SILAT HELANG PUTIH PERKASA SARAWAK

Directions

SILAT HELANG PUTIH PERKASA SARAWAK Persatuan Silat,Kelab Bela Diri

Page untuk ahli2 SHPP berkongsi info @ aktiviti ttg gelanggang masing2 di cawangan seluruh Sarawak serta ingin menarik minat sesiapa sahaja yang ingin menjadi ahli SHPP..

Solat magrib/Isya' serta bacaan Yassin & Tahlil buat Ayahnda Guru Tuan Haji Muhammad Haneef Ali oleh SHPP cawangan Sarik...
17/10/2026

Solat magrib/Isya' serta bacaan Yassin & Tahlil buat Ayahnda Guru Tuan Haji Muhammad Haneef Ali oleh SHPP cawangan Sarikei..

Tahlil hari ke-7 Arwah Ayahnda Guru Haji Muhammad Haneef Bin Ali..Moga segala doa dan pahala sampai kepadanya..Aamiin 🤲
15/10/2026

Tahlil hari ke-7 Arwah Ayahnda Guru Haji Muhammad Haneef Bin Ali..Moga segala doa dan pahala sampai kepadanya..Aamiin 🤲

Alhamdulillah..Syabas & Tahniah SHPP Kapit..Terima kasih juga kepada KBS kerana memberi kepercayaan..
14/10/2026

Alhamdulillah..Syabas & Tahniah SHPP Kapit..Terima kasih juga kepada KBS kerana memberi kepercayaan..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillahirrahmanirrahim.Dengan penuh dukacita dimaklumkan bahawa Ayahanda G...
08/10/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillahirrahmanirrahim.

Dengan penuh dukacita dimaklumkan bahawa Ayahanda Guru Haji Muhammad Haneef Ali, Presiden Rumpun Silat Sarawak merangkap Guru Utama Seni Silat Helang Putih Perkasa Sarawak, telah kembali ke Rahmatullah pada 26 Rabiulakhir 1448 Hijrah (Khamis, 8 Oktober 2026).

إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
"Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nya kita kembali."

Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar buat seluruh keluarga persilatan. Jasa, ilmu, bimbingan dan bakti Allahyarham akan terus dikenang serta menjadi warisan kepada generasi yang ditinggalkan.

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
Ya Allah, ampunkanlah beliau, rahmatilah beliau, sejahterakanlah beliau dan maafkanlah segala kesalahannya.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham, menerima segala amal kebajikannya dan menempatkannya dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah.
SILAT HELANG PUTIH PERKASA SARAWAK
IMAN•AMAL•IHSAN

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.Dengan penuh rasa hormat dan takzim, kam...
02/10/2026

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Dengan penuh rasa hormat dan takzim, kami merafakkan setinggi-tinggi penghargaan serta mengucapkan Selamat Ulang Tahun Kelahiran ke-78 kepada Ayahanda Guru Tuan Haji Muhammad Haneef Ali, Guru Utama Silat Helang Putih Perkasa Sarawak.

Semoga Allah SWT sentiasa melimpahkan rahmat, keberkatan dan kasih sayang-Nya kepada Ayahanda Guru, mengurniakan kesihatan yang baik, memanjangkan usia dalam keberkatan serta mempermudah segala urusan di dunia dan akhirat.

Segala ilmu, tunjuk ajar, pengorbanan dan jasa Ayahanda Guru dalam mendidik anak-anak murid serta memartabatkan seni warisan silat amatlah kami hargai. Semoga segala ilmu yang dicurahkan menjadi amal jariah yang berpanjangan dan terus memberi manfaat kepada generasi akan datang.

Ayahanda Guru bukan sekadar seorang guru, bahkan menjadi sumber inspirasi, pedoman dan lambang keteguhan dalam perjuangan mempertahankan warisan seni bela diri bangsa.

Selagi hayat dikandung badan, selagi itulah ilmu dan warisan akan terus dipertahankan.

Semoga Silat Helang Putih Perkasa Sarawak terus maju, teguh dan gemilang di bawah limpahan ilmu serta keberkatan Allah SWT.

Selamat Ulang Tahun ke-78, Ayahanda Guru.

Jasamu dikenang, ilmumu disanjung, perjuanganmu diteruskan.

Daripada seluruh warga
Silat Helang Putih Perkasa Sarawak

والله أعلم بالصواب

Sesi latihan bagi persediaan pertandingan..Beberapa cawangan SHPP dari seluruh sarawak akan menyertai JABAT SEJAGAT III ...
26/09/2026

Sesi latihan bagi persediaan pertandingan..Beberapa cawangan SHPP dari seluruh sarawak akan menyertai JABAT SEJAGAT III 2026 yang akan berlansung oktober depan di kuching..💪💪💪

‎إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونDengan sedih dan dukacita dimaklumkan bahawa Faridzuandy bin Adam (Andy) telah...
02/04/2026

‎إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

Dengan sedih dan dukacita dimaklumkan bahawa Faridzuandy bin Adam (Andy) telah kembali kerahmatullah pada jam 12:50 am malam tadi (2 April 2026 bersamaan 13 Syawal 1447H)

"Allahummaghfirlahu warhamhu wa 'afihi wa'fuanhu". Moga Allah ampuni dia, rahmati dia, maafkan dia, muliakan kematian dia, lapangkan kubur dia, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga dia di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..

Al Fatihah
‎بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
‎ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ
‎عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

18/02/2026

Marhabaan Ya Syahrul Ramadhan
Marhabaan Ya syahrul Barakah
Marhabaan Ya Syahrul Rahmah
Marhabaan Ya Syahrul Maghfirah
Assalamualaikum Ya Ramadhan

Program Gotong-Royong Perdana di Masjid Ar Rahman Sarikei..Tahniah SHPP Sarikei
14/02/2026

Program Gotong-Royong Perdana di Masjid Ar Rahman Sarikei..Tahniah SHPP Sarikei


Menyantuni keluarga persilatan kijang berantai dari sambas, kalimatan barat(KALBAR)
11/02/2026

Menyantuni keluarga persilatan kijang berantai dari sambas, kalimatan barat(KALBAR)

Address

Kuching

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SILAT HELANG PUTIH PERKASA SARAWAK posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share