OSEIC Sarawak

OSEIC Sarawak We are an Early Intervention Centre – the first of its kind in Sarawak

WHO’S READY TO GO RETRO? 😎🕺💃Retro Zumba & Aerodance is coming! 🔥✨RM22 sahaja - siap ada cap, refreshment & lucky draw! 👀...
06/08/2026

WHO’S READY TO GO RETRO? 😎🕺💃
Retro Zumba & Aerodance is coming! 🔥✨

RM22 sahaja - siap ada cap, refreshment & lucky draw! 👀🎁

📅 13 Sept 2026
📍 Bangunan Baitulmakmur
⏰ 6AM – 9AM

Tag your workout buddy & juhh datang join rami-rami💃🔥





05/08/2026

Kebaikan Aktiviti Fizikal Untuk Kanak-Kanak

Pergerakan bukan sekadar bermain. Ia membantu kanak-kanak menguatkan kemahiran motor kasar, meningkatkan koordinasi mata dan tangan, membina keseimbangan, serta mengembangkan daya tumpuan melalui aktiviti yang menyeronokkan dan bermakna.

Setiap langkah kecil adalah satu pencapaian yang besar. Aktiviti manakah yang anda rasa paling digemari oleh anak anda? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen☺️




MAKLUMAN KEPADA SEMUALaman web OSEIC Sarawak sedang menjalani penyelenggaraan dan penambahbaikan sistem buat sementara w...
05/08/2026

MAKLUMAN KEPADA SEMUA

Laman web OSEIC Sarawak sedang menjalani penyelenggaraan dan penambahbaikan sistem buat sementara waktu.

🤍 Nak daftar anak? Jangan risau!

📲 Scan QR Code di atas untuk membuat pendaftaran anak ke OSEIC Sarawak.

📩 Sebarang pertanyaan, boleh hubungi:
082-544415

Terima kasih atas perhatian dan kerjasama anda. 🤍


04/08/2026

OSEIC Sarawak menjemput seluruh warga Sarikei dan kawasan sekitarnya untuk mengunjungi booth kami sempena Program Sarawakku Sayang bahagian Sarikei seperti ketetapan di bawah:

📅 Tarikh: 7 – 9 Ogos 2026
📍 Tempat: Kompleks Sukan Sarikei

Apa yang menarik di booth OSEIC?
🧩Perkongsian mengenai perkhidmatan intervensi awal kanak-kanak
🧩Pendaftaran dan konsultasi
🧩Aktiviti Kanak-Kanak
🧩Photo Gallery

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan maklumat, bertanya secara terus kepada team kami dan mengenali lebih lanjut peranan kami dalam menyokong perkembangan kanak-kanak.

Kami nantikan kehadiran anda🧚



MAKLUMAN PENYELENGGARAAN LAMAN WEB OSEIC SARAWAKDimaklumkan bahawa laman web OSEIC Sarawak tidak dapat diakses buat seme...
04/08/2026

MAKLUMAN PENYELENGGARAAN LAMAN WEB OSEIC SARAWAK

Dimaklumkan bahawa laman web OSEIC Sarawak tidak dapat diakses buat sementara waktu kerana sedang menjalani kerja-kerja penyelenggaraan dan penambahbaikan sistem.

Kami memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi oleh semua pihak. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau memerlukan maklumat lanjut, sila hubungi kami melalui :

Email Rasmi : [email protected]

Laman web akan kembali beroperasi sebaik sahaja kerja-kerja penyelenggaraan selesai.

Terima kasih atas sokongan berterusan anda kepada OSEIC Sarawak.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pengunjung yang telah singgah ke Booth OSEIC Sarawak se...
04/08/2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pengunjung yang telah singgah ke Booth OSEIC Sarawak sempena Sambutan Hari Wanita Sarawak 2026 yang berlangsung di Hotel Pullman, Kuching pada 2 Ogos 2026.

Kehadiran anda amat bermakna buat kami dalam usaha meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan intervensi awal untuk kanak-kanak yang memerlukan sokongan perkembangan.

Semoga setiap penerangan dan interaksi ini memberi manfaat serta membuka ruang kepada lebih ramai masyarakat untuk memahami peranan intervensi awal dalam membantu kanak-kanak mencapai potensi terbaik mereka.



Taklimat Program Transisi yang telah diadakan pada 29 Julai 2026 yang lalu memberi pendedahan kepada ibubapa dan penjaga...
03/08/2026

Taklimat Program Transisi yang telah diadakan pada 29 Julai 2026 yang lalu memberi pendedahan kepada ibubapa dan penjaga mengenai objektif program, pendekatan yang dilaksanakan serta peranan ibu bapa dan guru dalam memastikan setiap kanak-kanak mendapat sokongan yang bersesuaian mengikut keperluan mereka.

Program Transisi membantu kanak-kanak membuat peralihan daripada perkhidmatan intervensi awal ke alam persekolahan dengan lebih yakin, lancar dan bersedia.

Kami percaya bahawa persediaan yang rapi dan kerjasama semua pihak merupakan kunci kepada proses transisi yang berjaya, sekali gus membuka ruang kepada setiap kanak-kanak untuk berkembang dan mencapai potensi terbaik mereka.



Pada 3 Ogos 2026, OSEIC Sarawak berbesar hati menerima kunjungan daripada The Salvation Army Kuching Children Care Centr...
03/08/2026

Pada 3 Ogos 2026, OSEIC Sarawak berbesar hati menerima kunjungan daripada The Salvation Army Kuching Children Care Centre.

Terima kasih atas kesudian meluangkan masa untuk bersama kami mengenali dengan lebih dekat peranan dan perkhidmatan intervensi awal yang disediakan oleh OSEIC Sarawak. Kunjungan seperti ini bukan sahaja membuka ruang untuk perkongsian ilmu dan pengalaman, malah mengukuhkan jalinan kerjasama ke arah masa depan yang terbaik buat kanak-kanak.

Kami percaya, setiap langkah yang diambil bersama adalah satu usaha bermakna dalam memastikan setiap kanak-kanak mendapat peluang untuk berkembang, belajar dan mencapai potensi mereka yang optimum.

Semoga silaturahim yang terjalin hari ini menjadi permulaan kepada lebih banyak kerjasama yang memberi manfaat kepada komuniti pada masa hadapan.



Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua pengunjung yang telah meluangkan masa untuk singgah ke Booth OSEIC Sarawak s...
23/07/2026

Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua pengunjung yang telah meluangkan masa untuk singgah ke Booth OSEIC Sarawak sempena Program Sarawakku Sayang Bahagian Sibu yang telah berlangsung pada 10 hingga 12 Julai 2026.

Kehadiran dan sokongan yang ditunjukkan oleh setiap pengunjung amat kami hargai. Semoga perkongsian mengenai perkhidmatan One-Stop Early Intervention Centre (OSEIC) Sarawak dapat meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan intervensi awal serta sokongan kepada kanak-kanak yang memerlukan.

Terima kasih juga kepada semua pihak yang telah bersama-sama menjayakan program ini. Semoga usaha ini menjadi pemangkin kepada kerjasama yang lebih erat dalam membina masa depan yang lebih inklusif untuk setiap kanak-kanak di Sarawak.

Bersama-sama kita menyokong perkembangan setiap anak, kerana setiap anak berhak mendapat peluang untuk berkembang dan mencapai potensi mereka.💜

Terima kasih orang Sibu, jumpa lagi di program akan datang.




Address

Lot 14250, Section 65 KTLD, Metrocity's Commercial Precint, Jalan Matang
Kuching
93050

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6082544415

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when OSEIC Sarawak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to OSEIC Sarawak:

Shortcuts

Share