Loro Kecil merupakan kampung pesisiran laut yang terletak lebih kurang 35km dari Pekan Kudat dan 10km dari Simpang Mengayau (Tip of Borneo). Komuniti kampung rata-rata berbangsa Rungus dan sudah bertapak di kawasan ini selama 5 generasi. Kawasan perkuburan lama (sebelum Peperangan Dunia ke 2) masih ada di kampung ini. Loro Kecil adalah berasaskan perikanan dan pertanian. Pantai yang ada berdekata
n dinamakan Pantai Loro Kecil dan merupakan pantai jenis "Pocket Beach". Keindahan pesisiran pantai Loro Kecil ini mempunyai nilai tinggi sebagai tapak kajian, pendidikan dan rekreasi,maka dengan itu mempunyai potensi tinggi untuk perlancongan geo (Sumber :http://www.gsm.org.my/products/702001-100338-PDF.pdf )
Antara Objektif penubuhan Page Loro Kecil ini adalah:-
1) Sebagai platform online pertama untuk Kg. Loro Kecil bagi menceritakan kekayaan budaya dan alam semulajadi yang ada di sini dan sekitarnya.
2) Solidariti untuk komuniti Kg. Loro Kecil dan kampung-kampung sekitar yang turut mengalami ancaman "land grabbing" atau pengambilan tanah kampung tanpa pengetahuan komuniti atas dasar pelan pembangunan kawasan Pantai Barat Sabah sebagai Hub Pelancongan (Sumber: Sabah Structural Plan 2033)
Lokasi : https://goo.gl/maps/8eATZHAvJBT2