PEKEMA Sarawak

PEKEMA Sarawak PEKEMA Sarawak

Setinggi-tinggi Tahniah dan Ucapan SyabasPresiden serta Ahli Jawatankuasa PEKEMA Sarawak merakamkan setinggi-tinggi ucap...
02/08/2026

Setinggi-tinggi Tahniah dan Ucapan Syabas

Presiden serta Ahli Jawatankuasa PEKEMA Sarawak merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada,

YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi

atas penganugerahan Darjah Kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Dato’ Sri.

Penganugerahan ini merupakan satu pengiktirafan yang amat bermakna terhadap jasa, kepimpinan dan komitmen berterusan YB Dato Sri dalam memacu pembangunan negara serta memperjuangkan kesejahteraan rakyat.

Semoga YB Dato Sri terus dikurniakan kesihatan yang baik, kekuatan serta kebijaksanaan dalam menggalas amanah dan terus mencurahkan bakti demi negara dan negeri tercinta.

Sekalung tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan.

Ikhlas daripada
Presiden & Ahli Jawatankuasa
PEKEMA Sarawak

Majlis Simbolik Penyerahan Sumbangan Beg Sekolah Yayasan PEKEMA kepada 28 Sekolah di bawah DUN TupongKUCHING, 25 Julai –...
25/07/2026

Majlis Simbolik Penyerahan Sumbangan Beg Sekolah Yayasan PEKEMA kepada 28 Sekolah di bawah DUN Tupong

KUCHING, 25 Julai – Seramai 1,000 orang murid di 28 buah sekolah di bawah pentadbiran DUN Tupong menerima manfaat menerusi Majlis Simbolik Penyerahan Sumbangan Beg Sekolah Yayasan PEKEMA, yang berlangsung sebagai usaha membantu meringankan persiapan persekolahan golongan yang memerlukan.

Majlis simbolik penyerahan telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.6 Tupong, YB Dato Fazzrudin Abdul Rahman, bersama Presiden PEKEMA Sarawak, Dato Haji Ismail Abang Saufi. Turut hadir memeriahkan majlis ialah Setiausaha Kehormat PEKEMA Sarawak, Polycarp Joseph Garston.

Program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Yayasan PEKEMA ini merupakan komitmen berterusan dalam menyokong kebajikan masyarakat, khususnya dalam memastikan anak-anak daripada keluarga kurang berkemampuan mendapat kelengkapan asas untuk ke sekolah dengan lebih yakin dan bersemangat.

Dalam ucapannya, YB Dato Fazzrudin Abdul Rahman merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yayasan PEKEMA atas keprihatinan serta inisiatif murni tersebut. Beliau berkata, sumbangan berkenaan bukan sahaja membantu mengurangkan beban kewangan keluarga memerlukan, malah mencerminkan semangat kerjasama erat antara pertubuhan bukan kerajaan dan pemimpin masyarakat dalam memperkasakan kesejahteraan rakyat.

Beliau turut berharap agar lebih banyak pihak tampil menghulurkan bantuan dan melaksanakan program seumpama ini demi memastikan kebajikan serta masa depan anak-anak terus diberi perhatian.

Majlis berkenaan menjadi bukti komitmen Yayasan PEKEMA dan PEKEMA Sarawak dalam menyantuni masyarakat menerusi pelbagai inisiatif kebajikan yang memberi impak positif kepada komuniti setempat.

- Admin

π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ˜π€πŒππ”π“ π‡π€π‘πˆ π’π€π‘π€π–π€πŠπŸπŸ π‰π”π‹π€πˆ πŸπŸŽπŸπŸ”Sempena sambutan Hari Sarawak, marilah kita bersama-sama mengenang sejarah, m...
21/07/2026

π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ˜π€πŒππ”π“ π‡π€π‘πˆ π’π€π‘π€π–π€πŠ
𝟐𝟐 π‰π”π‹π€πˆ πŸπŸŽπŸπŸ”

Sempena sambutan Hari Sarawak, marilah kita bersama-sama mengenang sejarah, menghargai keharmonian serta meraikan keunikan budaya dan kepelbagaian masyarakat Bumi Kenyalang.

Semoga Sarawak terus maju, makmur dan sejahtera, dengan rakyatnya sentiasa bersatu hati dalam membina masa hadapan yang lebih gemilang.

Sarawak Maju Makmur!

Ikhlas daripada,
PEKEMA Sarawak

Assalamualaikum wbr,Dengan penuh rasa dukacita, PEKEMA Sarawak merakamkan ucapan salam takziah kepada YB Dato Sri Hajah ...
18/06/2026

Assalamualaikum wbr,

Dengan penuh rasa dukacita, PEKEMA Sarawak merakamkan ucapan salam takziah kepada YB Dato Sri Hajah Nancy Binti Haji Shukri serta seluruh ahli keluarga atas pemergian suami dan ayahanda tercinta, Allahyarham Datuk Kamil Bin Misuari.

Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa Allahyarham, melimpahkan rahmat-Nya, meluaskan kuburnya serta menempatkan Allahyarham dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Salam Takziah daripada,

Presiden, Ahli Jawatankuasa serta seluruh warga PEKEMA Sarawak.

✨ Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H ✨Dengan penuh rasa syukur dan keinsafan, PEKEMA Sarawak ingin mengucapkan Selamat H...
20/03/2026

✨ Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H ✨

Dengan penuh rasa syukur dan keinsafan, PEKEMA Sarawak ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam di seluruh dunia.

Di kesempatan yang mulia ini, kami menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat salah dan silap, sama ada secara sedar atau tidak sepanjang menjalankan amanah dan tanggungjawab kami.

Semoga Aidilfitri kali ini membawa keberkatan, kebahagiaan dan mengeratkan lagi silaturahim sesama kita. Moga segala amalan di bulan Ramadan diterima oleh Allah SWT.

✨ Maaf Zahir & Batin ✨
Ikhlas daripada,
PEKEMA Sarawak

Tarikh: 12 Mac 2026 (Khamis)Tempat: Hotel Riverside MajesticProgram: Majlis Iftar Ramadan dan Penyampaian Sumbangan Anak...
12/03/2026

Tarikh: 12 Mac 2026 (Khamis)
Tempat: Hotel Riverside Majestic
Program: Majlis Iftar Ramadan dan Penyampaian Sumbangan Anak-Anak Yatim dan Anak Tahfiz PEKEMA Sarawak

MAJLIS Iftar Ramadan dan Penyampaian Sumbangan Anak-Anak Yatim dan Anak Tahfiz anjuran PEKEMA Sarawak diadakan sebagai satu inisiatif kebajikan dan tanggungjawab sosial korporat bagi menyantuni golongan yang memerlukan, khususnya anak-anak yatim dan pelajar tahfiz di sekitar Kuching. Program ini bertujuan untuk berkongsi rezeki serta menyemarakkan semangat kebersamaan dan keprihatinan dalam kalangan masyarakat, khususnya dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

Melalui program ini, seramai 100 orang anak-anak yatim dan pelajar tahfiz dari sekitar Kuching diraikan dalam suasana penuh kasih sayang melalui majlis berbuka puasa bersama serta penyampaian sumbangan sebagai tanda sokongan dan keprihatinan PEKEMA Sarawak terhadap kebajikan mereka. Sumbangan yang diberikan diharapkan dapat membantu meringankan beban serta memberi kegembiraan kepada mereka dalam membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba.

Majlis ini turut diserikan dengan ucapan perasmian oleh Yang Berhormat Datuk Dr Haji Hazland bin Abang Hipni, Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar, yang menunjukkan sokongan pihak kerajaan terhadap usaha kebajikan yang dilaksanakan oleh organisasi bukan kerajaan seperti PEKEMA.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Presiden PEKEMA Malaysia, Datuk Haji Mohammed Nazari bin Noordin, Timbalan Presiden PEKEMA Malaysia, Dato Haji Wan Sazrudeen bin Dato Haji Wan Zaid, Presiden PEKEMA Sarawak, Dato Haji Ismail bin Abang Saufi, barisan Ahli Jawatankuasa PEKEMA Malaysia, Sabah dan Sarawak, serta syarikat-syarikat ahli PEKEMA Sarawak.

Penganjuran majlis ini bukan sahaja memperkukuhkan hubungan silaturahim antara kepimpinan PEKEMA di peringkat Malaysia dan negeri, malah menjadi platform untuk menyemai nilai keprihatinan sosial dalam kalangan ahli-ahli PEKEMA serta masyarakat setempat. Program ini juga mencerminkan komitmen berterusan PEKEMA dalam melaksanakan aktiviti kebajikan yang memberi manfaat kepada komuniti, khususnya golongan yang memerlukan perhatian dan sokongan.

Secara keseluruhannya, Majlis Iftar Ramadan dan Penyampaian Sumbangan ini diharapkan dapat memberikan kegembiraan kepada anak-anak yatim dan pelajar tahfiz, di samping mengukuhkan semangat kebersamaan serta nilai murni dalam kalangan masyarakat sepanjang bulan Ramadan yang mulia ini.

- Admin

Today's highlight! 🀍✨🫢🏻
08/03/2026

Today's highlight! 🀍✨🫢🏻

KUCHING, 8 Mac: Persatuan Pengimpot dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) Sarawak menganjurkan Program Shopping Raya di Aeon Mall Kuching Sentral untuk meraikan 250 anak asnaf dan anak yatim.

Tarikh: 8 Mac 2026Tempat: Aeon Shopping Mall Kuching CentralPeogram: Shopping Raya PEKEMA Sarawak Bersama Anak-Anak Asna...
08/03/2026

Tarikh: 8 Mac 2026
Tempat: Aeon Shopping Mall Kuching Central
Peogram: Shopping Raya PEKEMA Sarawak Bersama Anak-Anak Asnaf, Anak Yatim dan Anak Kelainan Upaya (OKU)

PROGRAM Shopping Raya PEKEMA Sarawak Bersama Anak-Anak yang berlangsung hari ini di AEON Shopping Mall Kuching Central merupakan satu inisiatif kebajikan yang bertujuan untuk membantu serta menceriakan anak-anak asnaf dalam membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Program ini melibatkan seramai 100 orang anak-anak asnaf yang diberi peluang memilih sendiri pakaian dan keperluan Hari Raya mereka.

Program ini dianjurkan sebagai tanda keprihatinan dan tanggungjawab sosial PEKEMA Sarawak dalam membantu golongan yang kurang berkemampuan, khususnya kanak-kanak daripada keluarga asnaf, agar mereka turut merasai kegembiraan dan kemeriahan Aidilfitri seperti kanak-kanak lain. Melalui program ini, anak-anak bukan sahaja menerima bantuan berbentuk keperluan fizikal seperti pakaian raya, malah turut merasai kasih sayang, perhatian serta sokongan moral daripada masyarakat.

Selain itu, program ini juga menjadi platform untuk memupuk nilai kesyukuran, empati dan semangat kebersamaan dalam kalangan masyarakat, di samping mengeratkan hubungan antara organisasi, pemimpin masyarakat serta komuniti setempat dalam usaha membantu golongan yang memerlukan.

Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Dato Sri Hajah Nancy Haji Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat merangkap Ahli Parlimen P193 Santubong. Turut hadir memeriahkan program ialah Presiden PEKEMA Sarawak, Dato Haji Ismail bin Abang Saufi, Naib Presiden PEKEMA, YB Raja Petra Maruddin Raja Noordin, serta barisan jawatankuasa PEKEMA Malaysia dan cawangan Sarawak.

Diharapkan melalui program ini, ia dapat membawa kegembiraan kepada anak-anak asnaf serta memperkukuhkan komitmen PEKEMA dalam melaksanakan aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang memberi manfaat kepada masyarakat, khususnya golongan yang memerlukan.

- Admin

πŸŒ™βœ¨ Selamat Menyambut Bulan Ramadan 1447H βœ¨πŸŒ™Bagi pihak PEKEMA Sarawak, kami ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ram...
18/02/2026

πŸŒ™βœ¨ Selamat Menyambut Bulan Ramadan 1447H βœ¨πŸŒ™

Bagi pihak PEKEMA Sarawak, kami ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan 1447H kepada seluruh umat Islam, khususnya kepada ahli-ahli, rakan strategik dan warga komuniti perniagaan di Sarawak.

Semoga bulan yang penuh keberkatan ini membawa ketenangan, keinsafan dan rahmat yang berpanjangan kepada kita semua. Semoga setiap amal ibadah diterima dan dikurniakan kesihatan serta kekuatan sepanjang menjalani ibadah puasa.

Ramadan Kareem πŸŒ™



Ikhlas Daripada:

Presiden, Barisan Jawatankuasa serta seluruh Warga PEKEMA Sarawak

-Admin

Address

Green Road
Kuching
93150

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PEKEMA Sarawak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to PEKEMA Sarawak:

Shortcuts

Share