21/02/2026
Assalamualaikum wbt semua
Dukacita dimaklumkan bahawa Cikgu Nasir bin Salim telah kembali ke rahmatullah pada jam 3.15 pagi, 21.02.2026. Innalillahi wa inna ilaihi raji’un.
Semoga roh arwah dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa-dosa beliau serta ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin
Kamek semua di Pusat Amal QC amat terasa kehilangan tok. Arwah Cikgu Nasir bukan sekadar sukarelawan, tapi orang yang berhati mulia dan penuh semangat membantu orang lain.
Pada 23 Januari 2026, arwah udah ngambil sebanyak 13 bag pakaian (lebih kurang 91kg) hasil sedekah orang ramai untuk diagih ke penduduk Kampung Tebelu, Sri Aman, sempena pembukaan Pusat Sumber Kampung di sana.
Sumbangan tok amat bermakna untuk sidak penduduk kampung, lebih-lebih gik untuk sidak yang amat memerlukan. Tiap helaian pakaian yang disedekah s*k sekadar kain, tapi tanda kasih sayang, keprihatinan dan semangat bantu-membantu antara kitak sesama insan.
Arwah juak ada perancangan besar nyamok membuka Pusat Sumber untuk penduduk Kampung Tebelu supaya sidak ada tempat membaca dan menimba ilmu.
Yang paling kamek s*k dapat lupak, arwah siap nadah tangan bedoa untuk Pusat Amal QC.
Arwah memohon supaya segala usaha kebajikan kamekorg terus diberkati, dipermudahkan urusan dan dapat diteruskan untuk jangka masa panjang.
Arwah juak mendoakan supaya semua yang terlibat dikurniakan rezeki yang luas, kesihatan yang baik dan keberkatan dalam hidup. Haritok sama-sama kita berdoa untuk arwah Cikgu Nasir atas semua kebaikannya membantu orang memerlukan.
Hati kamek semua amat terharu mengenang jasa dan doa arwah. InsyaAllah, semangat dan perjuangan beliau akan kamek teruskan.
Kepada keluarga Allahyarham Cikgu Nasir bin Salim, kamek dari Pusat Amal QC mengucapkan salam takziah. Semoga tabah dan sabar menghadapi ujian tok. Moga Allah SWT beri kekuatan dan ketenangan buat kitak sekeluarga.
Moga setiap kebaikan yang arwah lakukan menjadi saham akhirat yang berpanjangan. Dan semoga semangat bersedekah serta bantu-membantu tok terus hidup dalam masyarakat kita.
Al-Fatihah buat arwah
Semoga roh arwah Cikgu Nasir ditempatkan di kalangan yang beriman.