KRIM Kuching

KRIM Kuching Remaja adalah aset penting negara kerana merekalah yang akan mencorakkan jatuh bangunnya tamadun bangsa ini pada masa hadapan.

Kelab Remaja Isma Malaysia (KRIM) Cawangan Sarawak tampil di tengah-tengah masyarakat untuk bersama-sama menanam, membaja serta melindungi biji benih (remaja) agar melahirkan buah-buah yang ranum dan hasil yang lumayan. Mereka adalah ibarat biji benih yang ditanam, perlu dibela, dibaja dan dilindungi dari sebarang kerosakan agar pepohon yang bakal hidup melahirkan buah-buahan yang masak ranum dan

hasil yang lumayan. KELAB REMAJA IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA (KRIM) tampil di tengah-tengah masyarakat untuk bersama-sama memainkan peranan ini. KRIM menawarkan pakej pembangunan yang menyeluruh merangkumi aspek mental, jasadi, rohani, emosi dan kemahiran. Hasil yang ingin dilahirkan ialah perubahan sikap motivasi, iltizam dan jatidiri dalam diri remaja itu sendiri.

πŸ“ Kelab Remaja ISMA Kuching (KRIM)🌟 Sertai Program Remaja: *HIDUP SEORANG MUSAFIR* 🌟"Di Sini Langkah Bermula"Remaja seka...
14/07/2025

πŸ“ Kelab Remaja ISMA Kuching (KRIM)

🌟 Sertai Program Remaja: *HIDUP SEORANG MUSAFIR* 🌟
"Di Sini Langkah Bermula"

Remaja sekalian, hidup ini adalah sebuah perjalanan. Tapi… ke mana arah tuju kita?
Sudahkah kita bersedia untuk menghadapi realiti hidup ini?

Jom sertai program HIDUP SEORANG MUSAFIR β€” sebuah pengisian khas untuk remaja yang ingin membina hala tuju hidup sebagai Muslim sejati. ✨

πŸ§‘πŸ»β€πŸ¦±πŸ§•πŸ» Khas untuk remaja berumur 11 hingga 17 tahun

πŸ•Œ Surau Nurul Hilal, Kampung Pulo Hilir, Kuching
➑️ Lokasi: https://g.co/kgs/PhzRcK5
πŸ“… Sabtu | 19 Julai 2025
πŸ•£ 8:30 pagi – 12:00 tengah hari
πŸ’Έ Pendaftaran: Percuma!

✨Pengisian Menarik:
πŸ”Ή Musafir & 2 Persimpangan – Memilih antara Hawa Nafsu atau Iman
πŸ”Ή Bekal Musafir – Solat, ilmu & sahabat soleh

🌱 Ayuh mulakan langkah pertama dengan keyakinan dan nilai Islam yang sebenar!

Daftar sekarangπŸ‘‡πŸ»
https://forms.gle/D6VEEhzxHYMC4FeP9
https://forms.gle/D6VEEhzxHYMC4FeP9

Sebarang Pertanyaan:
Whatsapp: Nurul Ain (011-15862276)

============

Kami amat mengalu-alukan sumbangan/infaq Tuan/Puan kepada Kelab Remaja ISMA Cawangan Kuching. Infaq Tuan/Puan akan digunakan untuk menampung keperluan dalam meningkatkan aktiviti dakwah, pembangunan modul insan & pentarbiahan dalam kalangan remaja Islam sekitar Kuching, Sarawak.

Jangan lepaskan peluang anda untuk menyumbang! Semoga Allah membalas jasa Tuan/Puan.

Maybank
561239601465
Pertubuhan Ikatan Muslimin Malaysia Kuching
(Reference: KRIM)

Atau

Link sumbangan:
https://catalog.billplz.com/sumbanganwanita/payment-form/krimkuching

Address

Petra Jaya
Kuching
93050

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KRIM Kuching posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to KRIM Kuching:

Share