Ikatan Graduan Melayu Sarawak

Directions Contact the organization

Ikatan Graduan Melayu Sarawak Ikatan Graduan Melayu Sarawak Mesyuarat itu bersetuju menubuhkan Ikatan Graduan Melayu Sarawak (IGMS).

Atas kesedaran bahawa ribuan graduan Melayu mempunyai potensi besar untuk menyumbang ke arah pembangunan dan kemajuan bangsa Melayu Sarawak maka saudara Sanib Said berusaha mengumpul sahabat-sahabat sesekolah dan seuniversiti pada tahun 1991. Percubaan awal ini gagal.Kejayaan Seminar Budaya Melayu II dan perasmian Yayasan Budaya Melayu pada tahun 1993 telah menghidupkan semula semangat saudara Sanib untuk menubuhkan satu persatuan. Sehubungan dengan itu satu mesyuarat telah diadakan di rumah beliau yang dihadiri oleh saudara Ahmad Lokman, saudara Wajidi, saudara Dzulkarnain, saudara Dr. Abang Ridwan, saudara Takun dan saudara Hadzmi. Seterusnya perlembagaan digubal dan permohonan telah dikemukakan pada 14 Ogos 1994 dan perakuan Pejabat Pendaftaran Pertubuhan diperolehi pada 23 September 1994.

BismillahirrahmanirrahimInna lillahi wa inna ilayhi raji’unSesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nya kita akan Kembal...
08/09/2026

Bismillahirrahmanirrahim
Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un

Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nya kita akan Kembali
Dengan rasa penuh dukacita, IGMS telah kehilangan seorang ahli yang berdedikasi dan komited dalam melaksanakan apa jua tugasan yang diamanahkan.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Kami juga mendoakan agar seluruh ahli keluarga diberikan kesabaran, ketabahan dan kekuatan.

Al-Fatihah

Salam Takziah
YDP dan AJK serta Ahli IGMS

Tahniah dan Syabas! Ikatan Graduan Melayu Sarawak (IGMS) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Puan Zuraini binti Aw...
27/08/2026

Tahniah dan Syabas!

Ikatan Graduan Melayu Sarawak (IGMS) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Puan Zuraini binti Awang Basar, Ahli Jawatankuasa IGMS, atas pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Negeri Sarawak – Bintang Sarawak (B.B.S.).

Pengurniaan ini merupakan satu penghargaan yang amat bermakna atas sumbangan, khidmat bakti dan jasa beliau kepada masyarakat serta Negeri Sarawak.

Semoga pengiktirafan ini menjadi sumber inspirasi untuk terus berbakti dan menyumbang kepada kemajuan masyarakat, khususnya dalam memperkasa generasi Melayu Sarawak.

Semoga terus cemerlang dan menjadi kebanggaan IGMS serta seluruh masyarakat Sarawak.

#

SALAM MAULIDUR RASULSemoga Allah SWT mengurniakan kita syafaat Rasulullah SAW dan menghimpunkan kita bersama Baginda di ...
24/08/2026

SALAM MAULIDUR RASUL

Semoga Allah SWT mengurniakan kita syafaat Rasulullah SAW dan menghimpunkan kita bersama Baginda di akhirat kelak.

Sollu 'alan Nabiyy

Selamat Hari Lahir kepada Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk A...
05/08/2026

Selamat Hari Lahir kepada Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Sarawak.

Semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan yang berpanjangan, kesejahteraan, kebijaksanaan serta terus memberkati kepimpinan Yang Amat Berhormat dalam menerajui Sarawak ke arah kemajuan dan kemakmuran yang berterusan.

Ikatan Graduan Melayu Sarawak (IGMS) ingin merakamkan ucapan takziah yang setulusnya kepada YB Dato' Sri Hajah Nancy Shu...
19/06/2026

Ikatan Graduan Melayu Sarawak (IGMS) ingin merakamkan ucapan takziah yang setulusnya kepada YB Dato' Sri Hajah Nancy Shukri serta seluruh ahli keluarga atas pemergian Allahyarham Datuk Kamil Bin Misuari.

Sesungguhnya pemergian beliau merupakan satu kehilangan yang amat dirasai. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham, mengampunkan segala dosanya serta menempatkan beliau dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.
Al-Fatihah.

[KENYATAAN MEDIA]IKATAN GRADUAN MELAYU SARAWAK (IGMS)SOKONGAN PENUH IKATAN GRADUAN MELAYU SARAWAK TERHADAP CADANGAN ABAD...
20/05/2026

[KENYATAAN MEDIA]
IKATAN GRADUAN MELAYU SARAWAK (IGMS)

SOKONGAN PENUH IKATAN GRADUAN MELAYU SARAWAK TERHADAP CADANGAN ABADIKAN NAMA DATUK MOHAMAD TAHA ARIFFIN PADA STADIUM NEGERI KUCHING

Ikatan Graduan Melayu Sarawak (IGMS) dengan ini menyatakan sokongan penuh dan tidak berbelah bahagi terhadap cadangan untuk mengabadikan nama tokoh sukan dan pentadbiran tersohor tanah air, Allahyarham Datuk Mohamad Taha Ariffin, pada Stadium Negeri Sarawak. Langkah ini dilihat sebagai satu pengiktirafan yang amat wajar dan bertepatan bagi mengenang jasa, bakti, serta pengorbanan luar biasa yang telah dicurahkan oleh perkasa sukan Sarawak tersebut sepanjang hayat beliau.

Allahyarham Datuk Mohamad Taha Ariffin merupakan arkitek penting dalam pembentukan landskap sukan moden Sarawak. Visi dan komitmen beliau dalam mengangkat mutu sukan tempatan, khususnya bola sepak dan pengurusan sukan secara menyeluruh, telah meletakkan Sarawak di peta sukan kebangsaan dan serantau.

Beliau antara watak penting di sebalik era kegemilangan bola sepak Sarawak (Era Ngap Sayot) dan penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) di Sarawak yang telah melonjakkan nama negeri ini. Malah, usaha mengabadikan nama beliau pada sebuah mercu tanda sukan ikonik akan menjadi sumber inspirasi yang berterusan kepada generasi muda, khususnya para graduan dan atlet, untuk berbakti kepada tanah air dengan penuh integriti dan dedikasi. IGMS berpendapat langkah ini adalah sebahagian daripada usaha murni untuk memelihara sejarah dan menghargai tokoh tempatan yang telah banyak berkorban demi kemajuan anak bangsa dan negeri Sarawak.

Sehubungan dengan itu, IGMS mengucapkan tahniah atas inisiatif pihak Kerajaan Sarawak, khususnya Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Keusahawanan Sarawak serta pihak berkuasa tempatan, yang telah merealisasikan perkara ini.
-Tamat-

YANG DIPERTUA IKATAN GRADUAN MELAYU SARAWAK (IGMS)
KUCHING, SARAWAK
20 MEI 2026

IGMS EXCO meet cm Buka puasa at English Tea House, Petrajaya. 28. 02.2026
28/02/2026

IGMS EXCO meet cm Buka puasa at English Tea House, Petrajaya. 28. 02.2026

SALAM RAMADAN AL-MUBARAK 1447H / 2026MAlhamdulillah, kita dipertemukan sekali lagi dengan bulan yang penuh keberkatan in...
19/02/2026

SALAM RAMADAN AL-MUBARAK 1447H / 2026M

Alhamdulillah, kita dipertemukan sekali lagi dengan bulan yang penuh keberkatan ini. Semoga Ramadhan kali tok membawa seribu rahmat, keampunan dan keberkatan buat kita semua.

Semoga setiap amalan kitak orang diterima, setiap doa dimakbulkan, dan setiap langkah dipermudahkan oleh Allah SWT.
Mudah-mudahan Ramadhan tok menjadi medan untuk kita memperbaiki diri dan menguatkan ukhuwah sesama kita.

Selamat menunaikan ibadah puasa. Selamat bersungkey🤲🏼

3 Februari 2025 - Kunjungan Hormat Kepada Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Batu LintangIkatan Graduan Melayu Sar...
04/02/2026

3 Februari 2025 - Kunjungan Hormat Kepada Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang

Ikatan Graduan Melayu Sarawak (IGMS) telah mengadakan kunjungan hormat kepada YBrs. Dr. Abang Ismail bin Haji Abang Julhi, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang (IPGKBL).

Pertemuan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan strategik serta membuka ruang kerjasama dalam memperkasa pembangunan pendidikan dan modal insan, khususnya dalam kalangan masyarakat Sarawak. IGMS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian beliau menerima kunjungan ini dan berharap jalinan yang terhasil akan memberi manfaat berterusan kepada semua pihak.

Sekalung Tahniah diucapkan kepada semua pegawai yang telah dilantik. Semoga pelantikan ini dapat memperkukuh tadbir urus...
23/01/2026

Sekalung Tahniah diucapkan kepada semua pegawai yang telah dilantik.

Semoga pelantikan ini dapat memperkukuh tadbir urus serta menyumbang kepada pembangunan dan kesejahteraan Sarawak.

Selamat menjalankan amanah dan tanggungjawab.

Address

The Ithmus Kuching
Kuching
93100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ikatan Graduan Melayu Sarawak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Ikatan Graduan Melayu Sarawak:

Shortcuts

Share