03/10/2026
Kuching | 22 Ogos 2026 - Jom Kita ! Senamtari Bersempena Program Petra Jaya Lip Lap 2026
Program Petra Jaya Lip Lap 2026 kini kembali bagi tahun kedua anjuran Kelab Belia Prihatin Bandar Kuching disokong oleh Pusat Khidmat P.194 Petra Jaya dan Ecomall Petra Jaya.
Sesi Senamtari yang dipimpin oleh Coach Noeng telah berlangsung dengan meriah dan penuh bertenaga. Para peserta berpeluang bersenam sambil mempelajari gerakan tarian dalam suasana yang ceria dan santai. Aktiviti ini turut menjadi salah satu usaha menggalakkan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan komuniti.
Hadiah bagi peserta kategori Peserta Berpakaian Terbaik, Peserta Terbaik, dan Peserta Paling Bertenaga sebagai penghargaan atas kreativiti, penglibatan aktif serta semangat yang ditunjukkan sepanjang sesi telah disampaikan oleh YBrs. Encik Mohammad Zulhilmi Bin Abang Mohammad Reduan, Timbalan Pengerusi Kelab Belia Prihatin Bandar Kuching.