Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak - DUBS Kuching

Call Directions Website Contact the organization

Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak - DUBS Kuching Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak - DUBS Kuching, Non-Governmental Organization (NGO), Sublot 4/12 & 13, Lot 376, Section 54, DUBS Commercial Centre, Jalan Petanak, Kuching.

Laman Rasmi DUBS Cawangan Kuching (Sesi 2025–2028)
Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) telah ditubuhkan pada 21 Januari 1986 di bawah Seksyen 7(1), Akta Pertubuhan 1966.

🎉 Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran Ke-76 🎉Pengerusi, Ahli Jawatankuasa serta seluruh warga Dewan Usahawan Bumiput...
04/08/2026

🎉 Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran Ke-76 🎉

Pengerusi, Ahli Jawatankuasa serta seluruh warga Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) Cawangan Kuching setinggi-tinggi ucapan Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran Ke-76 kepada Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg, Premier Sarawak dan Penaung Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS)

🤲 Semoga Allah SWT mengurniakan YAB Premier Sarawak kesihatan yang berpanjangan, usia yang diberkati, kebijaksanaan serta kekuatan untuk terus menerajui Sarawak ke arah kemajuan, kemakmuran dan kesejahteraan yang berterusan.

✨ Kepimpinan yang berwawasan serta komitmen YAB dalam memperkasa pembangunan negeri dan ekonomi rakyat amat dihargai, khususnya dalam memperkukuh ekosistem keusahawanan Bumiputera di Sarawak.

🎂 Selamat Hari Lahir Ke-76, YAB Premier Sarawak.
Semoga Sarawak terus maju, makmur dan sejahtera di bawah kepimpinan YAB.

Ikhlas daripada,
Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) Cawangan Kuching

✨ Sekalung Tahniah! ✨Pengerusi serta Ahli Jawatankuasa DUBS Cawangan Kuching dengan penuh rasa bangga mengucapkan seting...
02/08/2026

✨ Sekalung Tahniah! ✨

Pengerusi serta Ahli Jawatankuasa DUBS Cawangan Kuching dengan penuh rasa bangga mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Dr. Sharifah Suzanna Wan Shukran, Pengasas Anna Sue Culture Company & Ahli DUBS Kuching, atas kejayaan menerima:

🏆 Anugerah Premier Sarawak Usahawan Wanita (bersempena Hari Wanita Sarawak 2026)
🏆 Anugerah Usahawan Cemerlang Gemilang Maju Jaya 2026 (bersempena Anugerah Gemilang Maju Jaya 2026)
🏆 Anugerah Tokoh Perantis 2026 (Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat Malaysia)

Pencapaian ini bukan sahaja mengangkat nama beliau, malah menjadi inspirasi kepada seluruh komuniti usahawan Bumiputera di Sarawak. Semoga kejayaan ini terus menyemarakkan semangat memperkasa ekonomi Bumiputera dan membawa lebih banyak kejayaan di masa hadapan.

30 Julai 2026 - Pengerusi Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) Cawangan Kuching, Ts. Khairulnizam Dato’ Sri Mohamed ...
31/07/2026

30 Julai 2026 - Pengerusi Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) Cawangan Kuching, Ts. Khairulnizam Dato’ Sri Mohamed Khalid, bersama Ahli Jawatankuasa DUBS Cawangan Kuching merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Nang Ori Academy atas kejayaan menganjurkan AEON Malaysia Business Matching Programme 2026.

Program strategik ini, yang dianjurkan oleh Nang Ori Academy dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak (MINTRED) serta AEON Malaysia, dan disokong oleh DUBS Cawangan Kuching, telah menghimpunkan 37 syarikat berdaftar, dengan 28 syarikat menyertai sesi Business Matching serta membentangkan 159 SKU produk Sarawak secara langsung kepada pembeli dari Ibu Pejabat AEON Malaysia.

DUBS Cawangan Kuching turut merakamkan tahniah kepada Cr. Awaeang Anak Kwasin, Pengasas Nang Ori Academy dan ahli DUBS Cawangan Kuching, atas komitmen beliau menyediakan platform yang membuka peluang kepada usahawan tempatan untuk menembusi rangkaian peruncitan moden di peringkat nasional.

Majlis Penutupan dan Penyampaian Sijil telah disempurnakan oleh Encik Zarifhadi bin Bujang, yang mewakili Dato Sri Haji Mohd Naroden bin Haji Majais, Penasihat PKS, Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak (MINTRED). Turut hadir ialah delegasi AEON Malaysia, wakil pengurusan AEON Sarawak serta Pengerusi DUBS Cawangan Kuching.

DUBS Cawangan Kuching akan terus menyokong inisiatif yang memperkasa usahawan Bumiputera melalui jaringan strategik, pembangunan kapasiti dan akses kepada pasaran yang lebih luas.

Syabas dan tahniah kepada semua usahawan yang telah mengambil bahagian. Semoga lebih banyak produk keluaran usahawan Sarawak berjaya menembusi rangkaian AEON di seluruh Malaysia, seterusnya mengangkat jenama Sarawak ke peringkat antarabangsa.

26 Julai 2026 - Pengerusi Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) Cawangan Kuching, Ts. Khairulnizam Dato’ Sri Mohamed ...
30/07/2026

26 Julai 2026 - Pengerusi Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) Cawangan Kuching, Ts. Khairulnizam Dato’ Sri Mohamed Khalid, bersama Timbalan Pengerusi DUBS Cawangan Kuching, Muhammad Asri Boom, telah menghadiri jemputan BIZNETWORK Fiesta Sarawak 2026 yang disempurnakan oleh YB Datuk Hajah Rubiah Wang, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.

Program anjuran Majlis Amanah Rakyat (MARA) ini merupakan platform penting dalam memperkukuh jaringan kerjasama antara usahawan, agensi kerajaan dan pemain industri, di samping membuka lebih banyak peluang kerjasama strategik serta pembangunan perniagaan.

Menurut laporan BERNAMA, seramai 32 usahawan bimbingan MARA dari seluruh Sarawak telah menyertai BIZNETWORK Fiesta Sarawak edisi kedua yang berlangsung dari 24 hingga 26 Julai 2026 di Plaza Merdeka, Kuching. Program ini memberi penekanan kepada pemerkasaan usahawan melalui akses kepada pembiayaan, pembangunan perniagaan, pendigitalan, pemasaran serta peluasan rangkaian perniagaan.

Turut hadir ialah Ahli Majlis MARA, Puan Siti Ajar Yasin, Timbalan Pengarah Pembangunan Usahawan MARA, Puan Fadhlina Zulkifli, serta Pengarah MARA Negeri Sarawak, Encik Timelow anak Jauk, bersama para usahawan dan wakil agensi berkaitan.

DUBS Cawangan Kuching menyambut baik penganjuran program seumpama ini yang selari dengan usaha memperkasakan komuniti usahawan Bumiputera, meningkatkan daya saing perusahaan tempatan serta memperkukuh ekosistem keusahawanan di Sarawak.

Semoga lebih banyak inisiatif berimpak tinggi seperti ini dapat diteruskan bagi melahirkan lebih ramai usahawan yang berdaya saing, berdaya tahan dan mampu menembusi pasaran di peringkat nasional serta antarabangsa.

Ahli DUBS Kuching Mewakili Sarawak di Pameran Perubatan Antarabangsa KLCCPengerusi Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DU...
28/07/2026

Ahli DUBS Kuching Mewakili Sarawak di Pameran Perubatan Antarabangsa KLCC

Pengerusi Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) Cawangan Kuching, Ts Khairulnizam Dato’ Sri Mohamed Khalid, bersama barisan Ahli Jawatankuasa DUBS Cawangan Kuching merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Puan Catherine Juisi Anak Atey, Pengarah Aargyp Scientific Sdn. Bhd., yang juga merupakan ahli DUBS Cawangan Kuching, atas penyertaan syarikatnya dalam Pameran Perubatan Antarabangsa yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dari 28 hingga 30 Julai 2026.

Aargyp Scientific Sdn. Bhd. mencipta satu lagi kejayaan membanggakan apabila menjadi satu-satunya syarikat perubatan dari Sarawak dan Malaysia Timur yang membuka reruai pameran di Dewan 2 (Hall 2) bersama syarikat-syarikat perubatan terkemuka dari pelbagai negara.

Menurut Ts Khairulnizam, penyertaan tersebut membuktikan bahawa usahawan Sarawak mempunyai keupayaan untuk bersaing di peringkat antarabangsa serta memperkenalkan inovasi dan kepakaran tempatan kepada pasaran global.

“Kejayaan ini bukan sahaja mengharumkan nama Aargyp Scientific Sdn. Bhd., malah turut mengangkat nama Sarawak di persada industri perubatan antarabangsa. DUBS Cawangan Kuching berbangga dengan pencapaian ini dan berharap lebih ramai usahawan Sarawak akan terus melakar kejayaan di peringkat global,” katanya.

DUBS Cawangan Kuching mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Puan Catherine Juisi Anak Atey dan seluruh warga Aargyp Scientific Sdn. Bhd. atas pencapaian yang membanggakan ini serta mendoakan agar syarikat terus berkembang maju, memperkukuh jaringan antarabangsa dan menjadi inspirasi kepada lebih ramai usahawan Bumiputera Sarawak.

23 Julai 2026 | Timbalan Pengerusi DUBS Cawangan Kuching, En. Muhammad Asri Bin Boom, bersama Ahli Jawatankuasa DUBS Caw...
26/07/2026

23 Julai 2026 | Timbalan Pengerusi DUBS Cawangan Kuching, En. Muhammad Asri Bin Boom, bersama Ahli Jawatankuasa DUBS Cawangan Kuching telah menghadiri Sesi Libat Urus dan Program Kesediaan MIHAS 2026 Edisi Kuching, Sarawak yang dianjurkan oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).

Program Kesediaan Pasaran dan Sesi Libat Urus MIHAS 2026 merupakan siri program yang dianjurkan bagi membantu syarikat, khususnya PKS, membuat persediaan untuk menyertai Malaysia International Halal Showcase (MIHAS) 2026. Program ini menghimpunkan syarikat-syarikat dari Sarawak bagi mendapatkan pendedahan awal mengenai MIHAS 2026, Program Penyumberan Antarabangsa (INSP) serta Women in Export (WIEX) 2026.

Sepanjang sesi ini, para peserta diberikan penerangan mengenai perkembangan industri halal global, peluang eksport, nilai tambah penyertaan sebagai peserta MIHAS dan INSP, serta peluang padanan perniagaan bersama pembeli antarabangsa bagi memperkukuhkan strategi syarikat untuk menembusi pasaran luar negara.

Program ini turut membuka ruang kepada syarikat untuk berinteraksi secara langsung dengan pegawai MATRADE dan agensi berkaitan bagi mendapatkan maklumat mengenai pensijilan halal, akses pasaran, pembiayaan perdagangan serta pelbagai inisiatif yang disediakan bagi menyokong aktiviti eksport.

Semoga penyertaan ini dapat dimanfaatkan untuk memperkukuhkan daya saing usahawan tempatan serta membuka lebih banyak peluang ke pasaran antarabangsa.

23 Julai 2026 - Pengerusi DUBS Cawangan Kuching, Ts. Khairulnizam Dato’ Sri Mohamed Khalid, telah menyampaikan kata-kata...
25/07/2026

23 Julai 2026 - Pengerusi DUBS Cawangan Kuching, Ts. Khairulnizam Dato’ Sri Mohamed Khalid, telah menyampaikan kata-kata aluan sempena Program Latihan AI untuk Perniagaan yang berlangsung di Borneo Cultures Museum Centre, Kuching.

Program ini memberi pendedahan kepada para peserta mengenai potensi kecerdasan buatan (AI) dalam meningkatkan produktiviti, mempercepatkan proses kerja serta membuka peluang baharu dalam dunia perniagaan. Antara topik yang dikongsikan termasuk penggunaan AI bagi penghasilan kandungan, pembangunan aplikasi dan automasi pelbagai tugasan.

DUBS Cawangan Kuching percaya bahawa penguasaan teknologi AI kini merupakan satu keperluan bagi memastikan usahawan dan organisasi terus relevan, inovatif serta berdaya saing dalam era pendigitalan.

DUBS Cawangan Kuching merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada En. Afiq Khateem, CEO Ibrandium selaku trainer, serta semua pihak yang telah menjayakan program ini. Semoga lebih banyak inisiatif seumpama ini dapat diteruskan dalam usaha memperkasa komuniti usahawan dan memacu pembangunan ekonomi digital di Sarawak.

23 Julai 2026 – Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) Cawangan Kuching telah diwakili oleh Dr. Awang Moslem Hj Awang ...
24/07/2026

23 Julai 2026 – Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) Cawangan Kuching telah diwakili oleh Dr. Awang Moslem Hj Awang Annuar, Ahli Jawatankuasa (AJK) DUBS Kuching, ke Sesi Libat Urus Kajian Keperluan Pembangunan Akta Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) Wilayah Sarawak yang dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) bersama SME Corp. Malaysia.

Sesi libat urus tersebut bertujuan mendapatkan pandangan serta maklum balas daripada persatuan dan pemain industri bagi mengkaji keperluan mewujudkan Akta PMKS yang komprehensif untuk memperkukuh pembangunan, tadbir urus dan perlindungan ekosistem PMKS di Malaysia.

Penyertaan DUBS Kuching mencerminkan komitmen berterusan organisasi dalam membawa suara usahawan Bumiputera Sarawak ke platform perbincangan dasar, sekali gus memastikan kepentingan komuniti PMKS di negeri ini diberi perhatian dalam proses penggubalan dasar dan perundangan pada masa hadapan.

Address

Sublot 4/12 & 13, Lot 376, Section 54, DUBS Commercial Centre, Jalan Petanak
Kuching
93100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak - DUBS Kuching posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak - DUBS Kuching:

Shortcuts

Share