Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Sarawak

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Sarawak (WEB)_ https://isma.org.my (TEL)_019-4997479 (KEAHLIAN)_ https://ahli.isma.my ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP YANG UNGGUL DAN SEMPURNA!

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) merupakan satu badan bukan kerajaan (NGO) yang aktif memainkan peranan di tengah masyarakat dengan hasrat membentuk dan membina masyarakat yang unggul dan gemilang. Untuk tujuan itu, ISMA mengajak masyarakat agar mengamal, dalam kehidupan seharian,

ISMA aktif memainkan peranan di tengah masyarakat dengan hasrat membentuk dan membina masyarakat yang unggul dan gemil

ang. Untuk itu, ISMA mengajak masyarakat agar mengamal dalam kehidupan seharian ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP YANG UNGGUL & SEMPURNA! ISMA merupakan sebuah entiti yang berdaftar dan tidak bermotifkan keuntungan. Dengan misinya untuk membina kekuatan keperibadian yang berpaksikan Islam serta penguasaan budaya ilmu, kehidupan sihat, perancangan dan teknologi, ISMA berazam untuk memberi impak kepada masyarakat melalui pelbagai program dan aktiviti. ISMA komited dalam mencapai matlamat penubuhannya di samping mempunyai ahli-ahli yang konsisten melaksanakan program dan aktivitinya. ISMA berusaha mengajak masyarakat kepada kesejahteraan dan keutuhan keluarga sebagai aset kekuatan dalam pembentukan masyarakat kerana ISMA mahu mencorakkan bangsa ke arah kemajuan, berdaya saing dan mampu menjadi sebuah entiti yang mewarnai kepimpinan masa depan. ISMA berhasrat untuk memikul amanah sebagai organisasi yang memberikan kebaikan kepada seluruh masyarakat sama ada dari segi aspek kebajikan sosial, pembangunan insan, kekeluargaan, pembangunan remaja, belia serta wanita. ISMA bukan parti politik dan tidak akan terlibat di dalam sebarang kegiatan politik kepartian. TUJUAN DAN MATLAMAT

Menggabungkan dan menyatukan semua warga negara Malaysia yang berumur lapan belas (18) tahun ke atas dan beragama Islam dalam sebuah pertubuhan yang melaksanakan segala bentuk aktiviti dan program dalam bidang kebajikan, sosial, ekonomi dan pendidikan ke arah pembentukan peribadi Muslim yang berwibawa dan bertanggungjawab terhadap agama, bangsa dan negara. Menggembelingkan kepakaran dan pengalaman ahli‑ahli dan sukarelawan yang berminat ke arah berkhidmat untuk masyarakat di peringkat nasional dan antarabangsa. Mewujudkan sebuah pusat sumber sebagai tempat rujukan ahli dan masyarakat dalam proses penyelidikan dan pengembangan ilmu pengetahuan. Menjadi anggota kepada pertubuhan‑pertubuhan Islam di dalam dan luar negara yang mempunyai tujuan‑tujuan dan matlamat-matlamat yang sama dengan ISMA serta menerima keanggotaan pertubuhan‑pertubuhan tersebut. Menjalinkan kerjasama dan menjalankan aktiviti dengan pertubuhan‑pertubuhan di dalam dan luar negara dalam menjayakan matlamat dan tujuan ISMA demi kebaikan dan kepentingan masyarakat. Mewujudkan pusat‑pusat pendidikan dan latihan ke arah meningkatkan taraf sosio‑ekonomi ahli dan masyarakat. Menyedia, menerbit dan menyalurkan maklumat‑maklumat yang melibatkan kepentingan ahli dan masyarakat melalui saluran‑saluran media yang dibenarkan oleh pihak berkuasa secara kerjasama dengan pihak media massa di dalam dan luar negara. Menerima dan menguruskan sumbangan‑sumbangan sama ada dalam bentuk wang atau selainnya daripada ahli‑ahli ISMA sendiri (selain daripada yuran keahlian) atau daripada mana‑mana pihak individu atau institusi/syarikat/firma dari dalam dan luar negara dan sebagainya yang berminat untuk membantu ke arah pencapaian tujuan‑tujuan dan maksud ISMA.

06/03/2026

🌙 JEMPUTAN MAJLIS KHATAM AL-QURAN KEPADA MUSLIMAH SEKITAR KUCHING🌙

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Dengan penuh hormat dan sukacitanya, kami menjemput Cik/Puan untuk menghadiri Majlis Khatam Al-Quran anjuran Wanita ISMA Kuching dengan kerjasama Masjid Al-Firdaus, Kampung Tunku seperti ketetapan berikut:

📅 Tarikh: 17 Ramadhan 1447 H bersamaan 7 Mac 2026 (Sabtu)
🕘 Masa: 8.30 oagi - 10.00 pagi
📍 Tempat: Masjid Al-Firdaus, Kampung Tunku, Jalan Astana
🥼 Warna Tema Baju: Hitam (Warna Tudung Bebas)

Agenda Majlis:

8.30 : Pendaftaran peserta

8.40 : Sesi Ceramah bertajuk Al-Quran: Kemanisan Iman Melalui Tadabbur dan Syafaat di Alam Barzakh yang disampaikan oleh Ustazah Hajah Hasmida binti Hasan

9.10 : Sesi Khatamul Quran

9.45 : Penyampaian Cenderahati kepada Qariah Tadarus Masjid Al-Firdaus

10.00: Sesi Bergambar dan bersurai

Majlis ini diadakan sebagai tanda kesyukuran atas kesempatan kita menyelesaikan bacaan Al-Quran serta memohon keberkatan daripada Allah SWT.
Semoga kehadiran Cik/Puan akan memeriahkan lagi majlis dan bersama-sama kita meraih keberkatan daripada Al-Quran.

“Sebaik-baik kamu adalah yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya.”
(Hadis Riwayat Bukhari)

Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan kamek di nombor 014-3265157.

22/02/2026

Jemputan ke Rehal Ramadhan Wanita ISMA Kuching dengan kerjasama Masjid Al-Firdaus, Kampung Tunku

Program akan berlangsung di lokasi berikut:

📍Lokasi: Masjid Al-Firdaus, Kampung Tunku,
https://maps.app.goo.gl/roLKsGyG3PvV5z6W8?g_st=aw

💥Peserta Rehal Ramadan (Fizikal) akan dibekalkan
1. Salinan Nota Bacaan Asas Quran beserta Tajiwid
2. Sesi _online_ Rakaman TOT Tajwid & Tadabbur pada 1 Mac 2026 (Ahad),jam 8.00 pagi.

Sebarkan kepada muslimah yang berminat sertai program tok, join group

📌https://chat.whatsapp.com/DV1Udgt2bjEA0b2PnIxJxn?mode=gi_t

Sebarang pertanyaan, boleh whataspp kamek aaa🙂. Semoga kita sama2 beroleh keberkatan dan pahala.

Salam Ramadhan 1447H🌛☄️

Daftar sini: https://forms.gle/inySCvccfS5TskHy7
08/02/2026

Daftar sini: https://forms.gle/inySCvccfS5TskHy7

🌙 JEMPUTAN PROGRAM ISTIMEWA 🌙

📖 Membesarkan Anak Cinta Al-Quran

🎤 Ustaz Ahmad Najmi
(Berkongsi pengalaman sebenar mendidik anak dengan Al-Quran)

🗓 17 Februari 2026 (Selasa)
⏰ 10.00–11.00 pagi
📍 Online (Google Meet)

💰 Yuran: RM10 seorang

🎁 20 pendaftar terawal akan menerima 🆓 Ramadan Busy Book untuk Kanak-Kanak

👉 Daftar di sini:
https://forms.gle/inySCvccfS5TskHy7

15/08/2025

Jangan lupa temujanji kita malam ini. Bertempat di AAZ teaining Centre (berdepan Dapur Melanau Metrocity) pada jam 8.30 malam

Address

Tingkat 1, S/L33, Lot 3826, Desa Ilmu Fasa 11, Jalan Dato Mohd Musa, Kota Samarahan
Kuching
94300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Sarawak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share