Surau Darussalam , Kampung Tabuan Lot

Surau Darussalam , Kampung Tabuan Lot Rumah Allah. Rumah Ibadat Umat Islam Kpg, Tabuan Lot

๐ˆ๐๐๐€ ๐‹๐ˆ๐‹๐‹๐€๐‡๐ˆ ๐–๐€ ๐ˆ๐๐๐€ ๐ˆ๐‹๐€๐ˆ๐‡๐ˆ ๐‘๐€๐‰๐ˆ'๐”๐Jawatankuasa Pengurusan (JKP) Surau Darussalam Kampung Tabuan Lot merakamkan ucapan t...
18/06/2026

๐ˆ๐๐๐€ ๐‹๐ˆ๐‹๐‹๐€๐‡๐ˆ ๐–๐€ ๐ˆ๐๐๐€ ๐ˆ๐‹๐€๐ˆ๐‡๐ˆ ๐‘๐€๐‰๐ˆ'๐”๐

Jawatankuasa Pengurusan (JKP) Surau Darussalam Kampung Tabuan Lot merakamkan ucapan takziah kepada YB Dato' Sri Hajah Nancy Binti Haji Shukri serta seluruh ahli keluarga atas pemergian suami tercinta, Allahyarham Datuk Kamil Bin Misuari yang telah kembali ke rahmatullah pada 18 Jun 2026 bersamaan 2 Muharram 1448H.

Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarham, melimpahkan rahmat-Nya, memperluaskan kuburnya serta menempatkan Allahyarham dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Semoga seluruh ahli keluarga diberikan ketabahan, kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi saat yang penuh dukacita ini.

Al-Fatihah.

17/06/2026

๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐’๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ๐š๐ง ๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐๐š๐ซ๐ฎ ๐ˆ๐ฌ๐ฅ๐š๐ฆ ๐’๐ฎ๐ซ๐š๐ฎ ๐ƒ๐š๐ซ๐ฎ๐ฌ๐ฌ๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐Š๐š๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ง๐  ๐“๐š๐›๐ฎ๐š๐ง ๐‹๐จ๐ญ.

JKP Surau Darussalam Kampung Tabuan Lot mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada penduduk Kampung Tabuan Lot atas sumbangan kuih-muih dan jamuan yang disediakan.

Tentatif Program:

Jam 6.30 petang: Bacaan Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun dipimpin oleh Imam 1 Surau Darussalam, Al-Fadhil Tuan Imam Ismail Hj Pein.

Kemudian diteruskan dengan menunaikan Solat Fardhu Maghrib.

Seterusnya, selepas solat, bacaan Surah Yassin diadakan dan diikuti dengan menunaikan Solat Fardhu Isyak.

Selepas itu, JKP Surau Darussalam bersama para jemaah menjamu selera bersama-sama.

Insya-Allah, tahun baru azam baru. Semoga dipermudahkan segala urusan kita semua pada tahun baru Islam ini. Aamiin ๐Ÿคฒ

16.6.2025
Selasa

17/06/2026

๐๐ž๐ง๐š๐ฆ๐›๐š๐ก๐›๐š๐ข๐ค๐š๐ง ๐Š๐ž๐ฆ๐ฎ๐๐š๐ก๐š๐ง ๐’๐ฎ๐ซ๐š๐ฎ ๐ƒ๐š๐ซ๐ฎ๐ฌ๐ฌ๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐Š๐š๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ง๐  ๐“๐š๐›๐ฎ๐š๐ง ๐‹๐จ๐ญ.

Terima kasih kepada YB Datoโ€™ Sri Hajah Nancy Shukri atas projek naik taraf kawasan Surau Darussalam Kampung Tabuan Lot. Pihak JKP Surau Darussalam merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas usaha dan sokongan yang telah diberikan.

Insya-Allah, pihak JKP merancang untuk menambah kemudahan seperti tempat wuduk yang lebih selesa serta ruang rehat sementara bagi para jemaah menunggu waktu solat.

Terima kasih juga diucapkan kepada barisan JKP lama dan baharu atas segala usaha dan sumbangan yang telah dicurahkan dalam memajukan Surau Darussalam Kampung Tabuan Lot.

Penghargaan khas turut diberikan kepada Pengerusi Surau Darussalam, En. Johar bin Putit atas komitmen dan usaha berterusan beliau dalam merancang serta mencari pelbagai inisiatif untuk menaik taraf dan memajukan surau ini.

Beliau sentiasa berusaha tanpa jemu demi memastikan kemudahan dan keselesaan jemaah sentiasa ditambah baik dari semasa ke semasa.

Semoga segala usaha yang dilakukan ini mendapat keberkatan dan menjadi amal jariah yang berpanjangan.

JKP Surau Darussalam Kampung Tabuan Lot tak banyak cakap tapi kerja jalan.

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐๐€๐‘๐” ๐ˆ๐’๐‹๐€๐Œ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ–๐‡JKP Surau Darussalam Kampung Tabuan Lot Mengucapkan Selamat Tahun Baru Islam 1448H1 Muharr...
16/06/2026

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐๐€๐‘๐” ๐ˆ๐’๐‹๐€๐Œ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ–๐‡

JKP Surau Darussalam Kampung Tabuan Lot Mengucapkan Selamat Tahun Baru Islam 1448H

1 Muharram 1448 Hijrah

Alhamdulillah, kita dipertemukan sekali lagi dengan tahun baru dalam kalendar Islam.

Kehadiran 1 Muharram bukan sekadar pertukaran tarikh, tetapi membawa seribu makna tentang penghijrahan diri ke arah kehidupan yang lebih baik.

Semoga tahun baru ini menjadi titik permulaan untuk kita memperkukuhkan iman, menambah ilmu yang bermanfaat serta memperbanyakkan amal soleh demi meraih keredaan Allah SWT.

๐’๐€๐Œ๐๐”๐“๐€๐ ๐€๐–๐€๐‹ ๐Œ๐”๐‡๐€๐‘๐‘๐€๐Œ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ–๐‡"Semangat Hijrah, Tersemai di Jiwa Mukmin"Assalamualaikum W.B.T.Dengan penuh hormat, Jawatan...
14/06/2026

๐’๐€๐Œ๐๐”๐“๐€๐ ๐€๐–๐€๐‹ ๐Œ๐”๐‡๐€๐‘๐‘๐€๐Œ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ–๐‡

"Semangat Hijrah, Tersemai di Jiwa Mukmin"

Assalamualaikum W.B.T.

Dengan penuh hormat, Jawatankuasa Surau Darussalam menjemput seluruh penduduk Kampung Tabuan Lot untuk bersama-sama memeriahkan Sambutan Awal Muharram 1448H.

Marilah kita menghayati semangat hijrah, memperkukuhkan ukhuwah sesama warga Kampung Tabuan Lot serta memohon keberkatan dan rahmat Allah SWT sempena kedatangan tahun baharu Islam.

๐Ÿ“… Tarikh: 16 Jun 2026 (Selasa)
๐Ÿ•• Masa: 6.00 Petang hingga selesai
๐Ÿ“ Tempat: Surau Darussalam, Kampung Tabuan Lot

โœ… Bacaan Doa Akhir Tahun & Awal Tahun
โœ… Solat Maghrib & Isyak Berjemaah
โœ… Bacaan Yassin
โœ… Jamuan Ringan dan Silaturahim

Sumbangan Jamuan

Penduduk kampung juga dialu-alukan untuk menyumbang atau bersedekah kuih-muih dan juadah bagi memeriahkan majlis ini. Segala sumbangan yang diberikan amat dihargai dan didahului dengan ucapan Jazakumullahu Khairan.

Kehadiran tuan/puan sekeluarga amat dialu-alukan bagi memeriahkan majlis yang penuh keberkatan ini.

๐“๐š๐›๐ฎ๐ง๐ ๐š๐ง ๐ˆ๐›๐š๐๐š๐ก ๐Š๐จ๐ซ๐›๐š๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ• ๐Š๐ข๐ง๐ข ๐ƒ๐ข๐›๐ฎ๐ค๐š!Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Kepada seluruh penduduk Kampung Tabua...
30/05/2026

๐“๐š๐›๐ฎ๐ง๐ ๐š๐ง ๐ˆ๐›๐š๐๐š๐ก ๐Š๐จ๐ซ๐›๐š๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ• ๐Š๐ข๐ง๐ข ๐ƒ๐ข๐›๐ฎ๐ค๐š!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Kepada seluruh penduduk Kampung Tabuan Lot dan kawasan sekitarnya yang berhasrat serta berniat untuk melaksanakan ibadah korban pada tahun 2027, dimaklumkan bahawa Tabungan Ibadah Korban 2027 kini telah dibuka.

Bagi yang berminat untuk menyertai tabungan ini, bolehlah menghubungi nombor telefon yang tertera pada poster di bawah untuk mendapatkan maklumat lanjut dan pendaftaran.

Semoga usaha menabung dari awal ini dapat memudahkan kita untuk menunaikan ibadah korban apabila tiba masanya nanti.

Jom menabung dari sekarang demi merealisasikan ibadah korban 2027.
Terima kasih. ๐Ÿ˜Š

WhatsApp AJK Surau Darussalam segera.

Mohamad
https://wa.me/60134633305
Timbalan Pengerusi
https://wa.me/60128712594
Khairul Nizam
https://wa.me/60168511859

28/05/2026

Salam Aidiladha 1447H

Jawatan Kuasa Pengurusan (JKP) Surau Darussalam Kampung Tabuan Lot mengucapkan:

๐ŸŒ™ Selamat Hari Raya Aidiladha
๐Ÿ•‹ Maaf Zahir dan Batin

Semoga ibadah korban yang dilaksanakan membawa keberkatan, mengeratkan ukhuwah serta menanam nilai keikhlasan, pengorbanan dan kasih sayang sesama insan...

Terima kasih kepada semua penduduk kampung, para penyumbang,, sukarelawan serta semua pihak yang bersama-sama menjayakan program ibadah korban tahun ini.
Sekiranya terdapat sebarang kekurangan dan kekhilafan daripada pihak kami,,, kami memohon jutaan kemaafan.

Semoga Aidiladha kali ini membawa rahmat, kebahagiaan dan keberkatan buat kita semua.
Ikhlas daripada:
JKP Surau Darussalam
Kampung Tabuan Lot ๐Ÿค

Selamat Hari Raya Aidiladha maaf zahir dan batin ๐Ÿ™ ikhlas dari JKP Surau Darussalam Kpg Tabuan Lot.
26/05/2026

Selamat Hari Raya Aidiladha maaf zahir dan batin ๐Ÿ™ ikhlas dari JKP Surau Darussalam Kpg Tabuan Lot.

Semoga lebih jelas buat semua
26/05/2026

Semoga lebih jelas buat semua

TENTATIF PROGRAM IBADAH KORBAN, Surau Darussalam , Kampung Tabuan Lot
26/05/2026

TENTATIF PROGRAM IBADAH KORBAN, Surau Darussalam , Kampung Tabuan Lot

Address

Surau Darussalam Kampung Tabuan Lot
Kuching
93450

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Darussalam , Kampung Tabuan Lot posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share