06/10/2026
N.51 BUKIT ASSEK SERVICE CENTRE WELCOMES COURTESY VISIT, STRENGTHENS COMMUNITY COLLABORATION
SIBU, SARAWAK β YB Joseph Chieng Jin Ek, Member of the Sarawak Legislative Assembly (ADUN) for N.51 Bukit Assek, recently received a courtesy visit from representatives of the Sarawak Deaf Community Services Association (SDCSA) at the N.51 Bukit Assek Service Centre.
The friendly meeting aimed to discuss welfare initiatives and community development programmes for the Deaf community in Sibu, particularly within the Bukit Assek constituency.
During the dialogue, both parties exchanged ideas and explored potential support programmes that could directly benefit the local community. The representatives were also seen making the βI Love Youβ sign in a gesture symbolising love, friendship, and support for the well-being of the Deaf community.
YB Joseph Chieng welcomed the initiatives and expressed his commitment to continued collaboration with various local organisations and stakeholders to promote community development and improve the well-being of the people of Sibu, particularly in the N.51 Bukit Assek constituency.
PUSAT KHIDMAT N.51 BUKIT ASSEK TERIMA KUNJUNGAN HORMAT, PERKUKUH KERJASAMA KEPADA MASYARAKAT
SIBU, SARAWAK β Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.51 Bukit Assek, YB Joseph Chieng Jin Ek, telah menerima kunjungan hormat daripada pihak Persatuan Perkhidmatan Komuniti Pekak Sarawak di Pusat Khidmat N.51 Bukit Assek baru-baru ini.
Pertemuan mesra tersebut bertujuan untuk membincangkan aktiviti kebajikan / program pembangunan komuniti Pekak di kawasan Sibu, khususnya bagi DUN Bukit Assek.
Dalam sesi dialog yang berlangsung, kedua-dua pihak berpeluang bertukar fikiran serta memperincikan beberapa cadangan program sokongan yang berpotensi memberi manfaat secara terus kepada penduduk setempat. Turut kelihatan para perwakilan menunjukkan isyarat 'I Love You' (pengamatan isyarat tangan) sebagai simbolik kasih dan sokongan mesra dalam menyokong kebajikan komuniti.
YB Joseph Chieng menyambut baik inisiatif yang dibawa dan menzahirkan komitmen beliau untuk terus bekerjasama dengan pelbagai pihak dan organisasi tempatan demi pembangunan dan kesejahteraan masyarakat Sibu, khasnya di kawasan N.51 Bukit Assek.