namun, banyak hadith lain yang menjelaskan bahawa Allah SWT tidak akan menerima doa daripada beberapa golongan, antaranya apa yang dijelaskan oleh Imam al-Nawawi dalam mensyaratkan hadith no. 2735, menyatakan, iaitu (pertama) doa yang mengandungi dosa atau (kedua) yang memutus silaturrahim, tidak akan diterima. Memutuskan silaturrahim adalah dosa besar dan hadis ini mendorong agar menjaga hubungan kekeluargaan. (Ketiga) Doa dalam keadaan tergesa-gesa, maksudnya berputus asa lalu meninggalkan doa. Istijabah (penerimaan doa) berlaku menurut hikmah Allah, sama ada:
i. Disegerakan,
ii. Disimpan untuk akhirat, atau;
iii. Diganti dengan pencegahan keburukan.
3. Justeru, seseorang itu tidak seharusnya berputus asa apabila doanya belum dimustajabkan, sebaliknya hendaklah dia berusaha menyempurnakan segala perintah Allah SWT, menjaga adab-adab berdoa dengan penuh harapan agar doa yang dipohon akan dimustajabkan.

"Semoga apa yang dibaca dapat diamalkan dan disampaikan."

20/02/2026

1 Ramadhan 1 Hadith!

Program Ihya Ramadhan Masjid Asy Syakirin Daerah Kudat Masjid Asy Syakirin Kudat

Tajuk: Dua Kegembiraan Bagi Orang Yang Berpuasa
ุนูŽู†ู’ ุฃูŽุจููŠ ู‡ูุฑูŽูŠู’ุฑูŽุฉูŽ ุฑูŽุถููŠูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู†ู’ู‡ูุŒ ู‚ูŽุงู„ูŽ : ู‚ูŽุงู„ูŽ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ : ู„ูู„ุตู‘ูŽุงุฆูู…ู ููŽุฑู’ุญูŽุชูŽุงู†ู : ููŽุฑู’ุญูŽุฉูŒ ุนูู†ู’ุฏูŽ ููุทู’ุฑูู‡ูุŒ ูˆูŽููŽุฑู’ุญูŽุฉูŒ ุนูู†ู’ุฏูŽ ู„ูู‚ูŽุงุกู ุฑูŽุจู‘ูู‡ูุŒ ู…ุชูุฑู‚ ุนู„ูŠู‡
Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah r.a., beliau berkata, Rasulullah ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… bersabda:โ€œBagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan yang dia akan bergembira dengan kedua duanya; (pertama) apabila berbuka puasa, dia bergembira dapat menunaikan puasa dan (kedua) apabila bertemu dengan Tuhannya, dia bergembira disebabkan (ganjaran) ibadah puasanya itu.โ€ (Muttafaqun โ€˜Alayhi, riwayat al-Bukhari, Kitabash-Shaum, Bab Hal Yaqulu Inni Shaimun Iza Sutima, no. 1904, Muslim, Kitab ash-Shiyam,Bab Fadhlu ash-Shiyam, no. 1151)

Pengajaran Hadith:
1. Semua manusia menginginkan kegembiraan, namun hanya sedikit sahaja yang mendapat kegembiraan yang hakiki
2. Kebanyakan manusia terjerumus dalam kegembiraan palsu yang penghujungnya adalah kesengsaraan kerana kegembiraan hakiki itu hanyalah daripada Allah SWT.
3. Justeru, Allah SWT menjanjikan melalui lidah Rasul-Nya akan mengurniakan dua kegembiraan kepada orang yang berpuasa dan mematuhi adab-adabnya dengan sempurna.

"Semoga apa yang dibaca dapat diamalkan dan disampaikan."

Assalaamu'alaikum Wbt warga Kudat..Insya-Allah Jumpa anda malam ini.Jemput Semua Hadir memeriahkan Kenduri SeBandar Kuda...
17/02/2026

Assalaamu'alaikum Wbt warga Kudat..

Insya-Allah Jumpa anda malam ini.

Jemput Semua Hadir memeriahkan Kenduri SeBandar Kudat di Masjid Asy Syakirin Kudat .

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah,Dijemput seluruh masyarakat untuk ...
12/02/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah,
Dijemput seluruh masyarakat untuk bersama-sama memeriahkan Program Gotong-Royong Perdana Sempena Ambang Ramadhan yang akan diadakan pada:
๐Ÿ“… 14 Februari 2026 (Sabtu)
โฐ 8.00 pagi โ€“ 11.00 pagi
๐Ÿ“ Masjid Asy-Syakirin, Daerah Kudat
Marilah kita berganding bahu membersihkan dan menceriakan rumah Allah sebagai persediaan menyambut bulan Ramadhan yang penuh keberkatan.
Kehadiran dan kerjasama tuan/puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
โ€œRingan sama dijinjing, berat sama dipikul.โ€

ayuh Warga Kudat.Jadi sahabat Al-Quran.
09/02/2026

ayuh Warga Kudat.

Jadi sahabat Al-Quran.

09/02/2026

Detik Menanti Ramadan Semakin Hampirโ€ฆ

Tinggal 8 hari lagi sebelum Cerapan Hilal Ramadan dilaksanakan. Saat yang dinanti-nantikan umat Islam bagi menyambut bulan penuh rahmat, keampunan dan keberkatan.

Marilah kita persiapkan diri dengan doa, muhasabah dan azam untuk menyambut Ramadan dengan hati yang bersih dan jiwa yang lebih dekat kepada-Nya.







04/10/2025

๐Ÿ“ข KURSUS PRA PERKAHWINAN ISLAM (SIRI 4)
Daerah Kudat

๐Ÿ“… Tarikh: 11 & 12 Oktober 2025
โฐ Masa: 7.30 pagi
๐Ÿ“ Tempat: Masjid Asy Syakirin, Kudat

๐Ÿ’ฐ Yuran: RM100 seorang

๐Ÿ“ž Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
โœ… 014-6862467
โœ… 013-5577022
(Atau datang ke Pejabat JHEAINS Kudat)

MEMORANDUM UNTUK EDARAN SEGERA.Tarikh : 02 Oktober 2025 Kepada:Pengerusi Jawatankuasa Masjid dan Surau,Seluruh Negeri Sa...
02/10/2025

MEMORANDUM UNTUK EDARAN SEGERA.
Tarikh : 02 Oktober 2025

Kepada:

Pengerusi Jawatankuasa Masjid dan Surau,
Seluruh Negeri Sabah.

Melalui:
Pegawai Tadbir Agama Daerah,
Seluruh Negeri Sabah.

Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh,

Ybhg Datuk/ Tuan,

*PELAKSANAAN SOLAT HAJAT KHAS DAN DOA SELAMAT BAGI 13 WARGA MALAYSIA DAN SELURUH KRU MISI SUKARELAWAN GLOBAL SUMUD FLOTILLA*

Dengan penuh takzim dan sukacita perkara di atas mohon dirujuk.

2.Adalah dimaklumkan bahawa satu Misi Kemanusiaan Global Sumud Flotilla menghantar bekalan ke Gaza sedang dalam pelayaran menuju destinasi. Maklumat terkini terdapat sedikit musibah dan halangan misi dengan kejadian 5 kapal misi terputus hubungan termasuk penahanan aktivis melibatkan anak Sabah. Jabatan ini mengambil inisiatif menyahut saranan YAB Ketua Menteri untuk mengenepikan perbezaan idiologi untuk bersolidariti bersama mendoakan keselamatan dan kejayaan misi ini dengan arahan masjid-masjid melaksanakan Solat Hajat Khas dan Doa Selamat pada ketetapan berikut :

Tarikh : 02 Oktober 2025 ( Khamis )
Masa : Selepas Solat Fardhu Zohor dan Solat Fardhu Maghrib
Tempat: Di Masjid atau Surau seluruh Negeri Sabah

3.Besarlah harapan pihak Jabatan agar perkara ini dapat diambil perhatian dan tindakan sewajarnya. Bersama kita mendoakan agar tahanan dapat dibebaskan dalam keadaan selamat dan misi kemanusiaan ini akan mendapat keberkatan dan kejayaan.

Sekian, wassalam

" MALAYSIA MADANI "
" BERKHIDMAT UNTUK NEGARA "

*DATUK JUMAIN BIN ABDUL GHANI*

Pengarah,
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah.

*SABAH MAJU JAYA*

S.k
Yang Berhormat,
Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd. Arif, JP.
Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi Sabah.
Merangkap Exco Agama dan Exco Pendidikan.

Address

Kudat
Kudat
89058

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Asy Syakirin Kudat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share