Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS)

Directions Website Contact the organization

Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS) [Laman Rasmi]
Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS)

=================
TENTANG KAMI / ABOUT US
=================

✔ Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS) merupakan pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar secara rasmi dengan Pendaftar Pertubuhan (di bawah Akta Pertubuhan 1966) dengan no pendaftaran PPM-014-13-13062005 .

✔ PERKEPIS membuka keahliannya kepada semua & amat mengalu-alukan penglibatan ahli sebagai sukarelawan untuk bersama dalam gerak kerja khidmat untuk umat.

MAJLIS MAKAN MALAM APRESIASI 3 GENERASI: MENYAMBUNG LEGASI PERJUANGAN26 September 2026 | Bangi Avenue Convention Centre,...
07/10/2026

MAJLIS MAKAN MALAM APRESIASI 3 GENERASI: MENYAMBUNG LEGASI PERJUANGAN

26 September 2026 | Bangi Avenue Convention Centre, Selangor

Sekitar Majlis Makan Malam Apresiasi 3 Generasi: Menyambung Legasi Perjuangan bertemakan “Pengukuhan Madani Sunnah Peradaban”, yang dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia.

Majlis ini menjadi wadah menghargai kesinambungan perjuangan, memperkukuh silaturahim serta menyatukan generasi dalam meneruskan legasi dakwah dan khidmat kepada masyarakat. Kehadiran PERKEPIS turut membuka ruang untuk memperluaskan jaringan serta menimba inspirasi daripada pelbagai generasi dan latar perjuangan.

Semoga pertemuan ini terus menyuburkan semangat kebersamaan, memperkukuh iltizam generasi muda serta membuka lebih banyak ruang untuk PERKEPIS terus berbakti kepada masyarakat dan negara.



SEMINAR GEOPOLITIK DAN PERUBAHAN GLOBAL“TATA DUNIA BAHARU: GERAKAN ISLAM MEMBINA MASA DEPAN UMMAH”26 September 2026 — Se...
05/10/2026

SEMINAR GEOPOLITIK DAN PERUBAHAN GLOBAL
“TATA DUNIA BAHARU: GERAKAN ISLAM MEMBINA MASA DEPAN UMMAH”

26 September 2026 — Sekitar Majlis Perasmian Seminar Geopolitik Perubahan Global yang mengangkat tema “Tata Dunia Baharu: Gerakan Islam Membina Masa Depan Ummah”, bertempat di Dewan Besar PKKSSAAS, Universiti Putra Malaysia (UPM).

Majlis disempurnakan oleh YB Senator Dr. Zulkifli Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), dengan turut dihadiri delegasi UNIW dari seluruh dunia.

Seminar ini turut mengetengahkan tiga ucapan dasar dan amanat yang membawa gagasan pembinaan generasi, pengukuhan pemikiran serta kelangsungan kepimpinan:

• “Membina Generasi Rabbani, Memperteguh Fikrah, Memaknai Misi Islah” oleh Muhamad Adib Irfan Fazil, Presiden PKPIM.
• “Mengakar Tradisi, Membaca Zaman, Memugar Nusa Madani” oleh Ahmad Fahmi Mohd Samsudin, Presiden ABIM.
• “Menjayakan Kelangsungan Kepimpinan Madani” oleh Dato’ Ahmad Azam Ab Rahman, Presiden WADAH.



Innalillahi wa inna ilaihi raji’un.PERKEPIS merakamkan ucapan takziah atas pemergian Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, yang t...
28/09/2026

Innalillahi wa inna ilaihi raji’un.

PERKEPIS merakamkan ucapan takziah atas pemergian Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, yang telah kembali ke rahmatullah pada usia 100 tahun.

Allahyarhamah meninggalkan legasi yang besar dalam bidang perubatan, kebajikan masyarakat serta pembangunan wanita di Malaysia. Ketokohan, sumbangan dan dedikasi beliau sepanjang hayat menjadi inspirasi buat generasi akan datang.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah dan menempatkan beliau dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah.



16 September 2026 | Taman Seri Puteri KuchingAlhamdulillah, sebelah petang semalam PERKEPIS dengan rasa syukur  mengadak...
17/09/2026

16 September 2026 | Taman Seri Puteri Kuching

Alhamdulillah, sebelah petang semalam PERKEPIS dengan rasa syukur mengadakan suatu pertemuan yang penuh bermakna dalam satu majlis ilmu yang telah disusun bersama dengan para pelajar di Taman Seri Puteri (TSP) Kuching.

Majlis yang mengharapkan limpahan rahmat Allah berkenaan sarat dengan perkongsian ilmu daripada Yang Berhormat Senator Puan Marhamah binti Rosli, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Pertemuan beliau bersama dengan adik-adik di pusat berkenaan diisi dengan makna rezeki yang kita perolehi dalam kehidupan yang kadang kita tidak sedar. Beliau menceritakan bahawa sebagaimana banyak lagi insan yang tidak mempunyai nasib dan rezeki yang seperti kita pada hari ini dan penegasan daripadanya bahawa wajib untuk kita bersyukur dengan tiap-tiap rezeki bernafas, rezeki melangkah dan rezeki kita masih mampu berbicara hingga hari ini.

Sesuai dengan prinsip keharmonian dalam kita bernegara Malaysia yang dibina atas nilai kesatuan dalam kepelbagaian. Pelbagai nikmat yang harus kita syukuri sebagai tanda kasih, taat dan setia kepada watan.

Dalam kesempatan hujung majlis berkenaan juga, YB Senator menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada PERKEPIS kerana menyusun pertemuan bersama pihak Taman Seri Puteri Kuching, Telaga Air

PERKEPIS dalam pada ini turut menyatakan rasa syukur dan terima kasih kepada YB Senator kerana sudi menerima pelawaan tatkala jadual dan masa yang sangat padat pada semalam. Turut terima kasih kepada pihak TSP Kuching atas kesudian menerima kunjungan dan kehadiran daripada pihak PERKEPIS.



16 September 2026 | Sejenak Bersama YB Senator Marhamah RosliBersempena sambutan Hari Malaysia, marilah kita bersama-sam...
16/09/2026

16 September 2026 | Sejenak Bersama YB Senator Marhamah Rosli

Bersempena sambutan Hari Malaysia, marilah kita bersama-sama menyelami makna sebuah amanah, penghayatan dan tanggungjawab dalam membina generasi yang berjiwa rabbaniah serta sentiasa berbakti kepada masyarakat.

Suatu perkongsian khas diadakan bersama Yang Berhormat Senator Marhamah Rosli, Timbalan Menteri (Hal Ehwal Agama) yang akan menyantuni para pelajar di Taman Seri Puteri Kuching.



5 September 2026 | Tahniah dan SyabasPersatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS) merakamkan ucapan tahniah dan ...
11/09/2026

5 September 2026 | Tahniah dan Syabas

Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS) merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada ahli pimpinan yang dipilih sebagai Jawatankuasa Kerja Pusat PERKEPIS bagi sesi 2026/2027.

Semoga dengan pemilihan ini mampu membawa PERKEPIS lebih terhadapan dengan mengangkat dasar Pemikiran Progresif.

PERKEPIS sentiasa komited dan konsisten meneruskan agenda pendidikan dan dakwah di bumi Kenyalang ini.
•
•
•


BENGKEL PENGURUSAN ORGANISASI & SIDANG SELARI6 September 2026, Ahad — Sejurus usai Majlis Perhimpunan Agung Tahunan (MPA...
10/09/2026

BENGKEL PENGURUSAN ORGANISASI & SIDANG SELARI

6 September 2026, Ahad — Sejurus usai Majlis Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT) PERKEPIS Kali Ke-21, saf kepimpinan baharu terus mengorak langkah menggalas amanah dan tanggungjawab yang telah diberikan.

Momentum pasca-MPAT diteruskan menerusi Bengkel Pengurusan Organisasi dan Sidang Selari sebagai wadah untuk memperkukuh kefahaman mengenai pengurusan organisasi, menyelaraskan perancangan gerak kerja serta mempersiapkan saf kepimpinan baharu untuk mengemudi PERKEPIS dengan lebih tersusun dan berkesan.

Bengkel ini turut menampilkan perkongsian daripada Dr. Mohd Faridh Hafez Mhd Omar, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan, dan Saudara Farhat, Naib Presiden Kebangsaan PKPIM. Pengalaman, pandangan serta panduan yang dikongsikan telah memberikan pencerahan bermakna kepada para peserta dalam memahami tuntutan kepimpinan dan tanggungjawab berorganisasi.
•
•
•


UCAPAN DASAR YDP | MPAT PERKEPIS KE-21Pada majlis yang sama Yang Dipertua Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PER...
10/09/2026

UCAPAN DASAR YDP | MPAT PERKEPIS KE-21

Pada majlis yang sama Yang Dipertua Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS) menerusi ucapan dasarnya mengangkat gagasan “Pemikiran Progresif, Generasi Rabbani” sebagai landasan untuk memperkukuh organisasi, memperkasa generasi dan menjamin kesinambungan perjuangan.

Gagasan ini membawa seruan yang jelas, kemajuan tidak harus meminggirkan nilai, manakala perubahan tidak sewajarnya mengorbankan prinsip dan jati diri. Generasi yang ingin dibina mestilah teguh akidahnya, luas ilmunya, luhur akhlaknya serta berani mendepani cabaran zaman dengan kebijaksanaan dan keyakinan.

Sesungguhnya, pemikiran yang progresif harus dipandu oleh nilai rabbani agar setiap ilmu melahirkan kesedaran, setiap gagasan diterjemahkan kepada tindakan dan setiap perjuangan akhirnya menghadirkan manfaat kepada mahasiswa, masyarakat serta umat keseluruhannya.

Inilah tekad yang mesti diteruskan, membina generasi berilmu dan berprinsip, berani memimpin perubahan serta teguh menjunjung amanah perjuangan.
•
•
•


MAJLIS PERHIMPUNAN AGUNG TAHUNAN PERKEPIS KALI KE-21Pada 5 September 2026, Majlis Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT) PERKE...
08/09/2026

MAJLIS PERHIMPUNAN AGUNG TAHUNAN PERKEPIS KALI KE-21

Pada 5 September 2026, Majlis Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT) PERKEPIS Kali Ke-21 telah berlangsung dengan jayanya di Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia (FSKPM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Alhamdulillah, persidangan ini bukan sekadar memenuhi tuntutan organisasi, tetapi menjadi medan penting untuk bermuhasabah, menilai pencapaian dan kekurangan, serta merangka ikhtiar baharu demi memperkukuh hala tuju perjuangan PERKEPIS.

Sesungguhnya, kekuatan sesebuah organisasi tidak hanya terletak pada gagasan yang besar, tetapi pada kesediaan setiap anggotanya untuk memikul amanah, memperteguh ukhuwah dan menterjemahkan idealisme kepada tindakan yang memberikan manfaat kepada mahasiswa serta masyarakat.

Semoga MPAT kali ini menjadi titik anjak kepada pembaharuan yang lebih bermakna membina saf kepimpinan yang berilmu, berintegriti dan berjiwa khidmat, serta mengangkat PERKEPIS sebagai wadah mahasiswa yang terus teguh membawa suara kebenaran, keadilan dan kemanusiaan.



Majlis Perhimpunan Agung Tahunan ke-21Dengan penuh rasa syukur dan sukacita, Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (...
04/09/2026

Majlis Perhimpunan Agung Tahunan ke-21

Dengan penuh rasa syukur dan sukacita, Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS) akan melangsungkan Majlis Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT) ke-21, sebagai wadah penting dalam memperkukuh kesatuan, menilai perjalanan organisasi serta merencana hala tuju perjuangan pada masa hadapan.

Bertemakan “Pemikiran Progresif, Generasi Rabbani”, perhimpunan ini menjadi ruang untuk seluruh warga PERKEPIS menzahirkan gagasan, memperkasa kepimpinan serta membina generasi yang berilmu, berprinsip dan berpandangan jauh dalam mendepani cabaran semasa.



Address

Sekretariat PERKEPIS Pusat, Tingkat 2, Lot 14930, Section 65, Kuching Town Land District, Jalan Datuk Haji Daud Bin Abdul Rahman, Kuching
Kuching
93050

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS) posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS):

Shortcuts

Share