ANGKASA SARAWAK

ANGKASA SARAWAK Pusat informasi Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad, cawangan Sarawak.

ANGKASA SARAWAK RAI PERSARAAN PUAN DAYANG JULINA DALAM SESI BERSAMA PENGERUSI ANGKASA SARAWAK DAN MAJLIS LAMBAIAN KASIHK...
04/08/2026

ANGKASA SARAWAK RAI PERSARAAN PUAN DAYANG JULINA DALAM SESI BERSAMA PENGERUSI ANGKASA SARAWAK DAN MAJLIS LAMBAIAN KASIH

KUCHING, 3 Ogos – Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) Cawangan Sarawak telah menganjurkan Sesi Bersama Pengerusi ANGKASA Sarawak dan Majlis Lambaian Kasih bagi menghargai jasa serta sumbangan Puan Dayang Julina binti Abang Malik yang menamatkan perkhidmatannya pada 31 Julai 2026.

Majlis penuh makna itu telah berlangsung di Bilik Serbaguna, Pejabat ANGKASA Sarawak di sini, dengan kehadiran Jawatankuasa ANGKASA Sarawak serta warga kerja ANGKASA Sarawak.

Atur cara dimulakan dengan bacaan doa oleh Pegawai Syariah ANGKASA Sarawak, al-Fadhil Ustaz Ahmad Syazman bin Othman, disusuli ucapan aluan oleh Pengurus Kanan ANGKASA Sarawak, Encik George Aiman Milin.

Turut menyampaikan ucapan ialah Pengerusi Kelab Kebajikan dan Sukan Kakitangan ANGKASA Sarawak (KESARA), Puan Neenawati Zainal Abidin, yang menzahirkan penghargaan atas komitmen tinggi yang diberikan oleh Puan Dayang Julina sepanjang berkhidmat.

Puan Dayang Julina dalam ucapan perpisahannya menzahirkan rasa hiba dan berterima kasih kepada seluruh warga kerja atas sokongan padu yang diterimanya selama ini. Sebagai tanda penghargaan, beliau turut menerima penyampaian cenderahati daripada pihak pengurusan ANGKASA Sarawak dan KESARA.

Majlis tersebut turut diserikan dengan acara simbolik tradisi mencicip kuih jala sebagai lambang keakraban silaturahim, selain acara memotong kek bagi meraikan kakitangan yang menyambut ulang tahun kelahiran antara bulan Mei hingga Ogos.

Sementara itu, Pengerusi ANGKASA Sarawak yang juga Anggota Lembaga KOPSYA, Encik Wan Azizan bin Wan Zainal Abidin dalam ucapan penangguhannya, mengingatkan kakitangan agar terus mengekalkan budaya kerja cemerlang dan mendoakan kesejahteraan Puan Dayang Julina dalam fasa persaraannya. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Encik Mohd Mortadza bin Mantrang, Timbalan Pengerusi ANGKASA Sarawak.

ANGKASA SARAWAK ANJUR WEBINAR KOPERASI SEKOLAH RM 1 JUTA.KUCHING, 14 Julai 2026 – Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia ...
16/07/2026

ANGKASA SARAWAK ANJUR WEBINAR KOPERASI SEKOLAH RM 1 JUTA.

KUCHING, 14 Julai 2026 – Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) Negeri Sarawak dengan kerjasama Seksyen Pendidikan ANGKASA telah berjaya menganjurkan "Webinar Koperasi Sekolah RM 1 Juta: Transformasi dari Biasa ke Luar Biasa" melalui aplikasi Zoom Online. Program atas talian ini bertujuan untuk menyuntik inspirasi dan berkongsi strategi bagi memperkasakan koperasi sekolah di seluruh negara agar mampu mencapai status berpendapatan tinggi.

Majlis telah dirasmikan oleh Encik Wan Azizan bin Wan Zainal Abidin, Pengerusi ANGKASA Sarawak merangkap Anggota Lembaga KOPSYA. Dalam ucapan perasmiannya, beliau menekankan kepentingan transformasi minda dan operasi dalam pengurusan koperasi sekolah. Menurut beliau, koperasi sekolah bukan sekadar entiti menyediakan kelengkapan belajar, malah mempunyai potensi besar untuk berkembang sebagai pemacu ekonomi luar biasa jika diuruskan dengan tadbir urus yang mantap dan inovatif.

Webinar kali ini menampilkan dua orang ahli panel yang mewakili Koperasi Sekolah di Sarawak yang telah berjaya mencatatkan perolehan RM 1 juta pada tahun 2025 iaitu Cikgu Fready anak Hang, Naib Bendahari Koperasi SMK Merbau Miri Bhd dan Cikgu Ngu Poh Yieng, Setiausaha Koperasi SMK Bintulu Bhd. Sesi perbincangan interaktif ini telah dikendalikan dengan lancar oleh Encik Hasbullah bin Hamdin, Penolong Pengurus Seksyen Pendidikan ANGKASA yang bertindak sebagai moderator.

Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan kehadiran seramai 95 orang peserta. Mereka terdiri daripada guru-guru pembimbing dan pengurusan koperasi sekolah bukan sahaja dari Sarawak dan Sabah, malah turut disertai oleh wakil koperasi sekolah dari Semenanjung Malaysia.

Melalui maklum balas peserta, perkongsian realistik daripada panel jemputan ini membuka ruang minda baharu buat koperasi sekolah lain untuk mengikut jejak langkah mencatatkan perolehan mencecah jutaan ringgit pada masa hadapan.

PROGRAM KEMPEN KEANGGOTAAN ANGKASA DENGAN KERJASAMA SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA (SKM) BAHAGIAN SAMARAHANTarikh: 13 Jul...
13/07/2026

PROGRAM KEMPEN KEANGGOTAAN ANGKASA DENGAN KERJASAMA SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA (SKM) BAHAGIAN SAMARAHAN

Tarikh: 13 Julai 2026 (Isnin)
Tempat: Bilik Mesyuarat Guna Bersama, Bangunan Persekutuan, Samarahan.
Masa: 8:00 Pagi - 2:00 Petang

Program Kempen Keanggotaan ANGKASA dengan kerjasama Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Bahagian Samarahan telah berjaya dilaksanakan pada 13 Julai 2026 (Isnin). Program ini bertujuan memberi penerangan mengenai peranan dan fungsi ANGKASA serta menggalakkan koperasi yang belum menjadi ahli untuk menyertai ANGKASA.

Seramai 7 orang Ahli Lembaga Koperasi (ALK) daripada 3 buah koperasi telah menghadiri program ini. Hasil daripada sesi penerangan dan promosi keanggotaan yang dijalankan, kesemua koperasi yang hadir telah berjaya mendaftar sebagai Ahli ANGKASA, iaitu:

1. Koperasi Sungai Mata Berhad
2. Koperasi Sukip Berhad
3. Koperasi Arbans Dinamix Asajay Berhad

Ceramah disampaikan oleh Puan Minah anak Sat daripada SKM Samarahan, berkaitan Asas Perundangan Koperasi dan seterusnya Sesi bertajuk Peluang Pembangunan Perniagaan Koperasi disampaikan oleh Encik George Aiman Milin, Pengurus Kanan ANGKASA Sarawak. Majlis turut disertai oleh Pengerusi ANGKASA SARAWAK, Encik Wan Azizan bin Wan Zainal Abidin yang turut menyampaikan ucapan aluan dan seterusnya menyempurnakan acara simbolik penerimaan borang keanggotaan ANGKASA daripada 3 koperasi yang terlibat.

Program ini telah mencapai objektif yang ditetapkan dan berjaya meningkatkan keanggotaan ANGKASA di Bahagian Samarahan. Diharapkan kerjasama strategik antara ANGKASA dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) akan terus diperkukuhkan bagi memperluaskan penyertaan koperasi sebagai ahli ANGKASA serta memperkasakan gerakan koperasi di Sarawak.

Laporan Oleh,
Azbullah Hj Alli
PIC Keanggotaan
ANGKASA SARAWAK

PROGRAM KEMPEN KEANGGOTAAN ANGKASA SARAWAK DENGAN KERJASAMA SKM BAHAGIAN KUCHING.Tarikh: 9 Julai 2026Tempat: Bilik Semin...
09/07/2026

PROGRAM KEMPEN KEANGGOTAAN ANGKASA SARAWAK DENGAN KERJASAMA SKM BAHAGIAN KUCHING.

Tarikh: 9 Julai 2026
Tempat: Bilik Seminar ANGKASA Sarawak
Masa: 8.00 Pagi - 1.00 Petang

1. Latar Belakang

Program Berkumpulan Kempen Keanggotaan ANGKASA bersama Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Bahagian Kuching telah diadakan bagi memberi penerangan mengenai peranan dan manfaat keanggotaan ANGKASA kepada koperasi yang berpotensi untuk menjadi ahli.

2. Objektif

* Memberi pendedahan mengenai fungsi dan peranan ANGKASA.
* Memberi pendedahan berkaitan perundangan koperasi.
* Menggalakkan koperasi menyertai ANGKASA sebagai ahli.
* Memperkukuhkan jaringan kerjasama antara ANGKASA, SKM dan koperasi.

3. Aturcara
*8:00 – 9:00 Pagi : Pendaftaran dan Minum Pagi
*9:00 - 9:05 Pagi : Bacaan Doa oleh Ustaz Ahmad Syazman Othman
*9:05 – 9:30 Pagi : Ucapan Aluan dan Perasmian
Oleh: Encik Wan Azizan bin Wan Zainal Abidin
Pengerusi JKAN Sarawak
*9:30 – 10:30 Pagi : Asas Perundangan Koperasi
Oleh: Encik Rizal Ismail
Penolong Pengarah Kanan
Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Sarawak
*10:30 – 11:30 Pagi : Peluang Pembangunan Perniagaan bersama ANGKASA
Oleh: En George Aiman Milin
Pengurus Kanan ANGKASA Sarawak
*11:30 – 12:30 Tengah hari : Bengkel Pengisian Borang Keanggotaan ANGKASA
Oleh: En Azbullah Alli
PIC Keanggotaan ANGKASA Sarawak
*12:30 – 2:00 Petang : Makan Tengah hari dan Bersurai

4. Kehadiran

Bilangan koperasi hadir: 5 buah
Jumlah peserta: 12 orang

5. Koperasi Berjaya Berdaftar Sebagai Ahli ANGKASA

1. Koperasi Usrah Asatizah Iban Kuching Berhad
2. Koperasi PERKIS Sarawak Berhad
3. Koperasi Usaha Anak Tani Sarawak Berhad
4. Koperasi Sejinjang Kuching Berhad
5. Koperasi Pemeliharaan Alam Entanggor Berhad

6. Rumusan

Program ini telah mencapai objektif yang ditetapkan apabila lima (5) buah koperasi berjaya didaftarkan sebagai anggota ANGKASA. Kerjasama erat antara ANGKASA dan SKM Bahagian Kuching berjaya meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan keanggotaan ANGKASA serta memperkukuhkan hubungan dengan gerakan koperasi di Bahagian Kuching. Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan bagi menarik lebih banyak koperasi menyertai ANGKASA pada masa akan datang.

Oleh;
George Aiman Milin
Pengurus Kanan
ANGKASA Cawangan Sarawak.

WEBINAR KOPERASI SEKOLAH RM 1 JUTA - FORMULA TRANSFORMASI DARI BIASA KE LUAR BIASAANGKASA Sarawak dengan kerjasama Seksy...
08/07/2026

WEBINAR KOPERASI SEKOLAH RM 1 JUTA - FORMULA TRANSFORMASI DARI BIASA KE LUAR BIASA

ANGKASA Sarawak dengan kerjasama Seksyen Pendidikan ANGKASA akan menganjurkan Webinar Koperasi Sekolah pada tarikh dan masa seperti berikut:

Tarikh : Selasa, 14 Julai 2026
Masa : 9.00 pagi - 1.00 petang
Tempat : Pelantar Zoom (Online)

Webinar kali ini menampilkan koperasi sekolah yang telah mencatatkan perolehan RM 1 juta iaitu Koperasi SMK Merbau Miri Bhd dan Koperasi SMK Bintulu Bhd. Diharapkan Webinar ini dapat meningkatkan motivasi koperasi-koperasi sekolah di Negeri Sarawak untuk meningkatkan perolehan koperasi dan sekaligus memberikan banyak manfaat kepada anggota koperasi sekolah.

Mari sertai kami dengan mengisi borang pendaftaran pada pautan ini https://forms.gle/wTavLPyiCSrkwuYX8

ANGKASA Sarawak Perkasa Kepimpinan, Keusahawanan Koperator WanitaKUCHING, 7 Jun 2026 – Angkatan Koperasi Kebangsaan Mala...
09/06/2026

ANGKASA Sarawak Perkasa Kepimpinan, Keusahawanan Koperator Wanita

KUCHING, 7 Jun 2026 – Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) Negeri Sarawak telah berjaya menganjurkan Bengkel Kepimpinan dan Keusahawanan Koperasi Wanita bertempat di Hotel Merdeka Palace, Kuching. Program yang berlangsung selama dua hari satu malam bermula 6 Jun hingga 7 Jun 2026 ini merupakan hasil anjuran bersama Seksyen Wanita dan Komuniti, Bahagian Komuniti, Pelancongan dan Kesihatan ANGKASA. Penganjuran bengkel ini membawa objektif utama untuk memperkasa kepimpinan wanita, memperluas peluang keusahawanan, serta memperkukuh pengurusan koperasi ke arah pembentukan organisasi yang lebih dinamik, berprestasi tinggi, dan berdaya tahan dalam mendepani landskap ekonomi semasa.

Sepanjang bengkel ini berlangsung, para peserta telah didedahkan dengan pelbagai pengisian dan modul intensif yang disampaikan oleh barisan pakar serta penceramah jemputan. Slot pertama membincangkan aspek Pengurusan Kewangan, Aliran Tunai dan Analisis Untung Rugi yang disampaikan oleh Encik Rizal Ismail selaku Penolong Pengarah Kanan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Bahagian Kuching. Seterusnya, para peserta turut dibimbing mengenai Strategi Pemasaran Digital dan Penembusan Pasaran oleh Encik Wan Najib Wan Hamdan daripada Coach Wan Training And Consultancy.Bagi memantapkan lagi aspek operasi perniagaan, Puan Dayang Sophia Binti Abang Taha yang merupakan BizKaunselor Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) telah mengendalikan slot Pembangunan Produk dan Inovasi Perniagaan. Bengkel pengisian ini kemudiannya dilengkapkan dengan slot Komunikasi Berpengaruh Dalam Kepimpinan dan Keusahawanan yang disampaikan oleh Encik Frank Meol Abdullah, Pensyarah Kanan Institut Koperasi Malaysia (IKMa) Zon Sarawak.

Majlis penutupan rasmi bagi bengkel ini telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Encik Wan Azizan bin Wan Zainal Abidin selaku Pengerusi ANGKASA Sarawak. Turut hadir ialah Encik Zaiwin bin Kassim yang merupakan Jawatankuasa ANGKASA Sarawak. Dalam ucapan penutupnya, Encik Wan Azizan menyeru agar semua koperator wanita lebih berani tampil ke hadapan sebagai pemimpin yang berwibawa selain sentiasa mengaplikasikan prinsip tadbir urus yang baik, berintegriti, dan telus dalam pengurusan organisasi. Beliau turut menekankan kepentingan membangunkan perniagaan koperasi yang inovatif dan berdaya saing, di samping menyeru para peserta untuk saling menyokong antara satu sama lain demi membina ekosistem koperasi wanita yang kukuh.

Secara keseluruhannya, bengkel ini telah berjaya menghimpunkan seramai 22 orang koperator wanita yang mewakili 16 buah koperasi.

ANGKASA SARAWAK KOMITED BANTU PULIHKAN KOPERASI TIDAK AKTIF DI SARAWAK SIBU, 15 Mei 2026 – Angkatan Koperasi Kebangsaan ...
19/05/2026

ANGKASA SARAWAK KOMITED BANTU PULIHKAN KOPERASI TIDAK AKTIF DI SARAWAK

SIBU, 15 Mei 2026 – Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) Sarawak dengan kerjasama Unit Latihan dan Pemulihan ANGKASA serta Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Bahagian Sibu telah menganjurkan Bengkel Pemulihan Koperasi bertempat di Hotel Premier, Sibu. Program ini telah dirasmikan oleh Naib Presiden ANGKASA, YBhg. Datuk Hj. Mohamad Ali Hasan. Turut hadir bersama di dalam Majlis Perasmian ialah Encik Awang Magerib bin Awang Anie, Setiausaha ANGKASA Sarawak, Puan Panting Anak Janting, Jawatankuasa ANGKASA Sarawak Wilayah Sibu.

Dalam ucapan perasmiannya, Datuk Hj. Mohamad Ali Hasan memaklumkan bahawa di bawah program pemulihan, Unit Latihan dan Pemulihan ANGKASA telah berjaya melaksanakan tujuh bengkel diagnosis sehingga April 2026. Melalui inisiatif berkenaan, sebanyak 41 koperasi tidak aktif telah berjaya dikenal pasti dan tujuh buah koperasi daripadanya kini telah pun berjaya dipulihkan.
Bengkel ini juga memberi tumpuan khusus kepada penyelesaian isu akaun tertunggak, pelaksanaan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT), dan masalah ketiadaan aktiviti perniagaan. Bagi memperkukuh lagi usaha murni ini, ANGKASA turut menyediakan bantuan kewangan berjumlah RM1,000 bagi khidmat audit serta RM1,000 bagi pelaksanaan MAT kepada 30 buah koperasi tidak aktif yang terpilih. Langkah proaktif ini diyakini mampu mengaktifkan semula koperasi-koperasi terbabit secara mampan dan seterusnya memperkukuh ekosistem gerakan koperasi negara.

Sepanjang bengkel berlangsung, para peserta telah didedahkan dengan empat sesi yang amat bermanfaat. Sesi pertama yang membincangkan tentang Asas Perundangan Koperasi telah disampaikan oleh Penolong Pengarah Bahagian SKM Bahagian Sibu, En. Noor Azahar bin Abdul Kadir. Ini diikuti dengan sesi kedua mengenai Perakaunan dan Pengauditan Koperasi yang dikendalikan oleh Pegawai Latihan Institusi Koperasi Malaysia (IKMa) Zon Sarawak, Puan Nur Fatin Shazwani binti Ahmad.

Seterusnya, En. Awang Magerib bin Awang Anie, Setiausaha ANGKASA Sarawak telah membentangkan tajuk Peluang dan Ruang Perniagaan bersama ANGKASA pada sesi ketiga. Program ini kemudiannya diakhiri dengan sesi keempat iaitu Bengkel Pemulihan Koperasi yang dipimpin oleh Penolong Pengurus Unit Latihan dan Pemulihan ANGKASA, En. Azmir bin Othman.

Penganjuran bengkel ini diharapkan dapat menjadi pemangkin utama dalam membantu koperasi yang tidak aktif di Sarawak untuk kembali aktif dan berdaya saing.

ANGKASA Sarawak Komited Perkasakan Jati Diri Koperasi AnggotaSRI AMAN, 14 Mei 2026 – Seramai 50 orang peserta mewakili 2...
18/05/2026

ANGKASA Sarawak Komited Perkasakan Jati Diri Koperasi Anggota

SRI AMAN, 14 Mei 2026 – Seramai 50 orang peserta mewakili 20 buah koperasi dari sekitar wilayah ini telah berkumpul di Hotel BME Sri Aman bagi menjayakan Bengkel Pemantapan Jati Diri Koperasi. Program sehari ini merupakan anjuran bersama Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) Negeri Sarawak, Bahagian Latihan dan Pemulihan ANGKASA dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Bahagian Sri Aman.

Objektif utama bengkel ini adalah untuk memperkukuh jati diri koperasi tulen dalam kalangan anggota, yang dilihat sebagai asas paling kritikal bagi memastikan kelestarian sesebuah organisasi koperasi. Selain itu, para peserta didedahkan dengan kefahaman mendalam mengenai hak dan tanggungjawab Anggota Lembaga Koperasi (ALK) serta kaedah sistematik dalam memeta hala tuju perniagaan.

Majlis telah dimulakan dengan ucapan aluan oleh YBrs. En. Awang Magerib bin Awang Anie, Setiausaha Jawatankuasa ANGKASA Sarawak, sebelum dirasmikan oleh YBhg. Datuk Hj. Mohamad Ali Hassan, Naib Presiden ANGKASA. Beliau menegaskan bahawa Jati diri koperasi yang kuat adalah benteng utama koperasi. Tanpa kefahaman yang jelas mengenai prinsip koperasi, sesebuah entiti itu sukar untuk kekal relevan dalam pasaran yang mencabar hari ini.

Sepanjang program berlangsung, para peserta telah mengikuti lima sesi intensif iaitu
• Sesi 1 & 2: Fokus kepada Pemantapan Jati Diri serta Hak dan Tanggungjawab ALK yang disampaikan oleh En. Hamizah bin Mohd Nadzir, Pegawai Latihan Kanan Institut Koperasi Malaysia (IKMa) Zon Sarawak.
• Sesi 3: Memeta Perniagaan Koperasi menerusi Aplikasi Business Model Canvas (BMC) oleh Puan Nurhannan Ab Rafar (ANGKASA), bertujuan membantu koperasi merancang model perniagaan yang lebih kompetitif.
• Sesi 4: Perkongsian mengenai Peluang Pembangunan Perniagaan bersama ANGKASA oleh En. Awang Magerib bin Awang Anie.
• Sesi 5: Pendedahan mengenai Peluang Geran dan Dana SKM oleh Puan Priscilla Kay Anak George@John, Penolong Pengarah SKM Bahagian Sri Aman, bagi membantu koperasi meningkatkan aktiviti ekonomi masing-masing.

Menerusi bengkel ini, koperasi-koperasi di Bahagian Sri Aman diharapkan dapat memanfaatkan segala maklumat berkaitan bantuan dan geran yang disediakan oleh SKM. Inisiatif ini bukan sahaja bertujuan untuk memulihkan perniagaan pasca-cabaran ekonomi, malah memastikan tadbir urus koperasi berada pada tahap yang terbaik dan telus demi kepentingan semua anggota.

LAPORAN KEJOHANAN PETANQUE ANGKASA PERINGKAT NEGERI SARAWAK 20261.0 PENDAHULUANKejohanan Petanque ANGKASA Peringkat Nege...
11/05/2026

LAPORAN KEJOHANAN PETANQUE ANGKASA PERINGKAT NEGERI SARAWAK 2026

1.0 PENDAHULUAN

Kejohanan Petanque ANGKASA Peringkat Negeri Sarawak 2026 telah berjaya dilaksanakan pada 9 hingga 10 Mei 2026 bertempat di Arena Petanque Jepak, Bintulu. Program ini dianjurkan sebagai platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan gerakan koperasi di Sarawak di samping memupuk budaya hidup sihat dan semangat kesukanan. Penganjuran kejohanan ini juga menjadi medium bagi memperkukuhkan jaringan kerjasama antara koperasi-koperasi di negeri Sarawak serta memberi peluang kepada peserta menunjukkan bakat dan kemahiran dalam sukan petanque. Kejohanan Petanque ANGKASA Peringkat Negeri Sarawak 2026 kali ini dianjurkan dengan kerjasama Koperasi Kariah Masjid Al Mustaqim Bintulu Berhad.
Majlis perasmian Kejohanan disempurnakan oleh Pengerusi ANGKASA Sarawak, Encik Wan Azizan bin Wan Zainal Abidin yang juga sempat membuat lontaran bola pétanque sebagai simbolik perasmian dan bermulanya Kejohanan Petanque ANGKASA Peringkat Negeri Sarawak 2026. Turut Hadir pada Majlis Perasmian ini Adalah Encik Baharen bin Rani, Pengerusi KKM Al Mustaqim Bintulu Berhad, Encik Awang Magerib bin Awang Anie, Setiausaha ANGKASA Sarawak, Puan Halimah bintu Yahya, Jawatankuasa ANGKASA Wilayah Bintulu, Barisan ALK KKM Al Mustaqim Bintulu Berhad, Encik Ismawi haji Bujang, Presiden Persatuan Boules Bahagian Bintulu dan Encik George Aiman Milin, Pengurus Kanan ANGKASA Sarawak.

2.0 OBJEKTIF PROGRAM

Antara objektif utama penganjuran Kejohanan Petanque ANGKASA Peringkat Negeri Sarawak 2026 adalah seperti berikut:
1. Membuat pemilihan wakil ANGKASA Sarawak ke Kejohanan Petanque ANGKASA Peringkat Kebangsaan 2026 di Melaka.
2. Mengeratkan hubungan silaturahim antara anggota koperasi di seluruh negeri Sarawak.
3. Memupuk semangat kesukanan, disiplin dan kerja berpasukan dalam kalangan peserta.
4. Menggalakkan penglibatan koperasi dalam aktiviti sukan dan rekreasi.
5. Mewujudkan gaya hidup sihat melalui aktiviti sukan yang aktif dan berdaya saing.
6. Menjadi platform mencungkil bakat baharu dalam sukan petanque.

3.0 MAKLUMAT PROGRAM

Perkara Maklumat
Nama Program : Kejohanan Petanque ANGKASA Peringkat Negeri Sarawak 2026
Tarikh : 9 – 10 Mei 2026 (Sabtu dan Ahad)
Tempat : Arena Petanque Jepak, Bintulu
Penganjur Bersama : Koperasi Kariah Masjid Al Mustaqim Kidurong Bintulu Berhad
Penyertaan Koperasi : 52 buah koperasi
Bilangan Pasukan : 145 pasukan
Anggaran Kehadiran : 500 orang

4.0 PELAKSANAAN PROGRAM

Kejohanan ini telah berlangsung selama dua hari dengan penyertaan yang amat memberangsangkan daripada koperasi-koperasi seluruh Sarawak. Sepanjang kejohanan berlangsung, peserta telah menunjukkan komitmen, disiplin serta semangat kesukanan yang tinggi. Pertandingan dijalankan mengikut format yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur dan dikendalikan dengan lancar oleh jawatankuasa pelaksana serta pegawai teknikal yang bertugas. Program ini turut mendapat sambutan yang baik daripada para penyokong, anggota koperasi dan masyarakat setempat yang hadir bagi memeriahkan suasana kejohanan.
Sebanyak empat kategori telah dipertandingkan dalam kejohanan ini iaitu:
1. Kategori Koperator Dewasa Lelaki
2. Kategori Koperator Dewasa Wanita
3. Kategori Koperator Pelajar Lelaki
4. Kategori Koperator Pelajar Perempuan
Juara bagi setiap kategori telah dipilih untuk mewakili ANGKASA Sarawak ke Kejohanan Petanque ANGKASA Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Melaka dengan pembiayaan oleh ANGKASA.

5.0 PENYERTAAN

Kejohanan Petanque ANGKASA Peringkat Negeri Sarawak 2026 telah mencatatkan maklumat penyertaan seperti berikut:
• Penyertaan koperasi: 52 buah koperasi
• Bilangan pasukan bertanding: 145 pasukan
• Anggaran jumlah kehadiran peserta dan pengunjung: 500 orang
Penyertaan yang tinggi ini menunjukkan komitmen dan sokongan padu daripada gerakan koperasi terhadap program sukan anjuran ANGKASA.

6.0 KEPUTUSAN KEJOHANAN

KATEGORI KOPERATOR DEWASA LELAKI
Johan Koperasi Cahaya Sarawak Berhad B
Naib Johan Koperasi Cahaya Sarawak Berhad A
Ketiga Koperasi Kariah Surau Darul Ikhsan Bintangor Berhad A
Keempat Koperasi Kariah Surau Darul Ikhsan Bintangor Berhad B

KATEGORI KOPERATOR DEWASA WANITA
Johan Koperasi Usahawan Limbang Berhad
Naib Johan Koperasi MRSM Mukah Berhad
Ketiga Koperasi Keluarga Hj Supri Tekajong Berhad
Keempat Koperasi Pewaris Kpg Sepok Berhad

KATEGORI KOPERATOR PELAJAR LELAKI
Johan Koperasi SMKA Limbang Berhad A
Naib Johan Koperasi SMK Gedong Berhad A
Ketiga Koperasi SMK Kidurong Berhad
Keempat Koperasi SMK Methodist Sibu Berhad

KATEGORI KOPERATOR PELAJAR PEREMPUAN
Johan Koperasi SMK Gedong Berhad
Naib Johan Koperasi SMK Tatau Berhad
Ketiga Koperasi SMK Matang Hilir Berhad B
Keempat Koperasi SMKA Saratok Berhad


7.0 HADIAH PERTANDINGAN
Pihak penganjur telah menyediakan wang tunai keseluruhan berjumlah RM9,960.00 bersama hadiah sampingan kepada para pemenang sebagai penghargaan atas pencapaian dan semangat kesukanan yang ditunjukkan sepanjang kejohanan.

Kategori Hadiah:
Johan : Wang Tunai (RM900x4), Trofi, Medal dan Sijil
Naib Johan : Wang Tunai (RM600x4), Trofi, Medal dan Sijil
Tempat Ketiga : Wang Tunai (RM450x4), Trofi, Medal dan Sijil
Tempat Keempat : Wang Tunai (RM300x4), Trofi, Medal dan Sijil
Tempat Kelima hingga Kelapan : Wang Tunai (RM60x4x4) dan Sijil

Tarikan kepada kejohanan ini adalah, Juara bagi setiap kategori akan mewakili ANGKASA Sarawak ke Kejohanan Petanque ANGKASA Peringkat Kebangsaan di Melaka dengan pembiayaan oleh ANGKASA. Penyampaian hadiah telah berlangsung dengan jayanya dan mendapat sambutan yang meriah daripada para peserta serta hadirin.

8.0 IMPAK PROGRAM

Penganjuran Kejohanan Petanque ANGKASA Peringkat Negeri Sarawak 2026 telah memberikan pelbagai impak positif, antaranya:
1. Mengukuhkan hubungan dan kerjasama antara koperasi-koperasi di Sarawak.
2. Meningkatkan semangat perpaduan dan integrasi dalam kalangan warga koperasi.
3. Menggalakkan penglibatan aktif anggota koperasi dalam aktiviti riadah dan kesukanan.
4. Memberi pendedahan serta pengalaman pertandingan kepada peserta.
5. Memperkenalkan sukan petanque kepada masyarakat setempat.

9.0 KEKUATAN PROGRAM

Antara kekuatan program yang dikenal pasti ialah:
• Penyertaan koperasi dan pasukan yang sangat memberangsangkan.
• Kerjasama baik daripada jawatankuasa pelaksana dan sukarelawan.
• Pengurusan pertandingan yang teratur dan lancar.
• Sokongan padu daripada peserta, penyokong dan masyarakat setempat.
• Kemudahan lokasi pertandingan yang sesuai dan kondusif.

10.0 PENUTUP

Penyampaian hadiah telah berlangsung dengan jayanya dan mendapat sambutan yang meriah daripada para peserta serta hadirin. Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Encik Wan Azizan bin Wan Zainal Abidin, Pengerusi ANGKASA Sarawak dengan diiringi oleh Encik Bahren bin Rani, Pengerusi KKM Al Mustaqim Bintulu Berhad, Enci Awang Magerib bin Awang Anie, Setiausaha JKAN Sarawak dan Puan Halimah Yahya, JKAN Wilayah Bintulu.
Secara keseluruhannya, Kejohanan Petanque ANGKASA Peringkat Negeri Sarawak 2026 telah berjaya dilaksanakan dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan. Program ini bukan sahaja berjaya menghimpunkan warga koperasi dari seluruh Sarawak, malah turut memperkukuhkan hubungan silaturahim dan semangat kesukanan dalam kalangan peserta.
Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua jawatankuasa, peserta, koperasi yang terlibat, penaja, sukarelawan serta semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan sokongan sepanjang program berlangsung.
Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memperkasakan lagi gerakan koperasi melalui aktiviti sukan dan rekreasi.

Disediakan oleh:
Urus Setia Program
Kejohanan Petanque ANGKASA
Peringkat Negeri Sarawak 2026

KEJOHANAN PETANQUE ANGKASA PERINGKAT NEGERI SARAWAK 2026.📆 : 9-10 Mei 2026 (Sabtu & Ahad)⏰ : 8:00 pagi - 6:00 petang🏢 : ...
29/04/2026

KEJOHANAN PETANQUE ANGKASA PERINGKAT NEGERI SARAWAK 2026.

📆 : 9-10 Mei 2026 (Sabtu & Ahad)
⏰ : 8:00 pagi - 6:00 petang
🏢 : Arena Petanque Jepak, Bintulu

Tarikh Tutup Penghantaran Borang
pada 5 Mei 2026, (Selasa) - 6 HARI LAGI

Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan En. George Aiman Milin, Pengurus Kanan ANGKASA Sarawak di Talian 014-8788777.

🤝🤝Terima Kasih.🤝🤝

Address

Lot 433, Seksyen 65, KTLD Jalan Matang
Kuching
93050

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6082536092

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ANGKASA SARAWAK posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to ANGKASA SARAWAK:

Shortcuts

Share