Masjid Darul Hana Jalan Tun Salahuddin

Masjid Darul Hana Jalan Tun Salahuddin Official page of Masjid Darul Hana (Mosque) of Jalan Tun Salahuddin, Kuching, Sarawak.

04/06/2026
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH WABAROKATUH.Makluman kepada semua Imam/Khatib: Ustaz Zubir bin NanawiBilal: Tuan Bilal Has...
29/05/2026

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH WABAROKATUH.

Makluman kepada semua

Imam/Khatib: Ustaz Zubir bin Nanawi

Bilal: Tuan Bilal Haspan bin Junaidi

Tajuk Khutbah: “Ikhlas dan Pengorbanan”

Marilah bersama-sama menghadiri Solat Jumaat serta menghayati khutbah yang akan disampaikan demi meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT.

“Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat.” 🤍

Alhamdulillah…Sekilas dikeriuhan dan kenangan tercipta pada hari ini selesai sudah Program Ibadah Qurban Masjid Darul Ha...
28/05/2026

Alhamdulillah…
Sekilas dikeriuhan dan kenangan tercipta pada hari ini selesai sudah Program Ibadah Qurban Masjid Darul Hana, Jalan Tun Salahuddin 1447H/2026M.

Di sebalik setiap titisan peluh, takbir yang bergema dan agihan yang disampaikan, terselit sebuah kisah tentang keikhlasan, pengorbanan dan jalinan silaturahim LAKMDH & JKPMDH, Komuniti Darul Hana serta ahli qaryah Darul Hana.

Terima kasih serta penghargaan kepada semua yang terlibat bagi menjayakan Program Ibadah Qurban Masjid Darul Hana, Jalan Tun Salahuddin. Tidak lupa kepada kesemua peserta qurban, petugas qurban, sukarelawan dan para penyumbang yang bersama-sama menghidupkan syiar Islam pada tahun ini.
Semoga setiap pengorbanan yang dilakukan menjadi asbab turunnya rahmat, keberkatan dan reda Allah SWT.

Ada bahagia yang tidak mampu diungkap dengan kata-kata…
apabila melihat senyuman mereka yang menerima, dan hati-hati yang dipertautkan kerana Allah.

“Bukan daging dan darah itu yang sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya adalah ketakwaan kamu.”
— Surah Al-Hajj : 37

Jumpa lagi dalam ibadah dan ukhuwah yang seterusnya.
Semoga qurban kita diterima sebagai amal soleh di sisi-Nya. 🤲

26/05/2026

Amalan sunat Aidiladha bukan sekadar tradisi, bahkan ia lambang ketaatan, kesyukuran dan kecintaan kepada syiar Islam.

Mari kita hidupkan Hari Raya Aidiladha dengan memperbanyakkan takbir, zikir, menjaga kebersihan diri, memakai pakaian terbaik serta menghadiri solat sunat hari raya secara berjemaah. Semoga setiap amalan kecil yang dilakukan menjadi asbab meraih rahmat dan keberkatan daripada Allah SWT.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan sesiapa yang mengagungkan syiar-syiar Allah, maka sesungguhnya ia daripada ketakwaan hati.”
(Surah al-Hajj : 32)

Sila imbas kod QR atau klik pautan di bawah untuk info lebih menarik👇👇👇
https://muftinegeri.sarawak.gov.my/web/home/index/



ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH WABAROKATUH.Makluman kepada semua bahawa Masjid Darul Hana akan melaksanakan Solat Sunat A...
26/05/2026

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH WABAROKATUH.

Makluman kepada semua bahawa Masjid Darul Hana akan melaksanakan Solat Sunat Aidiladha bermula pada jam 8.00 Pagi.

Solat Sunat Aidiladha akan di imamkan Al Fadhil Ustaz Haji Buang bin Sapiee (Imam 1, Masjid Darul Hana)
Khatib Khas bagi Khutbah aidiladha akan disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Haji Zaidi bin Haji Edward manakala bilal aidiladha p**a ialah Tuan Bilal Fakhrur Razi bin Abu Samah.

Pohon jemaah yang akan menunaikan Solat Sunat Aidiladha memenuhi parking kereta yang telah disediakan bagi menggelak sebarang insiden dan kesesakkan ketika sebelum dan selepas solat sunat aidiladha dilaksanakan.

Bagi mewakili pihak Lembaga Amanah Khairat Masjid Darul Hana serta Jawatankuasa Pengurusan Masjid Darul hana mengucapakan
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA.
sekian, Terima Kasih

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH WABAROKATUH.Makluman kepada semua bahawa Masjid Darul Hana akan melaksanakan Solat Sunat A...
26/05/2026

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH WABAROKATUH.

Makluman kepada semua bahawa Masjid Darul Hana akan melaksanakan Solat Sunat Aidiladha bermula pada jam 8.00 Pagi.

Solat Sunat Aidiladha akan di imamkan Al Fadhil Ustaz Haji Buang bin Sapiee (Imam 1, Masjid Darul Hana)
Khatib Khas bagi Khutbah aidiladha akan disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Haji Zaidi bin Haji Edward manakala bilal Aidiladha p**a ialah Tuan Bilal Fakhrur Razi bin Abu Samah.

Pohon jemaah yang akan menunaikan Solat Sunat Aidiladha memenuhi parking kereta yang telah disediakan bagi menggelak sebarang insiden dan kesesakkan ketika sebelum dan selepas solat sunat aidiladha dilaksanakan.

Bagi mewakili pihak Lembaga Amanah Khairat Masjid Darul Hana serta Jawatankuasa Pengurusan Masjid Darul hana mengucapakan
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA.
sekian, Terima Kasih

Dimaklumkan bahawa penyertaan bagi pembelian bahagian-bahagian lembu qurban bagi Program Ibadah Qurban Masjid Darul Hana...
21/05/2026

Dimaklumkan bahawa penyertaan bagi pembelian bahagian-bahagian lembu qurban bagi Program Ibadah Qurban Masjid Darul Hana Tahun 1447H / 2026M telah ditutup sepenuhnya berikutan sambutan dan penyertaan yang amat menggalakkan. Untuk makluman juga proses penyembelihan akan diadakan pada 28/05/2026 hari Khamis, hari raya kedua bermula pada jam 8.00 pagi hingga selesai.

Oleh itu, pihak Jawatankuasa Pengurusan Masjid Darul Hana, Jalan Tun Salahuddin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada semua peserta yang telah memberikan kepercayaan serta menyertai ibadah qurban pada tahun ini.

Semoga segala amal ibadah qurban yang dilaksanakan mendapat keredaan Allah SWT, diterima sebagai amal soleh serta dikurniakan keberkatan kepada para peserta dan keluarga.

Jazakumullahu khairan kathira atas sokongan dan penyertaan yang diberikan.

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH WABAROKATUH.Makluman kepada semua pada khatib jumaat jemputan iaitu Ustaz Haji Zaidi bin H...
21/05/2026

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH WABAROKATUH.

Makluman kepada semua pada khatib jumaat jemputan iaitu Ustaz Haji Zaidi bin Haji Edward serta bilal bertugas adalah Bilal Haspan Bin Junaidi.

Tajuk khutbah jumaat yang akan disampaikan adalah.
“KEFARDUAN IBADAH HAJI DAN KEUTAMAAN IBADAH QURBAN.”

Wassalam.

Alhamdulillah Masjid kita menerima kunjungan daripada Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit dari Brunei Daru...
19/05/2026

Alhamdulillah Masjid kita menerima kunjungan daripada Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit dari Brunei Darussalam tengahari tadik.

15/05/2026

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH WABAROKATUH.

Makluman kepada semua pada hari ini khatib jumaat jemputan Haji Awang Ibrahim bin Awang sabudin serta bilal bertugas adalah Bilal Fakhrur Razi bin Abu Samah

Tajuk khutbah pada hari ini ialah
“GURU PEMACU HIKMAH, BELIA PEWARIS UMMAH”
Wassalam.

Address

Jalan Tun Salahuddin
Kuching
93050

Opening Hours

Monday 14:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60103214929

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Darul Hana Jalan Tun Salahuddin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Masjid Darul Hana Jalan Tun Salahuddin:

Share