Kami menyediakan kemudahan ICT dan kelas sepanjang tahun, sebarang pertanyaan boleh DM kami Mengenai NADI
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan NADI (Dahulu dikenali sebagai Pusat Internet 1 Malaysia atau PI1M dan Pusat Internet Komuniti atau P*K) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmat
an melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP). NADI
PEDi yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) dan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar. Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap P*K menyediakan latihan dan perisian komputer. Melalui penubuhan NADI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI). Objektif NADI
•Kemudahan akses internet secara kolektif
•Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
•Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
•Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
•Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Prinsip Pelaksanaan NADI
•Kerjasama dengan Kerajaan Negeri •Menyediakan premis yang sesuai
•Menanggung sewa premis jika tiada premis sendiri
•Rekabentuk dan peralatan yang seragam di semua lokasi
•Beroperasi 8:00 pagi hingga 5:00 petang setiap hari (kecuali Cuti Umum)
•Daftar sebagai Ahli NADI •Pendaftaran RM5.00 seumur hidup