04/08/2026
𝗟𝗮𝘁𝗶𝗵𝗮𝗻 𝗞𝗲𝘀𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗯𝗮𝗸𝗮𝗿𝗮𝗻 🔥
24 Julai 2026 - Persatuan Bagi Orang Buta Sarawak Cawangan Kuching telah mengadakan Latihan Keselamatan Kebakaran (Fire Drill) dengan kerjasama Balai Bomba dan Penyelamat Batu Lintang di Pusat Latihan Persatuan Bagi Orang Buta Sarawak Cawangan Kuching.
Latihan ini melibatkan 10 orang anggota bomba termasuk pegawai, bersama 1 buah jentera bomba dan 1 buah van bomba. Program turut disertai oleh 6 orang kakitangan persatuan serta 15 orang penghuni dan pelatih OKU penglihatan.
Sepanjang latihan, para peserta diberi pendedahan mengenai cara menggunakan alat pemadam api dengan betul serta tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku kebakaran di pejabat, dapur dan asrama. Latihan ini bertujuan meningkatkan kesedaran, pengetahuan dan kesiapsiagaan semua warga persatuan dalam menghadapi situasi kecemasan.
Program diakhiri dengan jamuan ringan sebagai tanda penghargaan kepada semua yang telah menjayakan latihan ini.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Balai Bomba dan Penyelamat Batu Lintang atas kerjasama, tunjuk ajar dan perkongsian ilmu yang amat bermanfaat.