05/04/2026
Warna-warni Kemeriahan Majlis Salam Festival Syawal Open House Surau Darul Ikhwan
π
5 April 2026 bersamaan 16 Syawal 1447H
Anjuran:
Surau Darul Ikhwan & Maybank Islamic
dengan kerjasama JKKK Kampung Semerah Padi Fasa 1
Alhamdulillah, pada malam tadi telah berlangsung dengan penuh meriah Majlis Salam Festival Syawal Open House Surau Darul Ikhwan di Kampung Semerah Padi Fasa 1.
Pihak Surau Darul Ikhwan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak Maybank Islamic atas sumbangan serta kerjasama yang diberikan dalam menjayakan majlis ini. Maybank Islamic telah diwakili oleh Abang Jamili bin Abg Julai, Pengarah Urusan Maybank Wilayah Sarawak merangkap Penasihat Persatuan Kakitangan Islam Maybank Sarawak.
Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada JKKK Kampung Semerah Padi Fasa 1 yang diketuai oleh Ayahda Taufik bin Ampek, Penghulu Kampung Semerah Padi Fasa 1, atas kerjasama erat dalam penganjuran majlis ini.
Tidak dilupakan, setinggi-tinggi penghargaan kepada para penyumbang dan petugas yang telah menyumbangkan dana serta tenaga bagi memastikan kelancaran majlis ini. Terima kasih juga kepada para jemputan, ahli kariah serta hadirin yang hadir memeriahkan sambutan ini di Surau Darul Ikhwan, Jalan Bangau, Kampung Semerah Padi Fasa 1.
Diharapkan kerjasama ini dapat diteruskan pada masa yang akan datang. Semoga segala usaha dan sumbangan yang diberikan diberkati serta mendapat ganjaran yang berlipat ganda.
π Salam Syawal 1447H.