Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi UNIMAS

  • Home
  • Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi UNIMAS

Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi UNIMAS Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi UNIMAS, Non-Governmental Organization (NGO), .

15 Okt 2024 | Telah berlangsung Majlis Penerangan kepada ahli baharu bagi sesi 2024/2025 di Bilik Seminar PITAS UNIMAS. ...
16/10/2024

15 Okt 2024 | Telah berlangsung Majlis Penerangan kepada ahli baharu bagi sesi 2024/2025 di Bilik Seminar PITAS UNIMAS. Sesi penerangan telah disampaikan oleh Penyelia Kelas, En Mohamad Fadzly bin Arfan. Turut hadir adalah Penasihat Persatuan/dan Tenaga Pengajar; En Muhammad Azhan bin Abdullah, En Aeirman bin Morshidi, En Abang Muhamad Khomeini dan Mantan Penyelia; Cikgu Zainori bin Othman.

Syabas, tahniah dan selamat datang ke dalam keluarga besar Pusaka Hanafi UNIMAS! 🤝👏👍

[MAJLIS PENERANGAN PERSATUAN SENI SILAT CEKAK PUSAKA USTAZ HANAFI UNIMAS]Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam UNIM...
15/10/2024

[MAJLIS PENERANGAN PERSATUAN SENI SILAT CEKAK PUSAKA USTAZ HANAFI UNIMAS]

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam UNIMAS Lestari

Dengan segala hormatnya, adalah dimaklumkan bahawa Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi UNIMAS akan mengadakan Majlis Penerangan pada ketetapan yang berikut:

𝗧𝗮𝗿𝗶𝗸𝗵: 𝟭5 𝗢𝗸𝘁𝗼𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟰 (Selasa)
𝗠𝗮𝘀𝗮: 7.30 malam
𝗧𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁: Bilik Seminar PITAS, UNIMAS

Qr Attendance juga disediakan
Kehadiran anda sangat dialu-alukan.
Harap maklum
Sekian, terima kasih.

NUR ALYSSA ALIEYANA BINTI JAIS
EXCO PUBLISITI DAN TEKNIKAL
𝐒𝐞𝐬𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟑/𝟐𝟎𝟐𝟒

9 Okt 2024 | Pengambilan Ahli Baru Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi UNIMAS Universiti Malaysia Sarawak (UN...
15/10/2024

9 Okt 2024 | Pengambilan Ahli Baru Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi UNIMAS Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Sempena Hari Badan Berunifom & Kelab/Persatuan UNIMAS, anjuran Pusat Pembangunan Pelajar, Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi UNIMAS turut membuka booth promosi dan pengambilan ahli baru. Alhamdulillah, sambutan amat memberangsangkan.

Turut mengunjungi booth promosi kita adalah YBhg Naib Canselor, Prof Dr Ahmad Hata Rasit , diiringi oleh Pengarah Pusat Pembangunan Pelajar, Dr Edris Aden, Pengarah Pusat Khidmat Pelajar, Cik Hjh Azeemah dan Komandan Kor Sispa, Dr Nasriman DrNas AR.

Bagi yang masih berminat menyertai kami dalam mempelajari seni mempertahankan diri sambil beribadah, menjaga kesihatan fizikal dan mental, boleh terus scan bar code seperti yang dikongsikan dalam gambar.

Jom kekal aktif bersama kami! 😊

Pastikan yang ori bersama pewaris mutlak Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia, bersama Guru Utama kami: YM Kolonel Kehormat (PA) Dr Hj Md Radzi Hanafi.

Address


JALAN DATUK MOHAMMAD MUSA, 94300 KOTA SAMARAHAN, SARAWAK

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi UNIMAS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization?

Share