Monungkus, Kg.Inukiran Kudat

Monungkus, Kg.Inukiran Kudat Community project to preserve and promote Rungus culture and heritage. This includes nature conservation.

14/09/2024

Terpaksa tumbang getah yang membahayakan keselamatan di musim kuat angin. Si Gaman tukang tumbang dan dibantu oleh kump**an Madtapol. Senang² saja tarik kalau sudah monguham bikin kuat😂

Live view from PH. Bah mari teman² membukit sambil healing-healing😂
11/09/2024

Live view from PH. Bah mari teman² membukit sambil healing-healing😂

Dia-dia sudah ini. Apa kamu panggil ini buah? Lokasi dirahsiakan😂
07/09/2024

Dia-dia sudah ini. Apa kamu panggil ini buah? Lokasi dirahsiakan😂

Membukit lagi di PH..itu matahari mcm di atas kepala saja😂
05/09/2024

Membukit lagi di PH..itu matahari mcm di atas kepala saja😂

04 Sept 2024, Satu program penggambaran tentang pembangunan lestari orang asal di sekitar Kg.Inukiran telah dijalankan. ...
04/09/2024

04 Sept 2024, Satu program penggambaran tentang pembangunan lestari orang asal di sekitar Kg.Inukiran telah dijalankan. Program ini dianjurkan oleh pihak Sunway Education dan WWF-Malaysia. Pihak penganjur telah berhubung dengan pemimpin kampung untuk kebenaran menjalankan penggambaran dan Monungkus telah diberi kepercayaan untuk menjadi tuan rumah bagi program ini.

Antara aktiviti yang telah dibuat adalah rakaman video kump**an wanita Monungkus sedang menganyam ribu-ribu dan temuramah bersama wakil yang telah dilantik. Rakaman telah dilaksanakan oleh krew dari Borneo Demand Productions. Selain daripada itu, Monungkus telah mempamerkan produk kraftangan ribu-ribu, inavol dan manik.

Pada sebelah petang, krew penggambaran telah bergerak ke kawasan tanah kampung Inukiran iaitu di kawasan atas dengan diiringi oleh JPKK dan Ketua Kampung Inukiran. Diucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Sunway Education, WWF-Malaysia dan pemimpin Kampung Inukiran. Tidak lupa juga kepada ahli kump**an wanita Manahum yang telah menjayakan program ini. Kalian memang terbaik!

Belanja dulu view sunset dari Pinogiduon hill yang sebentar tadi. Original ini tiada edit²😂
22/08/2024

Belanja dulu view sunset dari Pinogiduon hill yang sebentar tadi. Original ini tiada edit²😂

Sambung cerita Pinogiduon hill.. nampaknya masih ada hutan yang masih mantap. Masih kelihatan pokok-pokok yang besar. Ma...
20/08/2024

Sambung cerita Pinogiduon hill.. nampaknya masih ada hutan yang masih mantap. Masih kelihatan pokok-pokok yang besar. Masuk saja dalam hutan ni, terus terasa macam di alam yang lain😂

Kalau difikir-fikir, sebenarnya kebanyakan kawasan yang gondol pada masa ini adalah kawasan tanaman getah sedia ada. Tidak juga banyak hilang kawasan yg legend mcm itu pokok liposu. Jadi apa mcm..on x on😂

Pasti ramai yang tertanya-tanya kenapa hiking Pinogiduon hill tidak lagi beroperasi. Lihatlah sendiri bagaimana keadaan ...
18/08/2024

Pasti ramai yang tertanya-tanya kenapa hiking Pinogiduon hill tidak lagi beroperasi. Lihatlah sendiri bagaimana keadaan bukit ini yang dulunya dipenuhi oleh kehijauan alam semulajadi.

Kini, bukit ini sudah gondol dan hanya tinggal sedikit kawasan hijau yang masih tersisa iaitu di kaki bukit. Memang agak sayang..namun, kawasan tersebut adalah tanah persendirian dan pemilik mempunyai hak untuk menentukan masa depan kawasan ini.

Apapun, bagi peminat hiking yg s**a melihat panaroma dan keindahan sunset, inilah masa yang sesuai. Luas mata memandang 360 darjah..cuma perlu ngam timing utk melakukan aktiviti hiking agar tidak terbakar oleh panas terik matahari😂

Hello sahabat/follower Monungkus. Cuba kamurang hai-hai dulu bah😂. Macam terlalu lama sudah ni tiada muncul² di alam may...
17/08/2024

Hello sahabat/follower Monungkus. Cuba kamurang hai-hai dulu bah😂. Macam terlalu lama sudah ni tiada muncul² di alam maya. Tapi semenjak dua menjak ni ramai p**a mencari kami di platform lain. Macam menyuruh p**a kasi rancak balik ni FB page😁

Address

Kg. Inukiran, Matunggong
Kudat
89058

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 14:00 - 17:00

Telephone

+601131363405

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Monungkus, Kg.Inukiran Kudat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share