28/06/2026
KUCHING. 28 Jun 2026, Persatuan Dayak Muslim Kebangsaan dan Hidayah Centre Foundation dengan kerjasama Tabung Baitulmal Sarawak serta Pengurusan Kompleks Islam Sarawak telah berjaya menganjurkan Majlis Penangguhan Ngiling Bidai Dayak Muslim 2026 bertempat di Centre Court Majma Mall Kuching.
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. (Mejar) Datu Haji Abang Mohd.Shibli Bin Hj.Abg.Mohd.Nailie, Timbalan Yang DiPetua Hikmah. Dalam Ucapannya, beliau mengaskan bahawa
Islam adalah agama universal dan Nabi Mohammad SAW yang diutuskan oleh Allah SWT sebagai pembawa rahmat, panduan hidup, dan petunjuk bagi seluruh umat manusia tanpa mengira bangsa atau sempadan masa. Ia hadir untuk memuliakan manusia, menjaga hak asasi, dan membawa keadilan yang seimbang di dunia dan akhirat.
Seterusnya beliau menjelaskan tentang tujuan utama penciptaan manusia iaitu untuk mengabdikan diri dan beribadah hanya kepada Allah SWT. Islam diturunkan sebagai manual kehidupan lengkap yang merangkumi aspek akidah, ibadah, muamalah (ekonomi/sosial), dan akhlak.
Sistem kehidupan Islam ini adakah untuk memelihara lima perkara asas manusia: nyawa, akal, agama, keturunan, dan harta.
Dan seterusnya beliau menyatakan bahawa Islam menjunjung tinggi nilai kemanusiaan dan kasih sayang yang merentasi batas agama dan kaum . Justeru itu Islam menerima serta meraikan kepelbagaian budaya yang diamalkan dalam masyarakat majmuk yang selari dengan syariat Islam.
Sehubungan itu, Islam menjunjung tinggi Prinsip Rahmatan lil Alamin (rahmat untuk seluruh alam) untuk memastikan keadilan dan hak setiap individu terpelihara dan terjaga.
Di samping itu, beliau menyeru Saudara Kita yang terdiri daripada pelbagai etnik supaya menitiberatkan kefahaman dan penghayatan ajaran Islam dari masa ke semasa supaya menjadi muslim yang bertaqwa. memartabatkan pendidikan dan ilmu pengetahuan . Sambil mengimbau kembali pengalaman peribadi beliau semasa mula berjinak dengan ajaran Islam. Beliau menekan keperluan dan kewajipan umat Islam untuk menuntut ilmu, selari dengan ayat Al-Qur'an pertama yang diturunkan, adalah perintah untuk membaca, menjadikan Islam sebagai agama yang menuntut hamba-Nya untuk terus belajar dan berfikir .
Beliau mengakhiri ucapannya dengan menekan bahawa syariat Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW adalah ditujukan kepada semua umat manusia, sehingga akhir zaman.
Sebelum itu, Ustaz Haji Fadlullah Fadilah Abdullah, Pengerusi Persatuan Dayak Muslim Kebangsaan (PDMK), dalam ucapan aluannya merakamkan penghargaan Dan terima kasih kepada YBhg.(Mejar) Datu Hj.Abg.Mohd.Shibli Bin Hj.Abg.Mohd.Nailie, Timbalan YDP Hikmah yang sudi hadir dan menyempurnakan majlis tersebut. Beliau menzahirkan kesyukuran Dan terima kasih atas kerjasama semua pihak yang turut serta menjayakan Majlis Penangguhan Ngiling Bidai Dayak Muslim 2026. Dengan penuh harapan beliau menyeru seluruh Saudara Kita di Sarawak khasnya dan Malaysia amnya memberi sokongan serta kerjasama bagi menjayakan program-program yang akan dianjurkan pada masa mendatang.
Majlis tersebut dimulai dengan Forum: 'Agama Dan Budaya Berpisah Tiada' Forum tersebut dijayakan oleh Sdr.Fathurrahman,Pengurus Hidayah Centre Foundation (HCF) sebagai Moderator, dan Ahli Panel: Ustaz Haji Norhaza Redzuan Abdullah, Pesuruhjaya Negeri Majlis Dakwah Negara,Ustaz Safuan Abdullah,Pengerusi USK Cawangan Singgai,Bau Dan Pn.Damia Alyaa Maisarah, Setiausaha Agung PDMK.
Turut menambah seri majlis tersebut dengan alunaan bacaan Al-Qur'an oleh Pn. Hjh.Lily Haryani dan Penterjemah: Ust. Drs.Yakub Bin Abdullah (Iban) dan Tuan Hj.Hilmi Bin Abdullah (Bidayuh Sadong).
Majlis tersebut turut diselitkan dengan persembahan Khas Sape dari adik Muamer Zherdan Shaqiri bin Mohamad Iderus pelajar SK Madrasah Datuk Haji Abdul Kadir Hasan, Cabutan Bertuah dan Pemilihan Pakaian Tradisional Tercantik.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Tuan Haji Iskandar Allan, Pemangku Pengurus Besar Tabung Baitulmal Sarawak serta dif-dif jemputan.