20/06/2026
PENYERTAAN BENGKEL TADBIR URUS PERTUBUHAN BELIA SIRI 2 (BTU 2026) PERINGKAT ZON SABAH
KUDAT, 20 JUN 2026 – Barisan ahli jawatankuasa dan wakil ahli Kelab Rakan Muda Kudat telah menghadiri Bengkel Tadbir Urus Pertubuhan Belia Siri 2 (BTU 2026) Peringkat Zon Sabah yang dijalankan secara dalam talian pada hari ini.
Sesi bimbingan dan platform kolaboratif ini turut dihadiri oleh Tuan Azis Ason dan Puan Nyuk Yin Tseu selaku pegawai yang mewakili Pejabat Belia dan Sukan Persekutuan Bahagian Kudat sebagai tanda sokongan berterusan agensi terhadap pemantapan tadbir urus organisasi belia di peringkat daerah.
Bengkel anjuran Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) ini bertujuan untuk memastikan setiap pertubuhan belia bergerak selaras dengan dasar perundangan, telus, serta mempunyai tadbir urus dalaman yang sistematik.
Sepanjang bengkel berlangsung, terdapat tiga (3) pengisian dan topik utama yang telah dibentangkan:
1) Sistem MYKD (Maklumat Yuran & Keahlian/Dokumen):
-Sesi taklimat kritikal mengenai tanggungjawab dan tempoh wajib penghantaran dokumen MYKD ke Pejabat ROY, iaitu dalam tempoh 60 hari selepas tarikh Mesyuarat Agung selesai, atau dalam tempoh 60 hari dari berakhirnya tahun kalendar (31 Disember) bagi tahun tidak bermesyuarat agung.
2)Penilaian Penarafan Bintang Pertubuhan Belia:
- Pembentangan oleh En. Muhammad Mohsien bin Jamaluddin, Penolong Pegawai Daftar Kanan (Unit Pengurusan MYKD & Penarafan Bintang, Cawangan Penyelarasan dan Pemantauan, Pejabat ROY KBS Malaysia), yang memperincikan kriteria standard tadbir urus terbaik bagi meningkatkan penarafan bintang sesebuah organisasi.
3)Program Santuni Pertubuhan Belia (Sejati MADANI x Belia):
- Pendedahan mengenai inisiatif strategik kerajaan dalam memperkasakan komuniti belia melalui program Sejati MADANI bagi memacu aktiviti belia yang berimpak tinggi dan mampan.
Segala input, garis panduan, dan ilmu pengurusan yang diperolehi melalui bengkel ini akan diaplikasikan sepenuhnya demi memperkukuh lagi struktur pentadbiran internal Kelab Rakan Muda Kudat.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) Zon Sabah atas penganjuran bengkel yang sangat inklusif ini, serta komitmen daripada Pejabat JBSN Bahagian Kudat dalam membimbing gerak kerja belia setempat.
"Belia Berintegriti, Organisasi Berkualiti"