Samariang Aman

Samariang Aman FB Page Samariang Aman ini adalah satu platform interaksi sosial mengenai pembangunan Taman Samariang Aman Harap Maklum.

FB Page ini diuruskan oleh JKKK Samariang Aman, Sebarang komen, cadangan, pandangan sila 'personal message' admin page ini.

Assalamualaikum,Datuk/Datin/Haji/Hajah/Tuan/Puan/Adik/Kakak Kita kinek tok berada di penghujung Syawal dan Raya kan sebu...
15/04/2026

Assalamualaikum,

Datuk/Datin/Haji/Hajah/Tuan/Puan/Adik/Kakak

Kita kinek tok berada di penghujung Syawal dan Raya kan sebulan. Sebagai penutup Aidilfitri, jom kita sama-sama hadir ke Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2026 Taman Samariang Aman pada butiran berikut:

Tarikh: 17 April 2026, Jumaat bersamaan 29 Syawal 1447H
Masa: 8:30 malam
Tempat: Perkarangan Masjid Darul Akmal Samariang Aman
Pakaian: Baju Raya 2026

Turut diadakan pertandingan pakaian tercantik dan terbaik Raya 2026 dengan hadiah menarik mengikut kategori.

Jangan lupa temu janji kita di Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2026 Taman Samariang Aman.

HEBAHAN AWAM I 19 FEBRUARI 2026Infaq Ramadan Barangan Keperluan Dapur Masjid Darul Akmal Samariang AmanJawatankuasa Masj...
19/02/2026

HEBAHAN AWAM I 19 FEBRUARI 2026

Infaq Ramadan Barangan Keperluan Dapur Masjid Darul Akmal Samariang Aman

Jawatankuasa Masjid Darul Akmal Samariang Aman memohon sumbangan berupa barangan keperluan dapur bagi aktiviti moreh selepas sembahyang Terawih bersempena Ramadan al-Mubarak 1447H.

Sumbangan barangan keperluan dapur yang diperlukan adalah seperti berikut:
1. Air Mineral/Air Reverse Osmosis
2. Kopi (sebaiknya yang dimesin dan kasar)
3. Susu Pekat
4. Gula
5. Biskut Kering
6. Kuih Muih

Sumbangan boleh disalurkan terus kepada:
1. Encik Alid Ibrahim bin Daud di talian 011-25653951
2. Puan Salawatie binti Khalid di talian 014-2050695

Semoga amalan bersedekah muslimin dan muslimat diberkati Allah S.W.T.


HEBAHAN AWAM I 19 FEBRUARI 2026Sedekah@Sungkei Masjid Darul Akmal Samariang AmanUntuk Imam, Bilal, Jawatankuasa Masjid d...
19/02/2026

HEBAHAN AWAM I 19 FEBRUARI 2026

Sedekah@Sungkei Masjid Darul Akmal Samariang Aman
Untuk Imam, Bilal, Jawatankuasa Masjid dan Orang Ramai

Sedekah berupa:

1. Lauk Pauk
2. Kuih Muih
3. Buah-Buahan
4. Dan, sebagainya

Sumbangan boleh disalurkan terus kepada:
1. Encik Alid Ibrahim bin Daud di talian 011-25653951
2. Puan Salawatie binti Khalid di talian 014-2050695

Semoga amalan bersedekah muslimin dan muslimat diberkati Allah S.W.T.

Nota: Jemaah digalakkan bersama sungkei di Masjid Darul Akmal


Tahlil Perdana 1447H/2026MAhli Jawatankuasa Masjid Darul Akmal Samariang Aman menjemput orang ramai yang berhajat untuk ...
09/02/2026

Tahlil Perdana 1447H/2026M

Ahli Jawatankuasa Masjid Darul Akmal Samariang Aman menjemput orang ramai yang berhajat untuk mengadakan tahlil bagi ahli keluarga yang telah meninggal dunia di Masjid Darul Akmal Samariang Aman pada butiran seperti berikut:

Tarikh: 12 Februari 2026, Khamis
Masa: Maghrib/Isyak
Tempat: Masjid Darul Akmal Samariang Aman

Kaedah pelaksanaannya, setiap nama arwah keluarga (orang) yang berhajat akan berniat dan membaca nama arwah.

Justeru, ahli keluarga digalakkan untuk hadir bersama di dalam Tahlil Perdana ini nanti.

Dalam pada itu, AJK Masjid Darul Akmal Samariang Aman sangat mengalu-alukan sumbangan berupa makanan atau apa sahaja bagi melancarkan majlis. [kod QR Masjid Darul Akmal disediakan]

Sebarang pertanyaan berhubung perkara di atas boleh berhubung kepada Encik Abdullah bin Bojeng di talian 013-8287438 atau datang terus ke Masjid Darul Akmal Samariang Aman pada malam tersebut.

Mohon sebarkan kepada ahli keluarga, sahabat dan jiran yang ingin berhajat berbuat demikian.

JEMPUTAN KE CERAMAH ISRAK MIKRAJ PERINGKAT KOMUNITI BANDAR BARU SAMARIANGIsrak Mikraj adalah antara peristiwa terpenting...
11/01/2026

JEMPUTAN KE CERAMAH ISRAK MIKRAJ PERINGKAT KOMUNITI BANDAR BARU SAMARIANG

Israk Mikraj adalah antara peristiwa terpenting yang berlaku di dalam sejarah Islam. Peristiwa ini berlaku pada hari ke-27 bulan Rejab iaitu bulan yang ketujuh dalam kalendar Islam. Terdapat banyak pengajaran yang boleh kita ambil dari peristiwa itu.

Justeru, muslimin dan muslimat di kawasan Bandar Baru Samariang dijemput hadir ke Ceramah Israk Mikraj Peringkat Komuniti Bandar Baru Samariang yang akan disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Haji Sarbini bin Dahlan, Pegawai Dakwah Latihan dan Pembangunan HIKMAH dengan tajuk ‘Petala Langit’ pada butiran seperti berikut:

Tarikh: 17 Januari 2026, Sabtu bersamaan 25 Rejab 1447H
Masa: 7:15 malam (Selepas solat Maghrib)
Tempat: Masjid Darul Akmal, Samariang Aman

Jamuan akan disediakan kepada jemaah yang hadir.

“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Baitulmaqdis), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
(Al-Quran, Surah Al Isra’: 1)

Gangguan Bekalan Air, kerja-kerja pembaikan di Jalan Matang bermula jam 9:00 malam iniKUCHING, 6 Ogos: Sarawak Water Sdn...
06/08/2025

Gangguan Bekalan Air, kerja-kerja pembaikan di Jalan Matang bermula jam 9:00 malam ini

KUCHING, 6 Ogos: Sarawak Water Sdn Bhd (dahulunya dikenali sebagai LAKU Management Sdn Bhd), akan menjalankan kerja-kerja pembaikan segera pada pam utama 1100mm Mild Steel Cement Lined (MSCL) di Jalan Matang, berhampiran Taman Heng Guan.

Kerja-kerja persediaan sedang dijalankan dengan pembaikan bermula pada jam 9:00 malam pada Rabu dan dijangka berakhir pada jam 7:00 pagi pada Khamis.

Pengguna di kawasan berikut akan mengalami tekanan air rendah atau tiada bekalan air semasa kerja-kerja pembaikan:
• Jalan Matang (Kubah Ria ke Batu 9)
• Taman Sri Harmoni
• Jalan Sungai Tengah
• Jalan Tun Abdul Rahman Yakub
• Jalan Tun Datuk Patinggi Abang Haji Muhamad Salahudin
• Jalan Demak
• Jalan Bako
• Muara Tebas
• Kawasan Petra Jaya dan sekitar JBALB

Sehubungan itu, penduduk di kawasan terbabit diminta menyediakan air secukupnya bagi persediaan awal pagi esok.

Selamat Hari Raya Aidiladha 2025M/144M
06/06/2025

Selamat Hari Raya Aidiladha 2025M/144M

06/06/2025

Program Ibadah Qurban 1446h/2025m
Masjid Darul Akmal Samariang Aman
Masa : 9.15 Pagi

SEMUA DIJEMPUT HADIR

Assalamualaikum & Salam Perpaduan Warga Samariang Aman. Pertama kali & julung kali diadakan program memeriahkan & menyam...
25/02/2025

Assalamualaikum & Salam Perpaduan Warga Samariang Aman. Pertama kali & julung kali diadakan program memeriahkan & menyambut awal Ramadhan. Program Kayuhan Sambutan Malam Ramadhan 2025 akan diadakan selepas Solat Terawih pada hari Sabtu 1 Mac 2025. Program akan dimulakan dari Pondok KRT Samariang Aman.

Jom rami2 kita join ada lucky draw juak. Sapa2 sikda basikal boleh juak merami ngan jalan kaki berlarak sambil mbak lampu liplapliplap. Set date & masa kitak org semua. Jom! 👍🏽😊🤲🏽💪🏽

HEBAHAN GOTONG-ROYONG TAMAN SAMARIANG AMAN & LAKE SIDETarikh: 23 Februari 2025, AhadMasa: 8:00 pagi hingga 1:00 petangTe...
14/02/2025

HEBAHAN GOTONG-ROYONG TAMAN SAMARIANG AMAN & LAKE SIDE

Tarikh: 23 Februari 2025, Ahad
Masa: 8:00 pagi hingga 1:00 petang
Tempat: Pondok KRT Samariang Aman

Semua Penduduk Samariang Aman dan Lake Side dijemput hadir.

Juhhh adek kakak abang pakcik makcik.. kita kayuh santai2 pakei merami sambutan Hari Merdeka..
23/08/2024

Juhhh adek kakak abang pakcik makcik.. kita kayuh santai2 pakei merami sambutan Hari Merdeka..

Address

Lorong Cahya Permai
Kuching
93050

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Samariang Aman posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share