NADI PPR Taman Sri Wangi

Call Directions Website Contact the organization

NADI PPR Taman Sri Wangi Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from NADI PPR Taman Sri Wangi, Community Center, Pusat Sebaran Maklumat Nasional PPR, Taman Sri Wangi, Kuching.

Pusat Sebaran Maklumat Nasional
(NADI) PPR TAMAN SRI WANGI

Beroperasi Setiap Hari (Kecuali Cuti Umum)
08.00 AM - 05.00 PM

Perkhidmatan SPX Collection Point
08:30 AM - 04:30 PM

โœจ Jom daftar sebagai Ahli NADI hari ini! ๐Ÿ‘ฉ๐Ÿปโ€๐Ÿ’ป๐Ÿ‘จ๐Ÿปโ€๐Ÿ’ป

14/09/2026

Assalamualaikum & salam sejahtera ๐Ÿ˜Š

Jom bantu NADI PPR Taman Sri Wangi menjadi lebih baik! ๐Ÿ’™

Kami ingin mendapatkan maklum balas daripada komuniti mengenai perkhidmatan, kemudahan dan aktiviti yang disediakan di NADI.

๐Ÿ“ Maklum balas anda amat penting bagi membantu kami:
โœ… Menambah baik perkhidmatan NADI
โœ… Mengetahui keperluan dan cadangan komuniti
โœ… Meningkatkan kualiti aktiviti serta program NADI
โœ… Memastikan NADI terus memberi manfaat kepada komuniti setempat

๐Ÿ“ฑ Cara pengisian sangat mudah!
Hanya imbas QR Code di atas dan lengkapkan borang maklum balas.

โฑ๏ธ Hanya mengambil masa beberapa minit sahaja.

๐Ÿ’™ Setiap pandangan anda sangat bermakna buat kami.
Jangan lupa luangkan sedikit masa untuk memberikan maklum balas tentang pengalaman anda bersama NADI PPR Taman Sri Wangi.

Terima kasih atas sokongan dan kerjasama daripada seluruh komuniti! ๐Ÿ™

๐ŸŒŸ NADI PPR Taman Sri Wangi โ€” Bersama Membina Komuniti Digital yang Lebih Baik!

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SALAM MALAYSIA MADANI ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ“… 13 September 2026 | AhadBersempena dengan Sambutan Hari Malaysia 2026 yang bakal tiba, NADI...
13/09/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SALAM MALAYSIA MADANI ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

๐Ÿ“… 13 September 2026 | Ahad

Bersempena dengan Sambutan Hari Malaysia 2026 yang bakal tiba, NADI PPR Taman Sri Wangi telah menganjurkan Pertandingan Mewarna Sempena Hari Malaysia pada hari ini. ๐ŸŽจ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Program ini diadakan bagi menyemarakkan semangat patriotisme serta memberi peluang kepada anak-anak untuk mengetengahkan kreativiti dan bakat mereka melalui aktiviti mewarna dalam suasana yang ceria dan menyeronokkan.

โœจ Lebih istimewa, setiap peserta yang mengambil bahagian menerima hadiah sebagai tanda penghargaan atas usaha dan semangat yang ditunjukkan. Tiada siapa pulang dengan tangan kosong! ๐ŸŽ๐Ÿฅฐ

Program ini turut diserikan dengan kehadiran En. Azman Salleh, Pengerusi Panel Penasihat NADI Petra Jaya, yang bersama-sama hadir memberikan sokongan dan memeriahkan program.

๐Ÿ’ Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih turut ditujukan kepada Pn. Nur Jafni atas kemurahan hati menyumbangkan hamper dan saguhati kepada para peserta. Sumbangan tersebut amat bermakna dalam menjayakan serta menceriakan lagi program pada hari ini.

Suasana sepanjang pertandingan cukup meriah dengan gelagat dan kesungguhan anak-anak menyiapkan hasil mewarna masing-masing. Setiap karya mempunyai keunikan dan kreativiti tersendiri. โค๏ธ๐Ÿ’™๐Ÿ’›๐Ÿค

Terima kasih juga kepada semua peserta, ibu bapa dan penjaga yang telah memberikan kerjasama dan sokongan dalam menjayakan program ini.

Semoga program seperti ini dapat meninggalkan kenangan manis buat anak-anak, di samping memupuk semangat cintakan negara dan menghayati erti Hari Malaysia sejak usia kecil. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

๐Ÿ‘ Tahniah dan syabas kepada semua peserta! Anda semua hebat! ๐ŸŒŸ

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ






๐Ÿ“ข๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ HEBAHAN PERTANDINGAN MEWARNA HARI MALAYSIA 2026 ๐ŸŽจโœจSempena sambutan Hari Malaysia 2026, NADI PPR Taman Sri Wangi deng...
08/09/2026

๐Ÿ“ข๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ HEBAHAN PERTANDINGAN MEWARNA HARI MALAYSIA 2026 ๐ŸŽจโœจ

Sempena sambutan Hari Malaysia 2026, NADI PPR Taman Sri Wangi dengan sukacitanya menjemput adik-adik untuk menyertai Pertandingan Mewarna Hari Malaysia 2026! โค๏ธ๐Ÿ’™๐Ÿ’›

๐Ÿ‘ง๐Ÿป๐Ÿ‘ฆ๐Ÿป Terbuka kepada pelajar sekolah Tahun 1 hingga Tahun 6

๐Ÿ“… Tarikh: 13 September 2026 (Ahad)
โฐ Masa: 11.00 pagi โ€“ 12.00 tengah hari
๐Ÿ“ Tempat: NADI PPR Taman Sri Wangi

๐ŸŽโœจ 15 PESERTA, 15 HADIAH! โœจ๐ŸŽ
Ya, semua 15 peserta akan menerima hadiah! ๐Ÿฅณ

โš ๏ธ PENYERTAAN TERHAD KEPADA 15 ORANG SAHAJA!
Jadi jangan tunggu lama โ€” DAFTAR SEKARANG! ๐ŸŽจ๐Ÿ–๏ธ

Mari serlahkan kreativiti dan semarakkan semangat cintakan Malaysia! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโค๏ธ

๐Ÿ“ž Untuk pendaftaran & pertanyaan:
019 356 6617

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ โ€œWarnai kreativiti, sambut perpaduan, satukan Malaysia!โ€ ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

๐Ÿ“ข HEBAHAN PENUTUPAN SEMENTARA OPERASI NADI PPR TAMAN SRI WANGIAssalamualaikum dan salam sejahtera.Dimaklumkan bahawa NAD...
30/08/2026

๐Ÿ“ข HEBAHAN PENUTUPAN SEMENTARA OPERASI NADI PPR TAMAN SRI WANGI

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dimaklumkan bahawa NADI PPR Taman Sri Wangi akan ditutup sementara pada 31 Ogos 2026 (Isnin) sempena Cuti Umum Hari Kebangsaan Malaysia ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ.

๐Ÿ“… Tarikh: 31 Ogos 2026 (Isnin)
๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Sebab: Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia

๐Ÿ•˜ NADI akan kembali beroperasi seperti biasa pada:
๐Ÿ“… 1 September 2026 (Selasa)

Segala kesulitan yang timbul amat dikesali. Kerjasama dan kesabaran daripada semua komuniti amat kami hargai.

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Malaysia! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโค๏ธ

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SENAM SIHAT MADANI MERDEKA 2026 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พAlhamdulillah, selesai sudah Program Senam Sihat Madani Merdeka 2026 yang telah ber...
29/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SENAM SIHAT MADANI MERDEKA 2026 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Alhamdulillah, selesai sudah Program Senam Sihat Madani Merdeka 2026 yang telah berlangsung pada pagi ini, 29 Ogos 2026 (Sabtu), dari jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi bertempat di NADI PPR Taman Sri Wangi. ๐ŸŽ‰๐Ÿ’ช

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh komuniti PPR Taman Sri Wangi yang telah hadir, memberi sokongan dan bersama-sama memeriahkan program pada pagi ini. Kehadiran dan semangat yang ditunjukkan oleh komuniti amat kami hargai dan menjadi penyeri kepada kejayaan program. โค๏ธ

Tidak dilupakan, tahniah dan syabas kepada para peserta yang bertuah kerana telah memenangi cabutan bertuah! ๐ŸŽ๐ŸŽŠ Semoga hadiah yang diterima dapat memberi manfaat dan menjadi kenangan manis untuk semua.

Terima kasih juga kepada semua pihak, urus setia, sukarelawan serta individu yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.

Semoga aktiviti seperti ini dapat terus mengeratkan silaturahim, memupuk gaya hidup sihat serta menyemarakkan lagi semangat Malaysia MADANI dan bulan kemerdekaan dalam kalangan komuniti. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโœจ

Jumpa lagi di program-program NADI yang akan datang! ๐Ÿฅฐ







๐Ÿ“ข HEBAHAN PENUTUPAN SEMENTARA NADI PPR TAMAN SRI WANGIAssalamualaikum dan salam sejahtera.Dimaklumkan bahawa NADI PPR Ta...
24/08/2026

๐Ÿ“ข HEBAHAN PENUTUPAN SEMENTARA NADI PPR TAMAN SRI WANGI

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dimaklumkan bahawa NADI PPR Taman Sri Wangi akan ditutup sementara sempena sambutan Maulidur Rasul.

๐Ÿ“… Tarikh Tutup: 25 Ogos 2026 (Selasa)
๐Ÿ“… Tarikh Operasi Semula: 26 Ogos 2026 (Rabu)

Segala kesulitan yang timbul amatlah dikesali dan pihak NADI memohon maaf atas segala kesulitan yang mungkin berlaku.

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi:

๐Ÿ“ž 019-3566617 โ€“ Pengurus
๐Ÿ“ž 019-3526617 โ€“ Penolong Pengurus

Terima kasih atas perhatian dan kerjasama semua.

Selamat menyambut Maulidur Rasul.
๐ŸŒ™ NADI PPR Taman Sri Wangi

๐Ÿ’ช TAK TAHU NAK BUAT APA HUJUNG MINGGU NI?Jom luangkan pagi Sabtu dengan aktiviti yang sihat, menyeronokkan dan bermanfaa...
24/08/2026

๐Ÿ’ช TAK TAHU NAK BUAT APA HUJUNG MINGGU NI?

Jom luangkan pagi Sabtu dengan aktiviti yang sihat, menyeronokkan dan bermanfaat bersama komuniti NADI PPR Taman Sri Wangi !

โค๏ธ๐Ÿ’™๐Ÿค๐Ÿ’› SENAM SIHAT MADANI MERDEKA 2026

๐Ÿ“… 29 Ogos 2026 (Sabtu)
โฐ 8.00 a.m โ€“ 10.00 a.m
๐Ÿ“ NADI PPR Taman Sri Wangi

Antara aktiviti dan kemudahan yang disediakan:

๐Ÿƒโ€โ™€๏ธ Senam sihat bersama komuniti
๐Ÿฉบ Saringan kesihatan asas secara PERCUMA
๐Ÿด Makanan dan minuman disediakan

๐Ÿšจ HANYA 50 ORANG TERAWAL SAHAJA! ๐Ÿšจ

Tempat adalah terhad. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menyertai aktiviti sihat ini bersama keluarga, rakan-rakan dan komuniti setempat. โค๏ธ

๐Ÿ“Œ Pendaftaran kini dibuka!
Daftar terus di NADI PPR Taman Sri Wangi atau hubungi:

๐Ÿ“ž 019-356 6617 (Jasmin)
๐Ÿ“ž 019-352 6617 (Zakwan)

Jom bersama-sama kekal aktif, sihat dan cergas sempena bulan kemerdekaan!

Mahir Short Learning Series (SLS) Ogos (Q3 2026)๐Ÿง‘๐Ÿปโ€๐Ÿณ Mahir MasakTajuk SLS - KUIH TALAM KELADI TRADISIONAL NYONYA & BEBOL...
17/08/2026

Mahir Short Learning Series (SLS) Ogos (Q3 2026)
๐Ÿง‘๐Ÿปโ€๐Ÿณ Mahir Masak

Tajuk SLS - KUIH TALAM KELADI TRADISIONAL NYONYA & BEBOLA OAT ๐Ÿ‘จโ€๐Ÿณ๐Ÿฎ๐Ÿ˜

Jom pelajari cara menyediakan hidangan snek Nyonya yang ringkas tapi enak!

๐Ÿ“… Tarikh: Selasa, 18 Ogos 2026
๐Ÿ•’ Masa: 3.00 petang โ€“ 4.00 petang
๐Ÿ“บ Platform: YouTube Studio NADI Mahir

๐Ÿ“ข Kunjungi NADI berhampiran anda untuk pendaftaran dan maklumat lanjut ๐Ÿ“ข

Jangan lepaskan peluang untuk pelajari resipi yang istimewa! ๐ŸŒธ๐Ÿด

Address

Pusat Sebaran Maklumat Nasional PPR, Taman Sri Wangi
Kuching
93050

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00
Saturday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+60193526617

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when NADI PPR Taman Sri Wangi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to NADI PPR Taman Sri Wangi:

Shortcuts

Share