Banggi Island Slingshot Community -Bisc-

Banggi Island Slingshot Community -Bisc- Banggi Island Slingshot Community (BISC)

🇲🇾 JELAJAH MERDEKA BISC KE AIR TERJUN NEBONG 🇲🇾Sempena menyemarakkan semangat Hari Kebangsaan dan bulan kemerdekaan, rom...
12/08/2026

🇲🇾 JELAJAH MERDEKA BISC KE AIR TERJUN NEBONG 🇲🇾

Sempena menyemarakkan semangat Hari Kebangsaan dan bulan kemerdekaan, rombongan Banggi Island Slingshot Community (BISC) telah mengadakan satu ekspedisi santai dan penuh cabaran ke Air Terjun Nebong, yang terletak di kawasan Kampung Kapitangan, Pulau Banggi, Daerah Kudat, Sabah.

Perjalanan ini bukan sekadar sebuah aktiviti rekreasi, tetapi menjadi ruang untuk mengeratkan lagi silaturahim, persahabatan dan semangat kekitaan dalam kalangan ahli BISC. Dengan meredah laluan hutan, menempuh pelbagai cabaran serta menikmati keindahan alam semula jadi, setiap langkah menjadi pengalaman yang tidak ternilai.

Setibanya di Air Terjun Nebong, rombongan berkesempatan menikmati suasana alam yang masih menghijau dan segar sambil mengibarkan Jalur Gemilang dan bendera Sabah sebagai simbol kecintaan terhadap tanah air serta negeri tercinta.

Ekspedisi ini turut membawa mesej bahawa semangat kemerdekaan bukan hanya tentang sejarah, tetapi juga tentang kebersamaan, perpaduan dan saling menghargai antara sahabat.

BISC terus melangkah — menjelajah, bersahabat dan menghargai keindahan Pulau Banggi.

🇲🇾 MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
🏝️ Pulau Banggi, Tanah Kita, Cerita Kita.
🤝 Biar Putus Getah, Jangan Putus Silaturahim.

🎯 TERIMA KASIH & TAHNIAH 🎯Assalamualaikum dan salam sejahtera warga BISC 🤝Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima ...
15/05/2026

🎯 TERIMA KASIH & TAHNIAH 🎯

Assalamualaikum dan salam sejahtera warga BISC 🤝

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua peserta serta sahabat komuniti yang hadir memeriahkan program Melastik Santai Regu Bersama BISC. Kehadiran dan semangat anda semua amat dihargai serta menjadi penyeri utama program ini. 💪🎯

🏆 Tahniah diucapkan kepada pasangan juara:
🥇 Saran & Pasi
atas kejayaan muncul sebagai JUARA Melastik Santai Regu. Semoga terus maju dan menjadi inspirasi kepada komuniti melastik BISC. Tidak Lupa kepada Anugerah Mr Sirap, Arif🔥

👏 Tidak dilupakan juga ucapan penghargaan kepada seluruh AJK Pelaksana BISC yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini dari awal hingga akhir. Komitmen dan kerjasama yang diberikan amat dihargai.

🙏 Ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada penyumbang utama dana program:

✨ YB Datuk Mohammad Mohamarin ✨

atas sokongan dan sumbangan yang diberikan dalam menjayakan aktiviti komuniti BISC. Semoga segala jasa dan kebaikan dibalas dengan keberkatan serta rahmat daripada Allah S.W.T.

InsyaAllah, semoga ukhuwah dan semangat komuniti ini akan terus kekal erat dari semasa ke semasa.

😎 Keep Calm & Lastikkkk!

🎯 “Biar Putus Getah, Jangan Putus Silaturahim” 🎯

🎗️ Banggi Island Slingshot Community (BISC)

Assalamualaikum W.B.TSelamat petang semua warga BISC 🌙Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Al...
17/04/2026

Assalamualaikum W.B.T
Selamat petang semua warga BISC 🌙

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T kerana hasrat kita untuk bersama-sama di penghujung Syawal telah dipermudahkan dan berjalan dengan jayanya.

Pihak penganjur ingin memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan sepanjang program berlangsung. InsyaAllah, pada masa akan datang kita akan perbaiki dan laksanakan dengan lebih baik lagi.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang sudi hadir dan memberi sokongan dalam Sambutan Hari Raya Bersama BISC. Kehadiran anda semua amat bermakna dalam mengeratkan ukhuwah komuniti kita. 🤝

Ucapan penghargaan khas juga kepada penaja utama program, Saudara Malik atas sumbangan besar dan komitmen yang tinggi dalam menjayakan program ini. Semoga Allah memberkati dan melimpahkan rezeki yang berterusan.

Tahniah diucapkan kepada para pemenang Fun Game Regu Random:
🥇 Johan: Madi & Togo
🥈 Naib Johan: Suhaimie & Maman
🥉 Tempat Ketiga: Azri & Azrie

Kepada yang belum berpeluang, jangan berputus asa — teruskan latihan dan kita cuba lagi di program akan datang! 💪🎯

Semoga hubungan silaturahim antara kita semua sentiasa mendapat keredhaan Allah S.W.T. InsyaAllah, kita jumpa lagi di program akan datang.

Keep Calm & Lastikkkkk 😁

🎯 “Biar Putus Getah, Jangan Putus Silaturahim” 🎯

👉 https://www.facebook.com/share/1B9ic6rAc3/

13/04/2026


Banggi Island Slingshot Community -Bisc-
Rexter Rex

Assalamualaikum W.B.TDan Selamat malam Kepada semua Warga BISC, Sekalung tahniah diucapkan kepada   atas kejayaan muncul...
13/04/2026

Assalamualaikum W.B.T
Dan Selamat malam Kepada semua Warga BISC,

Sekalung tahniah diucapkan kepada atas kejayaan muncul sebagai JUARA Melastik Santai Raya Bersama BISC anjuran ML Berkat Setia Ent. 🏆🎯

Kemenangan ini membuktikan ketepatan, fokus dan usaha yang berterusan. Semoga terus menjadi inspirasi kepada semua komuniti melastik. 💪🔥

👏 Tidak dilupakan juga tahniah kepada semua peserta yang telah mengambil bahagian. Kehadiran anda semua telah memeriahkan dan menjayakan program ini dengan penuh semangat dan ukhuwah.

💪 Kepada yang belum berjaya, jangan putus asa , teruskan latihan, tingkatkan kemahiran, dan bangkit lebih kuat pada pertandingan akan datang!!!💪🏻

🙏 Setinggi-tinggi penghargaan daripada pihak penganjur kepada penaja utama,
, atas sokongan dana dan suntikan semangat bagi menjayakan program ini dengan cemerlang.

🎯 🎯

🎗️ Banggi Island Slingshot Community (BISC)

11/03/2026

🎯 Lastik Menyatukan Kita!
Daripada sekadar permainan kampung, kini menjadi sukan komuniti yang semakin berkembang hingga ke peringkat Antarabangsa.
Bersama-sama kita merapatkan silaturahim, mengasah kemahiran dan memeriahkan arena sukan lastik.

Biar Putus Getah, Jangan Putus Silaturrahim 😎

Assalamualaikum W.B.TAlhamdulillah, dengan penuh rasa syukur ke hadrat Allah SWT, program *Melastik Santai Ramadan Bersa...
08/03/2026

Assalamualaikum W.B.T

Alhamdulillah, dengan penuh rasa syukur ke hadrat Allah SWT, program *Melastik Santai Ramadan Bersama BISC 2026* akhirnya melabuhkan tirainya pada hari ke-5, malam penutup yang penuh semangat dan kebersamaan.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Pasi @⁨Pasi BISC⁩ atas kejayaan muncul sebagai pemenang hari ke-5 sekaligus dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan Melastik Santai Ramadan Bersama BISC 2026. Kejayaan ini pastinya hasil daripada usaha, fokus dan latihan yang berterusan. Syabas!

Kepada semua peserta yang belum berjaya, jangan berputus asa. Penyertaan dan semangat yang ditunjukkan sepanjang lima hari ini amat membanggakan. Teruskan latihan dan perbaiki kemahiran, kerana perjalanan kita dalam dunia melastik masih panjang.

InsyaAllah, kita akan berjumpa lagi dalam program-program akan datang. Teruskan berlatih dan tingkatkan prestasi, sebelum kita keluar membawa nama Banggi ke peringkat yang lebih jauh serta pertandingan-pertandingan yang lebih besar.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Bagi pihak BISC mengucapkan jutaan terima kasih kepada ML BERKAT SETIA Selaku penyumbang Hamper Juara Harian , seterusnya Bro Wan Sri Semantan Dan Bro Zulizwan (GAB) Selaku penaja Hadiah Utama Program Melastik Santai Bersama BISC 2026.

“Biar Putus Getah, Jangan Putus Silaturahim.” 🎯

Jumpa Lagi Di program akan datang😎👍

Address

Karakit Banggi
Kudat
89050

Telephone

+601140166604

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Banggi Island Slingshot Community -Bisc- posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Banggi Island Slingshot Community -Bisc-:

Shortcuts

Share