13/09/2026
PENGAKAP MIRI DISERU TERUS MELAHIRKAN PEMIMPIN MUDA BERINTEGRITI
Pergerakan Pengakap di Miri diseru untuk terus memperkukuh pembangunan kepimpinan belia, menarik penyertaan lebih ramai golongan muda serta melahirkan lebih ramai Pengakap Raja yang cemerlang dalam pendidikan, sahsiah dan khidmat kepada masyarakat.
Seruan tersebut disampaikan oleh Naib Yang Dipertua Majlis Pengakap Negara merangkap Timbalan Yang Dipertua Majlis Pengakap Sarawak, YBhg. Datoโ Mohamad Safri bin Datuk Haji Abdillah, ketika berucap pada Majlis Malam Apresiasi Pengakap Miri.
Menurut beliau, Miri mempunyai potensi besar untuk menjadi pusat pembangunan belia melalui Gerakan Pengakap, didukung oleh kekuatan komuniti, institusi pendidikan dan penglibatan masyarakat.
โPengakap menjadi kuat kerana adanya insan yang sanggup memberikan masa, tenaga, wang ringgit dan komitmen untuk berkhidmat, membimbing serta memberi inspirasi kepada generasi muda,โ katanya.
Beliau turut mengingatkan para pemimpin supaya tidak berpuas hati dengan pencapaian sedia ada, sebaliknya terus meneroka pendekatan baharu agar Gerakan Pengakap kekal relevan dengan perubahan dunia dan keperluan generasi muda.
Pembangunan Pengakap Raja juga perlu dijadikan keutamaan kerana pencapaian tersebut bukan sekadar memperoleh lencana atau sijil, tetapi merupakan proses membentuk disiplin, kepimpinan, ketabahan, tanggungjawab dan semangat berkhidmat.
Para Pengakap Miri turut digalakkan menyertai JOTA-JOTI pada 17 hingga 18 Oktober 2026 sebagai platform untuk berkomunikasi, berkongsi ilmu, bertukar idea dan membina persahabatan dengan Pengakap dari Malaysia serta seluruh dunia.
Beliau turut menegaskan bahawa pendidikan dan Pengakap perlu bergerak seiring. Pendidikan membekalkan ilmu untuk masa hadapan, manakala Pengakap membentuk kepimpinan, disiplin, kerja berpasukan, komunikasi dan ketahanan diri.
Tahniah kepada Majlis Pengakap Miri atas kejayaan menganjurkan majlis ini serta kepada semua penerima penghargaan. Semoga pengiktirafan tersebut menjadi pendorong untuk terus memberikan khidmat terbaik kepada Gerakan Pengakap dan masyarakat.
Setinggi-tinggi penghargaan turut dirakamkan kepada YB Datuk Gerawat Gala, Timbalan Menteri di Pejabat Premier Sarawak, atas kesudian merasmikan majlis serta kepada Kerajaan Sarawak, agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan, sekolah, guru, ibu bapa, penaja dan rakan korporat atas sokongan berterusan.
Berkhidmat. Memimpin. Menginspirasi.
2026-09-13T19:00:04+08:00 September 13, 2026, Ahad - 7:00pm Ketika Sarawak membangun dengan pesat, pembangunan insan, masyarakat juga tidak harus dipinggirkan Gerawat (kiri) menerima surat pelantikan sebagai penasihat Majlis Pengakap Daerah Miri daripada Mohamad Safri sambil diperhatikan Caroline. M...