Persatuan Kelestarian Alam Kampung Bako Kuching

Persatuan Kelestarian Alam Kampung Bako Kuching community Based Plastic Waste management.

🌿 Aktiviti Kutipan Bulanan πŸŒΏπŸ“… 12 Julai 2026Aktiviti Kutipan Bulanan anjuran Persatuan Kelestarian Alam Kampung Bako, Kuc...
05/08/2026

🌿 Aktiviti Kutipan Bulanan 🌿
πŸ“… 12 Julai 2026
Aktiviti Kutipan Bulanan anjuran Persatuan Kelestarian Alam Kampung Bako, Kuching telah berjaya dilaksanakan dengan lancar hasil sokongan dan kerjasama yang amat memberangsangkan daripada penduduk Kampung Bako serta kawasan sekitarnya.
Pihak persatuan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga Kampung Bako atas komitmen, kerjasama dan semangat yang ditunjukkan dalam menjayakan program ini.
Semoga usaha murni kita dalam memelihara dan melestarikan alam sekitar akan terus diperkukuhkan demi mewujudkan komuniti yang lebih bersih, hijau dan lestari untuk generasi akan datang. β™»οΈπŸŒ±

"Bersama Menjaga Alam, Demi Masa Depan yang Lebih Lestari." πŸ’š

🌿 17.05.2026 🌿Aktiviti Kutipan Bulanan anjuran Persatuan Kelestarian Alam Kampung Bako Kuching telah berjaya dilaksanaka...
17/05/2026

🌿 17.05.2026 🌿

Aktiviti Kutipan Bulanan anjuran Persatuan Kelestarian Alam Kampung Bako Kuching telah berjaya dilaksanakan dengan lancar hasil sokongan padu daripada penduduk Kampung Bako dan kawasan sekitarnya.

Pihak persatuan ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga Kampung Bako Kuching atas kerjasama, sokongan serta komitmen yang diberikan dalam menjayakan aktiviti ini.

Semoga usaha kita bersama dalam memelihara dan melestarikan alam sekitar akan terus berkembang serta berjalan dengan lebih jayanya pada masa akan datang. β™»οΈπŸŒ±

β€œBersama menjaga alam, demi masa depan yang lebih lestari.”

26.04.2026Aktiviti Kutipan Barangan kitar semula dan Percubaan aplikasi Ewastecare.
27/04/2026

26.04.2026
Aktiviti Kutipan Barangan kitar semula dan Percubaan aplikasi Ewastecare.

πŸŒΏβ™»οΈ PERSATUAN MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN & UCAPAN TERIMA KASIH β™»οΈπŸŒΏAssalamualaikum dan salam sejahtera,Pihak ...
26/04/2026

πŸŒΏβ™»οΈ PERSATUAN MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN & UCAPAN TERIMA KASIH β™»οΈπŸŒΏ
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Pihak persatuan ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh penduduk Kampung Bako yang telah memberikan kerjasama, sokongan padu serta komitmen yang amat baik dalam menjayakan program kesedaran dan pengumpulan barangan kitar semula.
Keprihatinan, semangat bergotong-royong, dan kesedaran yang ditunjukkan oleh semua pihak membuktikan bahawa masyarakat Kampung Bako sangat mengambil berat tentang kepentingan menjaga kebersihan serta melestarikan alam sekitar demi masa depan generasi akan datang.
Setiap sumbangan, walaupun kecil, membawa impak yang besar dalam usaha kita bersama untuk mengurangkan pencemaran, memupuk budaya kitar semula, dan mewujudkan persekitaran yang lebih bersih, sihat, dan lestari.
Semoga usaha murni ini akan terus menjadi contoh terbaik kepada komuniti lain serta diteruskan dari semasa ke semasa. Bersama-sama kita membina Kampung Bako yang lebih hijau, bersih, dan harmoni.
🌍 β€œAlam sekitar tanggungjawab bersama.” Terima kasih atas sokongan anda semua!
Ikhlas daripada, Persatuan Kelestarian Alam Kampung Bako


πŸŒΏβ™»οΈ PENGUMUMAN PROGRAM KITAR SEMULA β™»οΈπŸŒΏDimaklumkan bahawa satu Program Kutipan Barangan Kitar Semula akan diadakan pada ...
23/04/2026

πŸŒΏβ™»οΈ PENGUMUMAN PROGRAM KITAR SEMULA β™»οΈπŸŒΏ
Dimaklumkan bahawa satu Program Kutipan Barangan Kitar Semula akan diadakan pada hujung minggu ini. Program ini dianjurkan oleh:
Persatuan Kelestarian Alam Kampung Bako Kuching
πŸ“ Butiran Program:
πŸ—“ Tarikh: 26 April 2026
πŸ“… Hari: Ahad
πŸ•˜ Masa: 9.00 pagi – 12.00 tengahari
πŸ“Œ Lokasi:
Perkarangan Tepi Dewan Taman Mesra Kampung Bako
(Berdekatan dengan pusat pengumpulan barangan kitar semula)
πŸ“ž Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
β€’ Puan Gayah – 013-408 6092
β€’ Encik Abdul Rahman – 011-1544 7693
β€’ Puan Amirah – 010-981 5943
🀝 Kerjasama semua amat dihargai dalam usaha menjaga kelestarian alam sekitar.
🌱 Ayuh bersama kita amalkan kitar semula!
Terima kasih.

πŸ“’ PERHATIAN TAMBAHAN
Dimaklumkan bahawa pada Ahad ini, pihak kami memerlukan seramai 30 orang individu yang menggunakan telefon Android untuk menyertai percubaan aplikasi barangan kitar semula baharu yang akan dilancarkan.
πŸ“± Penyertaan anda amat dialu-alukan bagi membantu proses ujian dan penambahbaikan sistem.
πŸ•˜ Masa adalah selaras dengan program kutipan kitar semula yang telah dimaklumkan.
πŸ“Œ Tempat: Lokasi yang sama (Taman Mesra Kampung Bako)
🀝 Kerjasama dan sokongan anda amat dihargai.
Terima kasih.


Program Gotong-Royong Perdana 2026 – Kejiranan Mesra (KJM)πŸ“ Penganjur Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU)πŸ“ Lokasi: Bebe...
08/02/2026

Program Gotong-Royong Perdana 2026 – Kejiranan Mesra (KJM)
πŸ“ Penganjur Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU)
πŸ“ Lokasi: Beberapa kawasan kejiranan di bawah pentadbiran DBKU termasuk Kampung Bako Seberang.

πŸ§‘β€πŸ€β€πŸ§‘ Aktiviti & Objektif
Program gotong-royong ini dianjurkan sebagai usaha membersihkan persekitaran taman, kawasan kejiranan dan kampung, sambil memupuk semangat kerjasama komuniti dan tanggungjawab menjaga alam sekitar dalam kalangan penduduk setempat.

Aktiviti utama termasuk:
βœ… Pembersihan kawasan awam dan jalan setempat
βœ… Kutipan dan pemilahan sampah.
βœ… Pertandingan kutipan sisa sampah Terbanyak mengikut jumlah Kg. Kategori Kanak- kanak, Dewasa lelaki dan Perempuan.
βœ… Penyertaan pelajar & komuniti tempatan untuk memupuk kesedaran alam sekitar

Program ini turut disertai oleh pelajar institusi pengajian tinggi seperti i-CATS, beberapa Agensi Kerajaan / Swasta serta penduduk kejiranan.

πŸ“ Program Gotong-Royong Perdana Tahun 2026πŸ“Œ Objektif Program Gotong-Royong PerdanaProgram-program ini biasanya bertujuan...
08/02/2026

πŸ“ Program Gotong-Royong Perdana Tahun 2026

πŸ“Œ Objektif Program Gotong-Royong Perdana

Program-program ini biasanya bertujuan untuk:
βœ”οΈ Menyemai semangat kerja sama komuniti dan Tanggungjawab Sosial
βœ”οΈ Meningkatkan kebersihan & keceriaan persekitaran
βœ”οΈ Memupuk budaya pembersihan dan kesedaran alam sekitar
βœ”οΈ Menguatkan hubungan antara kerajaan, komuniti & sektor swasta

πŸ“’ PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA 2026. πŸ“ Kampung Bako SeberangπŸ—“ Ahad | 8 Februari 2026πŸ•‘ 6.30 pagi⏰ Atur Cara Ringkas:β€’ Pe...
07/02/2026

πŸ“’ PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA 2026.
πŸ“ Kampung Bako Seberang
πŸ—“ Ahad | 8 Februari 2026
πŸ•‘ 6.30 pagi
⏰ Atur Cara Ringkas:
β€’ Pendaftaran peserta
β€’ Ketibaan tetamu jemputan
β€’ Senamrobik
β€’ Bacaan doa
β€’ Taklimat & ucapan perasmian
β€’ Sesi bergambar
β€’ Flag-off gotong-royong
β€’ Gotong-royong bermula
β€’ Penyampaian hadiah & jamuan
πŸ‘• Kod Pakaian: Pakaian Sukan

✨ Jom bersama-sama memeriahkan dan menceriakan Kampung Bako Seberang!

♻️ PROGRAM PEMBELIAN BALIK MINYAK MASAK TERPAKAI ♻️

πŸ—“ Ahad | 8 Februari 2026
πŸ•— 8.00 pagi – selesai
πŸ“ Perkarangan Surau Darul Ibadah,
Kampung Bako Ulu
πŸ’° Harga: RM3.00 / KG

πŸ”„ Cara Penyertaan Ringkas:
β€’ Tapis minyak masak terpakai
β€’ Simpan dalam bekas bersih & bertutup
β€’ Bawa ke pusat pengumpulan
β€’ Timbang & terima bayaran (tunai / digital)

🌱 Jom kitar semula minyak masak terpakai demi alam sekitar yang lebih bersih!




Perkongsian | 25/01/2026Aktiviti Kutipan Bulanan Barangan Kitar Semula telah berjaya dilaksanakan di kawasan setempat pe...
25/01/2026

Perkongsian | 25/01/2026

Aktiviti Kutipan Bulanan Barangan Kitar Semula telah berjaya dilaksanakan di kawasan setempat penduduk Kampung Bako Hulu, Bako Tengah dan Bako Hilir, Kuching.
Setiap bulan, pihak kami secara konsisten mengadakan kutipan barangan kitar semula dan sambutan daripada penduduk Kampung Bako amat menggalakkan. Penduduk sentiasa memberi kerjasama yang sangat baik dengan menghantar barangan kitar semula sebagai usaha bersama melestarikan alam sekitar serta menjaga kebersihan kampung.
Komitmen dan sokongan berterusan daripada penduduk memberi ruang dan peluang kepada kami untuk terus mengekalkan momentum serta menggerakkan program ini secara berterusan.
Alhamdulillah, semoga semua penduduk Kampung Bako terus memberikan kerjasama yang padu dalam usaha sama menjaga alam sekitar demi kebaikan dan kesejahteraan bersama.
Kita jaga kita dari segala sudut, demi kebersihan dan kelestarian alam.
Terima kasih kepada seluruh penduduk Kampung Bako, Kuching 🀝🌱









Address

Jalan Bako Kampung Bako
Kuching
93050

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Kelestarian Alam Kampung Bako Kuching posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share