Biro Wanita Saberkas Sarawak

Biro Wanita Saberkas Sarawak Akaun rasmi Biro Hal Ehwal Wanita SABERKAS Sarawak

04/08/2026
Semalam telah berlangsungnya satu majlis yang penuh bermakna bagi meraikan sumbangan, pencapaian dan usaha gigih para Ah...
06/07/2026

Semalam telah berlangsungnya satu majlis yang penuh bermakna bagi meraikan sumbangan, pencapaian dan usaha gigih para Ahli Jawatankuasa (AJK) Biro Hal Ehwal Wanita SABERKAS Sarawak.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran YAB Datuk Seri Haji Abdul Karim bin Rahman Hamzah, selaku Presiden SABERKAS, YB Datuk Hajah Sharifah Hasidah Binti Sayeed Aman Ghazali, selaku Naib Presiden merangkap Pengerusi Biro Hal Ehwal Wanita SABERKAS Sarawak dan tidak lupa juga kepada ahli exco SABERKAS yang turut hadir bagi memeriahkan lagi majlis.

Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada semua Ahli Jawatanankuasa di atas dedikasi dan komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam memacu kejayaan biro pada kali ini. Semoga semangat kerjasama dan perjuangan ini terus berkobar demi kemajuan wanita Sarawak.

Biro Hal Ehwal Wanita SABERKAS Sarawak telah mengadakan mesyuarat terakhir untuk penggal kali ini, pada petang tadi.Mesy...
16/06/2026

Biro Hal Ehwal Wanita SABERKAS Sarawak telah mengadakan mesyuarat terakhir untuk penggal kali ini, pada petang tadi.

Mesyuarat tersebut telah disempurnakan oleh YB Datuk Hjh Sharifah Hasidah Binti Sayeed Aman Ghazali selaku Pengerusi Biro Hal Ehwal Wanita SABERKAS merangkap Naib Presiden SABERKAS Sarawak.

Mesyuarat kali ini turut merangkumi laporan program Biro bagi tahun 2025 sehingga Mei 2026, serta hal-hal lain yang berkaitan.

Semoga segala perancangan dan usaha yang telah dilaksanakan oleh Biro Hal Ehwal Wanita SABERKAS Sarawak telah memberi manfaat kepada ahli-ahli dan juga masyarakat secara amnya.

09/05/2026
SEMANGAT & SIHAT BERSAMA BIRO HAL EHWAL WANITA SABERKAS!Kami bersyukur apabila program Fit Fun Run SABERKAS 2026 di Muka...
09/05/2026

SEMANGAT & SIHAT BERSAMA BIRO HAL EHWAL WANITA SABERKAS!

Kami bersyukur apabila program Fit Fun Run SABERKAS 2026 di Mukah telah berjalan dengan jayanya dengan penyertaan yang ramai. Penyertaan turut merangkumi pelajar dan ahli keluarga juga.

Di sini kami ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua peserta yang telah menunjukkan semangat juang yang tinggi demi kesihatan dan kebersamaan. Inilah yang kita mahukan bagi meneruskan gaya hidup aktif, sihat, dan bersatu padu.

Address

Wisma SABERKAS, Jalan Tun Abang Haji Openg
Kuching
93150

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Biro Wanita Saberkas Sarawak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Biro Wanita Saberkas Sarawak:

Shortcuts

Share