Pendaftaran : 1139-12-SWK) adalah merupakan sebuah organisasi kebajikan yang mempunyai matlamat, visi, misi, dan objektif dalam melaksanakan tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara. Ia akan diurus dan ditadbir oleh sebuah jawatankuasa yang dikenali sebagai LEMBAGA PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN (LPP). Setiap Ahli Lembaga adalah merupakan PEGAWAI-PEGAWAI pertubuhan yang masing-masing memegang jawa
tan sebagai,
* Yang Dipertua
* Timbalan Yang Dipertua
* Setiausaha Kehormat
* Timbalan Setiausaha Kehormat
* Bendahari Kehormat
* Ahli-ahli Kehormat
LEMBAGA PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN akan memainkan peranan penting dalam memastikan pergerakkan pertubuhan sentiasa berada di landasan betul dan mencapai matlamat, visi, misi, dan objektif yang telah ditetapkan. Pengurusan dan pentadbiran yang diuruskan oleh Lembaga p**a akan dibantu oleh unit-unit berikut :-
* Exco Sosial dan Kebajikan
* Exco Urusetia dan Pendaftaran
* Exco Latihan dan Pendidikan
* Exco Teknologi Maklumat dan Komunikasi
* Exco Kerohanian
* Exco Sukan, Rekreasi, dan Kebudayaan
* Exco Khairat Kematian
Semua unit-unit di atas akan memainkan peranan tersendiri dalam membantu Lembaga memastikan pergerakkan pertubuhan berkembang dengan pesat secara positif. PERTUBUHAN KEBAJIKAN AZAM 1 MALAYSIA akan sentiasa bersedia untuk membantu mana-mana golongan atau individu yang berada di dalam kategori di bawah tanpa mengira bangsa dan agama.
* Fakir dan Miskin;
* Ibu tunggal yang mempunyai tanggungan yang banyak;
* Anak-anak Yatim;
* Warga Emas yang tinggal keseorangan atau mempunyai tanggungan;
* Orang Kurang Upaya (OKU);
* Mangsa-mangsa bencana; dan
* Individu yang layak dibantu mengikut budi bicara Lembaga. Selain itu, PERTUBUHAN KEBAJIKAN AZAM 1 MALAYSIA juga akan melaksanakan pelbagai aktiviti sosial dan masyarakat yang berbentuk Pendidikan dan Pembangunan dalam melahirkan modal insan dan masyarakat yang berpengetahuan, berakhlak, dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.