Persatuan Pengawal Peribadi Sarawak

Persatuan Pengawal Peribadi Sarawak Bodyguard & Security Training Academy

SELAMAT MENYAMBUT HARI GAWAI🌾 Gayu Guru Gerai Nyamai, Lantang Senang Nguan Menua 🌾Ngajih ka murah jereki, bulih tuah lim...
01/06/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI GAWAI
🌾 Gayu Guru Gerai Nyamai, Lantang Senang Nguan Menua 🌾

Ngajih ka murah jereki, bulih tuah limpah ari taun ka udah serta gayu guru guan menua 🤝 Berkebong baka’ langit ⛅️, bertucong baka’ bukit ⛰️.

​Semoga sambutan perayaan pada tahun ini lebih meriah dan lebih bermakna dengan kehadiran kaum keluarga dan sahabat handai yang datang berkunjung.

Selamat berkumpul, selamat meraikan tradisi dan semoga keharmonian ini berkekalan selamanya.

Daripada:
Presiden & Ahli Majlis Tertinggi
Persatuan Pengawal Peribadi Sarawak

HAPPY BIRTHDAYPresiden Persatuan Pengawal Peribadi SarawakTuan Bolhasan Bin Hj.PutitSetinggi-tinggi ucapan selamat hari ...
30/05/2026

HAPPY BIRTHDAY

Presiden Persatuan Pengawal Peribadi Sarawak
Tuan Bolhasan Bin Hj.Putit

Setinggi-tinggi ucapan selamat hari lahir diucapkan kepada Tuan Bolhasan Bin Hj Putit. Semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan yang berpanjangan, serta dipermudahkan segala urusan dalam memimpin dan membawa Persatuan Pengawal Peribadi Sarawak ke arah kejayaan yang lebih gemilang.

Terima kasih atas dedikasi, komitmen dan kepimpinan yang telah menjadi inspirasi kepada seluruh ahli persatuan. Semoga terus diberikan kekuatan, kebijaksanaan dan rezeki yang melimpah dalam setiap langkah perjuangan.

Selamat Hari Lahir.
Semoga panjang umur, murah rezeki dan sentiasa berada di bawah lindungan serta rahmat Allah SWT.

Ikhlas daripada seluruh warga Persatuan Pengawal Peribadi Sarawak. 🎉🎂🎊

Ramai ingat pakai suit hitam, cermin mata gelap dan ikut es**rt VIP sudah boleh panggil diri “bodyguard”.Hakikatnya, dun...
09/05/2026

Ramai ingat pakai suit hitam, cermin mata gelap dan ikut es**rt VIP sudah boleh panggil diri “bodyguard”.

Hakikatnya, dunia pengawal peribadi bukan tempat untuk acah-acah atau syok sendiri.
Tanpa latihan dan sijil, anda bukan bodyguard berdaftar — anda hanya mempertaruhkan nyawa sendiri dan boleh membahayakan client.

Pengalaman semata-mata tidak cukup jika tiada ilmu, disiplin, etika dan pengiktirafan latihan.
Dalam situasi sebenar, badan besar tidak menjamin keselamatan… ilmu dan tindakan yang betul itulah yang menyelamatkan keadaan.

Kepada yang s**a mengaku “bodyguard” tapi tiada sijil:
Jangan terlalu bangga dengan title yang anda sendiri tidak layak pakai.
Bila jadi apa-apa nanti, undang-undang tidak pandang siapa paling ganas… undang-undang tengok siapa yang sah dan terlatih.

Jadi bodyguard bukan sekadar nampak garang depan kamera.
Ia tentang tanggungjawab, integriti, disiplin dan latihan sebenar.

Nak dihormati dalam industri?
Belajar betul-betul. Ambil latihan. Miliki sijil. Baru layak dipanggil profesional.

“Baju boleh beli.Koler pin boleh tempah.Gaya boleh tiru.Tapi disiplin, latihan dan pendaftaran sah bukan semua orang mam...
09/05/2026

“Baju boleh beli.
Koler pin boleh tempah.
Gaya boleh tiru.
Tapi disiplin, latihan dan pendaftaran sah bukan semua orang mampu ada.

Jangan terlalu selesa mengaku ‘bodyguard’ kalau latihan asas pun belum pernah tempuh.
Dunia pengiring rapat bukan sekadar nampak garang untuk media sosial — silap langkah, nyawa orang jadi taruhan.

Nak dihormati, datang belajar cara yang betul.
Bukan sekadar acah veteran di kedai kopi.”




Bukan semua orang faham kenapa kami berpakaian ikut situasi.Bush jaket bukan untuk nampak hebat,tapi untuk menghormati m...
06/05/2026

Bukan semua orang faham kenapa kami berpakaian ikut situasi.

Bush jaket bukan untuk nampak hebat,
tapi untuk menghormati majlis dan protokol.

Dan bila di lapangan…
kami tinggalkan gaya,
kami pilih taktikal.

Sebab di luar sana,
bukan soal nampak kemas—
tapi soal siapa yang balik dengan selamat.

Profesional bukan pada apa yang dipakai,
tapi bila tahu bila perlu berubah demi tugas.

Kerana bagi kami…
ini bukan sekadar kerja.
Ini tanggungjawab.

Hati-Hati untuk mengambil kerja sambilan@part time job!!!
02/05/2026

Hati-Hati untuk mengambil kerja sambilan@part time job!!!

SIRI 2/2026 Akan di buat pada bulan oktober.Tarikh akan di umumkan jika peserta cukup kouta 20 orang.Jika berminat boleh...
28/04/2026

SIRI 2/2026 Akan di buat pada bulan oktober.Tarikh akan di umumkan jika peserta cukup kouta 20 orang.Jika berminat boleh wssp no yang ada di iklan.terima kasih

10/11/2025

🔥 JAWATAN KOSONG – PENGAWAL PERIBADI (JOHOR) 🔥

Kami sedang mencari individu berdisiplin, sihat dan berkeyakinan tinggi untuk menyertai pas**an keselamatan kami.

📍 Lokasi: Johor.
📅 Tempoh Lantikan : Tetap.

Kelayakan Diperlukan:
✅ Lelaki berumur 21–45an
✅ (Sarawakian). Berkerja di Semenanjung juga boleh memohon janji anak Sarawak.
✅ Sihat tubuh badan & berpenampilan kemas
✅ Tiada rekod jenayah
✅ Ketinggian minimum 150cm
✅ Telah menghadiri Kursus Bodyguard. Bagi yang belum menghadiri Kursus Bodyguard boleh juga memohon kerana Latihan/Kursus akan diuruskan oleh Company.

💼 Gaji & faedah menarik disediakan!

📞 Berminat? Chat sahaja.
👉 Ejay – +60 11-4000 0974

🔒 Sertai pas**an kami dan bina kerjaya profesional dalam bidang keselamatan peribadi!

Address

1st Floor, Sublot 47, Matang HUB, Jalan Matang
Kuching
93050

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Pengawal Peribadi Sarawak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Persatuan Pengawal Peribadi Sarawak:

Share