06/08/2026
#丙午年六月廿四日 06082026
Singai
本阁妇女组今早前往石隆门PDK Singai展开关怀探访活动,与学员及工作人员亲切交流,并送上爱心物资及诚挚祝福,以实际行动关怀特殊儿童及残障人士,传递社会温暖与正能量。
在PDK Singai主席KK Tonison Matan的陪同下,本阁妇女组参观了中心各项设施,并深入了解中心的日常运作、复康训练及教学情况。活动期间,妇女组同德与学员们亲切互动,现场欢声笑语不断,气氛温馨融洽。大家陪伴学员交流、分享欢乐时光,并送上爱心物资及祝福,希望为他们带来更多关怀与鼓励,让他们感受到社会大众的爱护与支持。
PDK Singai主席KK Tonison Matan对本阁妇女组一行人的到访表示热烈欢迎,并衷心感谢本阁长期以来关心特殊儿童及残障人士的发展。他表示,此次探访不仅为学员带来欢乐与鼓励,也让工作人员深受感动,更进一步促进双方交流,充分体现社区团体对弱势群体的关怀。
他说,PDK肩负着协助残障人士进行康复训练、学习生活技能及融入社会的重要使命,除了政府部门的支持,更需要社区大众、企业、社团组织及热心人士共同参与和积极响应。无论是担任志愿者、捐助物资、提供资源或给予精神上的鼓励,都将成为学员成长的重要力量。他希望未来有更多社会人士加入关怀行列,与PDK携手营造一个更加包容、友善及充满爱的社区,让每一位特殊儿童及残障人士都能在社会的支持下健康成长,拥有平等发展的机会。
本阁阁长官锦镇表示,PDK Singai多年来肩负着照顾及培育特殊儿童与残障人士的重要使命,在主席、管理委员会、老师及工作人员的共同努力下,长期默默耕耘,为学员提供复康训练、生活技能及社会适应等多方面的学习机会,帮助他们建立自信、提升能力,充分展现无私奉献的大爱精神,值得社会各界高度肯定与支持。
他同时高度赞扬本阁妇女组长期积极投入慈善公益及社区关怀工作,充分发挥妇女组织服务社会、关爱弱势的力量。这次主动走访PDK Singai,不仅为学员送上温暖与祝福,也进一步促进双方交流,展现德教「济世扬道」的精神。他希望妇女组未来继续凝聚更多社会资源,与各公益机构携手合作,把爱心化为实际行动,让更多有需要的人受惠,共同建设更关怀、更包容、更温暖的社会。
本阁妇女组主任江美珠德姐衷心感谢PDK Singai主席KK Tonison Matan及全体工作人员给予本阁妇女组此次宝贵的探访机会,并细心安排介绍中心的运作情况及学员们的学习成果,让大家能够更深入了解社区复康工作的意义与价值。这次交流不仅增进双方联系,也让妇女组成员深刻体会到工作人员长期默默付出的爱心与奉献精神。
她也衷心感谢本阁全体同德及妇女组姐妹们的积极响应与热情参与,大家齐心协力投入此次关怀活动,以实际行动关爱特殊儿童及残障人士,充分展现德教大家庭团结互助、乐善好施的精神。她希望未来继续凝聚更多同德力量,持续推动更多公益慈善及社区关怀活动,将德教「济世扬道」的精神落实于社会每一个角落,让更多有需要的人感受到社会的关爱与温暖。
本阁衷心感谢本阁名誉顾问兼H2O号东江南辉德长慷慨报效衣物作为捐赠。本阁亦衷心感谢PDK Singai全体负责人及工作人员的热情接待,也感谢社区领袖甲必丹何文辉的积极牵线。感恩所有参与此次探访活动的同德及妇女组姐妹。虽然活动已圆满结束,但关怀永不停歇。本阁将继续秉持德教精神,积极投入各项公益与慈善服务,把关怀化作行动,把温暖送进社区,让爱与希望持续传递。
#德教会 #每日分享
---
Prihatin Sayap Wanita Che Wu Khor ke PDK Singai
Sayap Wanita Che Wu Khor telah mengadakan lawatan prihatin ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Singai, Bau pada pagi ini bagi menyantuni para pelatih serta kakitangan pusat tersebut. Rombongan turut menyampaikan sumbangan barangan keperluan dan ucapan penghargaan sebagai tanda kasih sayang dan sokongan kepada kanak-kanak berkeperluan khas serta orang kurang upaya (OKU), sekali gus menyebarkan semangat prihatin dan nilai kemanusiaan dalam masyarakat.
Rombongan telah dibawa melawat kemudahan serta operasi harian PDK Singai oleh Pengerusinya, KK Tonison Matan. Ahli-ahli Sayap Wanita turut diberi penerangan mengenai program pemulihan, latihan dan pembelajaran yang dijalankan di pusat tersebut. Sepanjang lawatan, para ahli berpeluang beramah mesra serta berinteraksi dengan para pelatih dalam suasana yang penuh ceria, mesra dan harmoni. Mereka turut menyampaikan sumbangan dan ucapan semangat dengan harapan dapat membawa kegembiraan, kasih sayang serta memberi dorongan kepada para pelatih agar mereka sentiasa merasai keprihatinan dan sokongan daripada masyarakat.
Pengerusi PDK Singai, Ketua Kampung Tonison Matan, mengalu-alukan kehadiran rombongan Sayap Wanita Che Wu Khor dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas keprihatinan berterusan persatuan terhadap golongan kanak-kanak berkeperluan khas dan OKU. Beliau berkata, lawatan seperti ini bukan sahaja membawa kegembiraan dan semangat kepada para pelatih, malah turut mengeratkan hubungan antara PDK dengan pertubuhan masyarakat dalam usaha bersama membantu golongan yang memerlukan.
Beliau menjelaskan bahawa PDK memikul tanggungjawab penting dalam menyediakan latihan pemulihan, kemahiran hidup dan pembangunan kendiri bagi membantu golongan OKU berdikari serta mengintegrasikan diri dalam masyarakat. Sehubungan itu, selain sokongan daripada kerajaan, PDK juga amat memerlukan penglibatan aktif masyarakat, syarikat swasta, pertubuhan bukan kerajaan serta individu yang prihatin. Sama ada melalui khidmat sukarelawan, sumbangan barangan, perkongsian sumber mahupun sokongan moral, setiap usaha mampu memberi impak besar kepada perkembangan para pelatih. Beliau berharap lebih ramai pihak tampil menghulurkan bantuan agar bersama-sama membina sebuah masyarakat yang lebih inklusif, penyayang dan prihatin.
Pengerusi Che Wu Khor, Kuan Kim Tian, berkata bahawa PDK Singai telah sekian lama memainkan peranan penting dalam membimbing serta menjaga kebajikan kanak-kanak berkeperluan khas dan golongan OKU. Hasil usaha gigih pengerusi, ahli jawatankuasa, tenaga pengajar serta kakitangan pusat, para pelatih diberikan latihan pemulihan, kemahiran hidup dan penyesuaian sosial yang membantu mereka membina keyakinan diri serta mengembangkan potensi masing-masing. Pengorbanan dan dedikasi mereka amat wajar diberikan penghargaan dan sokongan oleh seluruh masyarakat.
Beliau turut memuji Sayap Wanita Che Wu Khor yang sentiasa aktif melaksanakan pelbagai program kebajikan dan khidmat masyarakat, sekali gus memperlihatkan peranan penting wanita dalam membantu golongan yang memerlukan. Lawatan ke PDK Singai ini bukan sahaja membawa kegembiraan kepada para pelatih, malah memperkukuhkan hubungan antara Che Wu Khor dengan institusi kebajikan komuniti serta mencerminkan semangat De Jiao dalam berbakti kepada masyarakat dan menyebarkan nilai-nilai murni. Beliau berharap Sayap Wanita akan terus bekerjasama dengan pelbagai badan kebajikan dan pertubuhan masyarakat bagi memperluaskan lagi usaha kebajikan demi manfaat golongan yang memerlukan.
Ketua Sayap Wanita, Kong Mui Choo merakamkan ucapan terima kasih kepada Pengerusi PDK Singai, KK Tonison Matan serta seluruh warga PDK kerana memberi peluang kepada Sayap Wanita mengadakan lawatan ini dan berkongsi maklumat mengenai operasi serta pencapaian para pelatih. Menurut beliau, lawatan ini memberi peluang kepada ahli-ahli Sayap Wanita untuk memahami dengan lebih mendalam peranan PDK serta menyaksikan sendiri dedikasi dan kasih sayang yang dicurahkan oleh para petugas terhadap setiap pelatih.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua ahli Che Wu Khor dan ahli-ahli Sayap Wanita yang memberikan sokongan padu serta menyertai lawatan ini dengan penuh semangat. Kerjasama dan komitmen semua pihak telah mencerminkan semangat perpaduan, saling membantu dan kebajikan yang sentiasa menjadi pegangan keluarga besar De Jiao. Beliau berharap lebih ramai ahli akan terus menyertai aktiviti kebajikan pada masa akan datang agar semangat berbakti kepada masyarakat dan menyebarkan nilai-nilai murni dapat diterjemahkan melalui tindakan yang memberi manfaat kepada masyarakat.
Che Wu Khor turut merakamkan penghargaan kepada Penasihat Kehormat merangkap Pemilik H2O, Encik Kong Nam Fui, atas sumbangan pakaian untuk disalurkan kepada PDK Singai. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada seluruh warga PDK Singai atas layanan mesra yang diberikan serta kepada Ketua Masyarakat, Kapitan Ho Boon Fui, atas usaha beliau menghubungkan kedua-dua pihak sehingga lawatan ini dapat direalisasikan.
Walaupun lawatan ini telah berakhir dengan jayanya, semangat menyantuni masyarakat akan terus diteruskan. Che Wu Khor akan terus menjunjung tinggi semangat De Jiao dengan mempergiatkan aktiviti kebajikan dan khidmat masyarakat agar kasih sayang, keprihatinan dan harapan dapat terus disebarkan kepada mereka yang memerlukan.