03/02/2026
02 Feb 2026 - Malam tadi telahpun berlangsung Mesyuarat Gabungan 4 Jawatankuasa Taman Banjaran Serapi (Masjid Al-Hidayah TBS, KRT TBS, JKKK TBS & Serapi Jaya dan KEMAS TBS) untuk program tahunan iaitu Program Ramadhan 2026. Untuk tahun ini, KEMAS ingin turut serta untuk menjayakan Program Ramadhan kali ini. Tuan rumah program untuk tahun ini ialah JKKK Taman Banjaran Serapi dan Serapi Jaya.
Perbincangan demi perbincangan telahpun dibuat pada malam tadi dan kata sepakat telah dibuat iaitu:
• Ahad minggu pertama (22 Feb) : Tiada aktiviti
• Ahad minggu kedua (1 Mac) : Program Edaran Bubur Lambok
• Ahad minggu ketiga (8 Mac) : Program Edaran Bubur Pedas
• Ahad minggu keempat (15 Mac) : Program Sungkai Bersama 4 Jawatankuasa TBS sekaligus meraikan Majlis Khatam Al-Quran anak-anak komuniti TBS
Semoga Program Ramadhan 2026 kali ini berjaya dan mampu mengeratkan silaturrahim dikalangan komuniti TBS tidak kira samada Muslim dan Non-Muslim