Kampung Karu Official

Call Directions

Kampung Karu Official Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Kampung Karu Official, Community Center, Jalan PUNCAK BORNEO, Kuching.

22 Ogos 2026 – Potensi penternakan ayam kampung sebagai sumber ekonomi baharu terus diberi perhatian menerusi Program Ce...
23/08/2026

22 Ogos 2026 – Potensi penternakan ayam kampung sebagai sumber ekonomi baharu terus diberi perhatian menerusi Program Ceramah dan Kursus Penternakan Ayam Kampung anjuran Unit Peladang Kampung Karu, yang berlangsung di Balairaya Kampung Karu dan disertai kira-kira 100 peserta.
Majlis penangguhan program disempurnakan oleh YB Datuk Dr. Jerip Susil, Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak (Udara & Jalan) merangkap ADUN N19 Mambong.
Pengerusi Unit Peladang Kampung Karu, Encik Runjin Anak Bari, berkata program tersebut bertujuan memperkasa pengetahuan masyarakat dalam bidang pertanian.
Program turut menampilkan perkongsian oleh Puan Arinie Binti Ghani, Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Al-Ain EMH Sdn Bhd, dan Encik Abdul Aziz, Pengarah Syarikat Al-Ain EMH Sdn Bhd.
Turut hadir Encik Paul Mathieus Akin, wakil Pegawai Tadbir Menguasa Pejabat Daerah Kecil Padawan; Penghulu Richard Dahi, Penghulu Kawasan Biperoh Penrissen; barisan KMKK Zon Biperoh serta ahli-ahli Unit Peladang Kampung Karu.

23/08/2026
“Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Karu diadakan bagi membincangkan agenda pem...
28/07/2026

“Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Karu diadakan bagi membincangkan agenda pembangunan, keselamatan serta hala tuju kepimpinan kampung. Semoga segala keputusan yang dicapai membawa manfaat dan kemajuan kepada seluruh penduduk Kampung Karu. Terima kasih kepada semua ahli yang hadir dan memberikan komitmen. ”

Majlis Penutupan Gawai 2026Bersama Penduduk Kampung Karu4 Julai 2026Syukur, sambutan Gawai 2026 akhirnya melabuhkan tira...
04/07/2026

Majlis Penutupan Gawai 2026
Bersama Penduduk Kampung Karu
4 Julai 2026

Syukur, sambutan Gawai 2026 akhirnya melabuhkan tirainya. Terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh warga Kampung Karu yang bersama-sama menjayakan sambutan tahun ini dengan penuh semangat, perpaduan dan kemeriahan.

Terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa, para sukarelawan, belia, warga emas, para penaja serta semua yang telah menyumbang tenaga, masa dan sokongan. Tanpa kerjasama semua, sudah tentu sambutan ini tidak akan berjalan dengan begitu meriah.

Semoga semangat kebersamaan, gotong-royong dan kekeluargaan yang terjalin sepanjang sambutan Gawai ini akan terus kekal dalam hati kita semua. Moga kita dipertemukan lagi pada sambutan Gawai akan datang dengan rezeki yang lebih baik, kesihatan yang berpanjangan dan kehidupan yang sentiasa diberkati.

Ngiling Bidai, Gawai udah.
Gayu Guru, Gerai Nyamai.


Majlis Pra Gawai Kampung Emperoh Karu MeriahPADAWAN, 29 Mei 2026 – Majlis Pra Gawai Kampung Emperoh Karu berlangsung mer...
29/05/2026

Majlis Pra Gawai Kampung Emperoh Karu Meriah

PADAWAN, 29 Mei 2026 – Majlis Pra Gawai Kampung Emperoh Karu berlangsung meriah dengan penyertaan aktif komuniti setempat, khususnya golongan belia yang memainkan peranan penting dalam persiapan dan penganjuran majlis.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YB Datuk Dr Jerip Susil, Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak (Udara & Jalan) merangkap ADUN N19 Mambong, yang turut memuji semangat gotong-royong serta penglibatan generasi muda dalam memastikan kelangsungan budaya Gawai.

Beliau menegaskan bahawa adat dan tradisi Bidayuh perlu terus dipelihara agar kekal relevan kepada generasi baharu.

Majlis turut dihadiri Pegawai Tadbir Menguasa Pejabat Daerah Kecil Padawan, Tuan Julius Scott Sapong, Puan Radis Anak Rawes selaku Guru Besar SK Puruh Karu, Pemanca Bidayuh Daerah Kuching, Pemanca Raymond ak Jihap, Encik Noing Sejim selaku Ketua Kaum Kampung Emperoh Karu serta Ketua-Ketua Kaum kawasan Biperoh.

Majlis turut diserikan dengan sambutan Hari Ibu, penyampaian insentif pelajar cemerlang SK Puruh Karu serta persembahan tarian kebudayaan Bidayuh.

27/05/2026

Teaser lokkk
Kelab Belia Kpg. Karu
Gawai is coming

06/05/2026
Mesyuarat Agung Tahunan 2026 Jam 1.3015.2.2026AhadSetinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua ah...
15/02/2026

Mesyuarat Agung Tahunan 2026
Jam 1.30
15.2.2026
Ahad

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua ahli serta penduduk Kampung Karu yang telah meluangkan masa untuk hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan pada hari ini. Kehadiran dan komitmen tuan-tuan dan puan-puan amat bermakna dalam memastikan kelancaran serta kejayaan mesyuarat ini. Semoga segala perbincangan dan keputusan yang dicapai membawa kebaikan dan kemajuan kepada organisasi kita bersama.

Dalam bahasa Melayuhati² terhadap orang berjual kuali,periuk, berjalan dalam kampung.Dia berani buka pintu pagar rumah d...
07/01/2026

Dalam bahasa Melayu
hati² terhadap orang berjual kuali,periuk, berjalan dalam kampung.Dia berani buka pintu pagar rumah dan masuk dalam kawasan rumah. Siap package curi telefon bimbit nenek saya di beranda rumah.Nenek saya pergi kencing sekejap.
Lokasi: kpg Karu

17/11/2025

Address

Jalan PUNCAK BORNEO
Kuching

Telephone

+60198889164

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kampung Karu Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share