Majlis Tindakan Pengguna Negara - MTPN Sarawak

Majlis Tindakan Pengguna Negara - MTPN Sarawak Majlis Tindakan Pengguna Negara merupakan sebuah majlis yang melindungi, memperkasa, mempertahankan dan menyuarakan hak-hak pengguna

Kunjungan Hormat MTPN Kuching Ke Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Sarawak.Selasa, 29 Disember 2025 - M...
01/01/2026

Kunjungan Hormat MTPN Kuching Ke Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Sarawak.

Selasa, 29 Disember 2025 - Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) Kuching berkesempatan mengadakan kunjungan hormat ke Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak.

Pihak MTPN telah disambut oleh Pengarah JBPM Sarawak, Tuan Jamri bin Masran, bersama Penolong Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran, Tuan Ahmad Nizam bin Sapaiee.

Kunjungan ini menjadi platform untuk bertukar pandangan serta meneroka peluang kerjasama antara MTPN dan JBPM Sarawak, khususnya dalam usaha meningkatkan kesedaran keselamatan dan kesejahteraan masyarakat.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak JBPM Sarawak atas layanan mesra dan kesudian menerima kunjungan ini. Diharapkan hubungan baik serta kerjasama ini dapat diteruskan pada masa akan datang.







#国家消费人行动议会

✨𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐁𝐀𝐑𝐔 𝟐𝟎𝟐𝟔✨Seluruh warga Majlis Tindakan Pengguna Negara mengucapkan selamat menyambut Tahun Bar...
31/12/2025

✨𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐁𝐀𝐑𝐔 𝟐𝟎𝟐𝟔✨

Seluruh warga Majlis Tindakan Pengguna Negara mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru kepada semua.

Semoga tahun baharu ini membawa sinar harapan, kemakmuran dan kesejahteraan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Bersama kita terus memperkasa hak pengguna demi masa depan yang lebih adil dan mampan.

Kunjungan Hormat ke Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Sarawak22 Disember 2025 - Majlis Tindakan Pengguna Negara (MT...
29/12/2025

Kunjungan Hormat ke Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Sarawak

22 Disember 2025 - Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) Cawangan Kuching telah mengadakan satu kunjungan hormat ke Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Sarawak. Kunjungan tersebut telah diketuai oleh Tuan Lucas Lau, Yang Dipertua MTPN Wilayah Sarawak, bersama Ahli-ahli Majlis MTPN Kuching.

Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Sarawak, Tuan Mohammad Haffizie bin Putit menyatakan bahawa usaha serta matlamat MKN dan Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) adalah selari, khususnya dalam mempertahankan hak-hak kepenggunaan. Keselarasan ini membolehkan terjalinnya hubungan kerjasama yang kukuh dan berkesan antara kedua-dua pihak.

MTPN Kuching mengucapkan terima kasih kepada MKN Negeri Sarawak atas kesudian menerima kunjungan hormat kami. Perkongsian maklumat dan kerjasama yang terjalin diharap dapat terus memperkukuh hubungan strategik demi kepentingan pengguna di negeri ini.

25/12/2025

Headline: 🎄 Wishing You a Fair & Joyful Christmas! 🎁

Warmest greetings from all of us at Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) Wilayah Sarawak. As the bells ring and the festivities begin, we wish you a season filled with love, peace, and happiness.

While you enjoy the holiday sales and festive feasts, remember that your rights as a consumer remain our top priority. This Christmas, we encourage all Sarawakians to:

💡 Shop Smart: Compare prices and check for genuine discounts.

🚨 Stay Alert: Be wary of misleading advertisements or hidden charges.

🤝 Know Your Rights: Quality and safety should never be compromised.

Let’s celebrate responsibly and keep our consumer community strong. Have a blessed Christmas and a wonderful New Year ahead!

#国家消费人行动议会

18 Disember 2025 – Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) Cawangan Kuching telah mengadakan kunjungan hormat ke Business...
23/12/2025

18 Disember 2025 – Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) Cawangan Kuching telah mengadakan kunjungan hormat ke Business Events Sarawak (Sarawak Convention Bureau) yang diketuai oleh Yang Di-Pertua MTPN Wilayah Sarawak, Tuan Lucas Lau, bersama barisan kepimpinan dan Ahli Majlis MTPN Kuching.

Kunjungan ini telah disambut oleh Puan Amelia Roziman, Ketua Pegawai Eksekutif BE Sarawak, diiringi oleh Encik Joachim Soon, Pengurus Besar (Kapasiti dan Pendigitalan), serta Encik Stevenson Racha Ipoi, Eksekutif Pembangunan Perniagaan (Konvensyen dan Pameran).

Kunjungan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan dua hala serta meneroka potensi kerjasama strategik dalam usaha memperkukuh kesedaran pengguna dan menyokong pembangunan ekosistem acara perniagaan di Sarawak.

MTPN merakamkan setinggi tinggi penghargaan atas layanan mesra yang diberikan oleh pihak BE Sarawak dan berharap agar hubungan kerjasama ini dapat diteruskan demi manfaat bersama.




#国家消费人行动议会

https://news.seehua.com/post/1418763?fbclid=IwY2xjawOuTP5leHRuA2FlbQIxMQBzcnRjBmFwcF9pZAwzNTA2ODU1MzE3MjgAAR6b_SyK8wYfBK...
16/12/2025

https://news.seehua.com/post/1418763?fbclid=IwY2xjawOuTP5leHRuA2FlbQIxMQBzcnRjBmFwcF9pZAwzNTA2ODU1MzE3MjgAAR6b_SyK8wYfBKvl69sgHf5JEpyMTWlboRo2ayGaJ2CNZhiU3oaPUljNlibdJg_aem_Xh_ESULl1uDDUlXmiFlPaQ

(诗巫16日讯)国家消费人行动议会砂分会主席刘嘉成表示,私人医院治疗费用透明度问题引发民众关注。近日,诗巫一家私人医院发生紧急治疗事件,患者最终收到的帐单与预估费用有显著差异。他说,事件发生在12月7日,一....

https://www.utusanborneo.com.my/2025/12/16/isu-ketelusan-caj-rawatan-di-hospital-swasta-dibangkitkan-semula?fbclid=IwY2x...
16/12/2025

https://www.utusanborneo.com.my/2025/12/16/isu-ketelusan-caj-rawatan-di-hospital-swasta-dibangkitkan-semula?fbclid=IwY2xjawOuSmdleHRuA2FlbQIxMQBzcnRjBmFwcF9pZAwzNTA2ODU1MzE3MjgAAR4ETyHIc5ePWP5vuXS_z4q4oeVD6oPjhDbHEDRKy0JI5PGQbNxbmL-xHfrH1w_aem_0RWfASa4lhilIQrHRJIp1A

2025-12-16T16:18:19+08:00 Disember 16, 2025, Selasa - 4:18pm SIBU: Isu ketelusan caj rawatan di hospital swasta sekali lagi mencetuskan kebimbangan awam apabila satu insiden rawatan kecemasan di sebuah hospital swasta di sini mendedahkan perbezaan ketara antara anggaran awal dan bil akhir yang diken...

Updates on BLOOD DONATION🩸🚑 and KIDS' COLORING CONTEST🖍️🌟Dear friends,Our blood donation drive and the kids’ Christmas c...
15/12/2025

Updates on BLOOD DONATION🩸🚑 and KIDS' COLORING CONTEST🖍️🌟

Dear friends,

Our blood donation drive and the kids’ Christmas coloring contest originally scheduled for 20th December 2025 have been postponed until further notice due to unforeseen circumstances at the venue.

We sincerely apologize for any inconvenience and will share the rescheduled dates as soon as they are confirmed. Your support in saving lives and encouraging community participation is greatly appreciated, and we hope to see you at the next opportunity.

Thank you for your understanding. ❤️

#国家消费人行动议会

📢 Event UpdateDear friends,Our blood donation drive and the kids’ Christmas coloring contest originally scheduled for 20...
14/12/2025

📢 Event Update

Dear friends,

Our blood donation drive and the kids’ Christmas coloring contest originally scheduled for 20th December 2025 have been postponed until further notice due to unforeseen circumstances at the venue.

We sincerely apologize for any inconvenience and will share the rescheduled dates as soon as they are confirmed. Your support in saving lives and encouraging community participation is greatly appreciated, and we hope to see you at the next opportunity.

Thank you for your understanding. ❤️

#国家消费人行动议会

📣 JOM DERMA DARAH🩸🩸💉💉

Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) Cawangan Kuching akan mengadakan Program Derma Darah ✨

📍 Lokasi: MYDIN VISTA TUNKU, KUCHING
📅 Tarikh: Sabtu, 20 December 2025
⏰ Masa: 10:00pagi – 2:00petang

Apa yang menarik? 🤩
✅ Info pengguna yang berguna
✅ Booth kerajaan
✅ Setiap penderma darah akan mendapat “goodies” dari penganjur
✅ FREE Traditional & Complementary Medical (TCM) Services.
✅KIDS COLOURING CONTEST

“SATU BEG DARAH DAPAT MENYELAMATKAN TIGA NYAWA”

Anjuran :
Majis Tindakan Pengguna Negara (MTPN)
Cawangan Kuching

Dengan kerjasama :
Bank Darah Hospital Kuching


#国家消费人行动议会








Kunjungan Hormat MTPN ke Jabatan Hutan Sarawak (Forest Department Sarawak)Kuching, 9 Disember 2025 - Majlis Tindakan Pen...
10/12/2025

Kunjungan Hormat MTPN ke Jabatan Hutan Sarawak (Forest Department Sarawak)

Kuching, 9 Disember 2025 - Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) telah mengadakan satu kunjungan hormat ke Jabatan Hutan Sarawak (Forest Department Sarawak). Kunjungan ini telah diketuai oleh Tuan Lucas Lau, Yang Di-Pertua MTPN Wilayah Sarawak bersama Ahli Majlis MTPN Kuching. Kunjungan kami disambut mesra oleh Tuan Semilan Anak Ripot, (Timbalan Pengarah Hutan Sarawak) disertai oleh Ketua-ketua Bahagian Jabatan Hutan Sarawak.

Semasa sesi perbincangan, kedua-dua organisasi telah berkongsi pandangan berkaitan usaha memperkasakan kesedaran pengguna, kelestarian alam sekitar serta inisiatif pendidikan komuniti. MTPN dan Jabatan Hutan Sarawak turut menyatakan komitmen untuk merangka beberapa bentuk kerjasama pada masa hadapan, termasuk program advokasi, kempen pemeliharaan hutan, dan aktiviti libat urus bersama masyarakat.

Pihak MTPN turut menzahirkan penghargaan yang tinggi kepada Jabatan Hutan Sarawak atas layanan mesra yang diberikan sepanjang kunjungan. JHS telah menyambut kehadiran MTPN dengan penuh profesionalisme serta menyediakan pelbagai hidangan makanan dan cenderahati sebagai tanda penghormatan, sekali gus mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara kedua pihak.

Kunjungan ini diharap menjadi permulaan kepada lebih banyak kolaborasi yang bermanfaat demi kepentingan pengguna dan kelestarian alam sekitar di Sarawak.




#国家消费人行动议会

Kunjungan Hormat ke Pusat Mel Kuching, Pos Malaysia Berhad(26 November 2025)Pihak Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN)...
27/11/2025

Kunjungan Hormat ke Pusat Mel Kuching, Pos Malaysia Berhad

(26 November 2025)

Pihak Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) telah mengadakan kunjungan hormat ke Pusat Mel Kuching, Pos Malaysia Berhad. Kunjungan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan kerja antara MTPN dan Pos Malaysia, serta untuk berbincang mengenai peluang-peluang kerjasama dalam memajukan perkhidmatan pos di negeri Sarawak.

Delegasi MTPN telah diterima dengan baik oleh pengurusan tertinggi Pos Malaysia Kuching, dan sesi perbincangan berlangsung dalam suasana yang amat positif. Antara topik yang dibincangkan termasuklah perancangan kerjasama diantara kedua pihak untuk bekerjasama menganjurkan sesebuah acara bersama komuniti peringkat negeri.

Kunjungan hormat ini telah diketuai oleh Yang Dipertua MTPN Wilayah Sarawak, Tuan Lucas Lau Sieu Sing, disertai oleh Tuan Alex Kho (Bendahari MTPN Kuching), Tuan Shogi Kho (Biro Teknologi Maklumat), Puan Brenda Lai (Biro Pendidikan), Tuan Chew Song Wee (Biro Pemantauan Pengguna MTPN), Tuan David Law (Pengerusi MPTN Cawangan Padawan) dan Puan Syllyna Christie Rija (Setiausaha MTPN Kuching). Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Encik Che Rusdi Yusaini Bin Che Yusop (State General Manager Sarawak), ⁠Encik Hail Amir Bin Sudin (State Retail Manager), Puan Jurina Binti Abdul Wahab (State Operations Manager) dan Puan Dayang Nurul Aida Binti Abang Masaid (P.A State General Manager Sarawak) dari pihak Pos Malaysia Berhad Kuching.

Kunjungan hormat ini akan membuka lebih banyak peluang kerjasama strategik antara MTPN Sarawak dan POS Malaysia (Sarawak), dengan matlamat untuk meningkatkan kesedaran para pengguna tentang kewujudan platform yang boleh digunakan untuk menyalurkan aduan para pengguna dan juga perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak Pos Malaysia.





#国家消费人行动议会

https://www.facebook.com/share/1Kon4TXC56/
25/11/2025

https://www.facebook.com/share/1Kon4TXC56/

MTPN Sarawak gesa tindakan terhadap publisiti mengelirukan dalam jualan atas talian

SIBU: Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) Sarawak menegaskan bahawa ekosistem jualan atas talian dan siaran langsung jualan kini memerlukan perhatian serius berikutan peningkatan publisiti mengelirukan serta amalan pemasaran tidak beretika yang menjejaskan kestabilan pasaran.

Berita penuh sila klik pautan di bawah:
https://utusansarawak.com.my/mtpn-sarawak-gesa-tindakan-terhadap-publisiti-mengelirukan-dalam-jualan-atas-talian/

Address

3rd Floor, Lot 13011, Kuching Central Land District Galacity, Jalan Tun Jugah, Kempas Heights
Kuching
93350

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Tindakan Pengguna Negara - MTPN Sarawak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Majlis Tindakan Pengguna Negara - MTPN Sarawak:

Share