Pertubuhan AMAL Kebajikan Sarawak

Pertubuhan AMAL Kebajikan Sarawak Amal dan Kebajikan

10/05/2026
18/04/2026

Jam 12.30 pagi, pomen dapat call dari seorang bro Cina, katanya motor dia rosak tepi jalan, rantai putus & spoket hilang.

Pomen pun datang sana & lepas repair semua, total kena bayar RM145. Tapi dekat online banking bro Cina tu, ternampak duit tinggal RM176 je, tu pun sebab dia dah pinjam dulu duit kawan malam tu๐Ÿ˜ญ

Pomen tanya lagi "Ada duit makan tak?". Bro Cina tu mata dah berkaca-kaca tahan nangis, berulang kali pandang amount RM145, muka runsing, tapi mulut tetap jawab "Boleh...Ada, ada, ada".

Akhirnya pomen kata tak payah bayar. Free je.

Bro Cina tu dah terkejut sebak, menggeletar tangan & tetap usahakan nak bayar RM50 (sbg upah) tapi malam tu memang dah jadi rezeki dia. ๐Ÿฅบ

"Ini Tuhan hantar saya untuk tolong you. Tak payah bayar, saya tahu you susah. Anggap ini rezeki you"

Ya Allah. Kita semua ni memang struggle differently. Semua orang berjuang dalam diam. Bila tengah susah sangat-sangat tiba-tiba ada bantuan mcm ni datang, sebak dada. Sesungguhnya, takkan rugi manusia yg melakukan kebaikan terhadap manusia lain.

Be kind, you'll never know what people going through. This is beautiful Malaysia๐Ÿ˜ญโค๏ธโ€๐Ÿฉน

KREDIT : Minyakhitamjalanan

TERKINI: KONFLIK lR4N-lSRAEI MAKIN PANAS ๐Ÿ”ฅMenteri Pertahanan lsraeI, Yisrael Katz berkata negara itu kini sedang memasuk...
15/03/2026

TERKINI: KONFLIK lR4N-lSRAEI MAKIN PANAS ๐Ÿ”ฅ

Menteri Pertahanan lsraeI, Yisrael Katz berkata negara itu kini sedang memasuki fasa paling kritikal dalam konfrontasi dengan lr4n.

Dalam masa sama, laporan The Wall Street Journal menyebut beberapa penasihat kepada Donald Trump sedang mendesaknya supaya cari jalan keluar daripada perang.

Tapi setakat ini, Trump dikatakan belum ada pelan jelas untuk menamatkan konflik tersebut.

Antara idea yang dibincangkan ialah:
๐Ÿ‘‰ Umumkan โ€œkemenanganโ€
๐Ÿ‘‰ Lepas itu tarik balik pasukan

Pendek kataโ€ฆ dunia sekarang sedang tengok apa langkah seterusnya.

Pada pendapat anda, perang ini akan:

A) Berakhir dengan rundingan

B)Teruskan Serangan hingga Aset Ketenteraan Israel lumpuh total.

Pilih A atau B.

Kalau rasa info ini menarik, share supaya lebih ramai tahu perkembangan terkini. ๐ŸŒ

27/02/2026

๐Ÿ“ข Program Jom Berkhatan (ber-Sunat) Perdana 2026
โ€“ Selangkah Menuju Alam JEJAKA IDAMAN๐Ÿคญ๐Ÿงโ€โ™‚๏ธ

Pertubuhan Amal Kebajikan Sarawak (PAKESA) bersama Masjid Ibadah Kampung Sampadi akan menganjurkan Program Jom Berkhatan (Sunat) 2026 bersempena cuti sekolah bulan Disember ini.

Program yang bertemakan โ€œSelangkah Menuju Alam Dewasaโ€ ini bertujuan membantu ibu bapa menyediakan platform yang selamat, teratur dan mesra kanak-kanak untuk menjalani proses berkhatan, di samping memupuk semangat keberanian dan kebersamaan dalam kalangan peserta.

Senarai Semak:-
โœ… Peryertaan terhad 50 Kanak ยฒ Sahaja.
โœ… Pendafaran awal DIGALAKKANโ€ผ๏ธ
โœ… Warganegara Malaysia
โœ… Kad Pengenalan atau Surat Lahir
โœ… Kad Kesihatan (KKM)

๐Ÿ“ Tempat: Masjid Darul Ibadah Kampung Sampadi.
๐Ÿ“… Slot: Cuti Sekolah (Disember 2026)

Menariknya, booking slot adalah PERCUMA khusus kanak-kanak yang menetap di Daerah Lundu SAHAJA, untuk yang di luar kawasan ianya tertakluk kepada kekosongan tempat.

Ibu bapa yang berminat boleh membuat tempahan awal dengan isi google form di bawah:

https://docs.google.com/forms/d/1GejRVFEsemW7sD0B0fO4IinCni92lmm1iNhR0YtAQlQ/viewform

โ€œBersama kita memupuk generasi berani dan berakhlak.โ€

Mohon share Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul Salam takziah kepada keluarga mangsa semoga tabah menghada...
02/02/2026

Mohon share

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul Salam takziah kepada keluarga mangsa semoga tabah menghadapi dugaan ini

Nenek dan cucu rentung dalam kebakaran rumah pekerja di Bintulu di kenali Taun Anak Nyaring, 61 tahun dan cucu Melbourne Anak Jeasy, berusia 15 tahun.

Untuk urusan keranda kedua-dua mangsa kita dah bantu uruskan untuk mana-mana pihak yang turut sudi untuk menbantu boleh QR acc bapa mangsa
Joshua bin yopeng no rujukan 0145995280

Tak dapat bantu share pun dah memadai

Salam mintak tolong kitak orang mum ada sapa-sapa kenal cousin kamek tok. Nama nya ๐‘ญ๐‘น๐‘จ๐‘ต๐‘ฒ๐’€ ๐‘จ๐‘ต๐‘จ๐‘ฒ ๐‘ฑ๐‘จ๐‘ต๐‘ฎ๐‘ผ. Nya dah lama s*k b...
15/09/2025

Salam mintak tolong kitak orang mum ada sapa-sapa kenal cousin kamek tok. Nama nya ๐‘ญ๐‘น๐‘จ๐‘ต๐‘ฒ๐’€ ๐‘จ๐‘ต๐‘จ๐‘ฒ ๐‘ฑ๐‘จ๐‘ต๐‘ฎ๐‘ผ.

Nya dah lama s*k balik tengok emak nya di kampung. Lebih 7 tahun menghilang macam ya ajak s*k ada khabar berita.

Terakhir nya madah di bintulu dan nya madah dah kawin. Lepas ya terus hilang s*k ada berita s*k pernah balik tengok emak nya di kampung sampai hari tok.

Emak nya dah tua setiap hari emak nya menanggis ingat kan nya s*k pernah balik s*k pernah call whatsapp semua. Dah kawin kah apa jangan lah terus di buang keluarga weiiiโ€ฆ.emak kau tu dah tua hidup sorang2 dan tak berapa sihat dah sekarang.

Emak nya Terlalu sedih sampai buat report polis suruh cari.

๐™€๐™ฃ๐™ฉ๐™ž ๐™™๐™š๐™  ๐™–๐™œ๐™ž ๐™ž๐™™๐™ช๐™ฅ ๐™ข๐™–๐™™๐™ž๐™  ๐™ฅ๐™ช๐™ก๐™–๐™ž ๐™ก๐™–๐™ ๐™ ๐™š ๐™ข๐™š๐™ฃ๐™ช๐™– ๐™ข๐™š๐™™๐™– ๐™ž๐™ฃ๐™™๐™–๐™ž ๐™™๐™š๐™ . ๐˜ผ๐™ฃ๐™–๐™ฃ๐™œ ๐™ ๐™š๐™ฉ๐™š๐™œ๐™–๐™ก ๐™™๐™–๐™ ๐™—๐™š๐™—๐™ž๐™ฃ๐™ž ๐™™๐™š๐™  ๐™–๐™ก๐™ช ๐™ข๐™–๐™ช ๐™ž๐™ฃ๐™™๐™–๐™ž ๐™—๐™–๐™ก๐™– ๐™ ๐™–๐™—๐™–๐™ฃ ๐™—๐™š๐™ก๐™–๐™ฎ๐™–๐™ฃ.

Sapa-sapa kenal nya tok boleh hubungi kamek atau whatsappp kamek,

๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ-๐Ÿ–๐Ÿ“๐Ÿ•๐Ÿ’ ๐Ÿ๐Ÿ“๐Ÿ— (๐Ÿ…ˆ๐Ÿ„ฐ๐Ÿ…‚๐Ÿ„ธ๐Ÿ„ฝ)

Berlaku pada 2017, Kes Buli.SIBU: Suasana sedih menyelubungi rumah mayat Hospital Sibu sejak jam 10 pagi tadi tatkala ib...
09/09/2025

Berlaku pada 2017, Kes Buli.

SIBU: Suasana sedih menyelubungi rumah mayat Hospital Sibu sejak jam 10 pagi tadi tatkala ibu bapa dan sanak saudara kepada murid tahun satu yang mati dipercayai akibat dipukul pelajar tahun enam di asrama sebuah sekolah di Kapit malam Isnin lalu. Mangsa yang dikenali sebagai Jackson Nuing Awe, tujuh tahun menghembuskan nafas terakhirketika menerima rawatan di Hospital Sibu pada jam 3.30 petang Khamis lalu.

Ayah mangsa Awe Lanyo bersama isterinya (enggan nama disiarkan), masing-masing 35 tahun kelihatan masih sedih atas kematian anak bongsu mereka. Ketika ditanya, ayah mangsa memberitahu bahawa Jackson merupakan anak lelaki tunggal daripada tiga beradik termasuk dua orang kakak berumur 14 tahun dan 10 tahun. Menurutnya, kakak sulung mangsa tidak bersekolah lagi dan kini dijaga oleh adik iparnya yang tinggal di Flat Sibu Jaya dekat sini.

Menceritakan kisah ketika menerima berita yang mengejutkan itu pada 22 Ogos lalu, Awe memberitahu seorang guru sekolah memaklumkan anaknya dibawa ke Klinik Desa di Nanga Merit kerana tidak sedarkan diri dan perlu dirujuk ke Hospital Kapit sebelum dihantar ke Hospital Sibu untuk menerima rawatan lanjut sehingga dia disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah.

Dalam keadaan sebak ayah mangsa memberitahu kali terakhir beliau dan isterinya berjumpa dengan mangsa di kawasan sekolah semasa menghantar sehelai baju kemeja yang dipesan anaknya melalui seorang bapa saudara yang bekerja sebagai pemotong rumput di sekolahnya. "Dia (mangsa) terus memeluk kami berdua (ibu bapa) sambil mengusap air matanya," katanya. Apabila ditanya kenapa dia menangis, mangsa hanya berdiam diri mungkin terlalu gembira selepas mendapat baju kemeja yang dipesannya.

Menurut ayahnya lagi, mangsa dan kakaknya akan pulang ke rumah panjang mereka iaitu Rh Jamit, Sungai Pila, Nanga Merit iaitu sejauh 30 minit sehingga satu jam perjalanan menaiki bot panjang dari sekolah mereka dua minggu sekali.

"Anak kami tidak pernah mengadu bahawa dia pernah diganggu atau dibuli budak-budak lain di sekolahnya. "Ini merupakan kali pertama anaknya mengalami kecederaan yang teruk selepas dibelasah budak tahun enam berkenaan," katanya yang tidak mempunyai pekerjaan tetap selain daripada menjadi petani.Katanya, dia pernah bekerja sebagai buruh kasar ketika mengikut adik iparnya bekerja di Sibu dua bulan lepas tetapi terpaksa balik ke kampung untuk membaiki 'bilik' di rumah panjang.

Menurut Awe, ini merupakan hari ke empat mereka berada di Hospital Sibu dan telah 'menunggu' selama dua malam untuk menuntut mayat anaknya sebelum upacara pengkebumian dapat dilakukan kemungkinan pada Selasa depan.

"Saya berharap mayat anak saya dapat dibawa pulang esok pagi selepas proses bedah siasat ini selesai petang ini," ujarnya sambil menambahurusan penghantaran sehingga pengkebumian anaknya akan diuruskan pihak sekolah. Sementara itu proses bedah siasat tersebut dilakukan oleh pakar patologi Dr Norliza Ibrahim dari Kuching bermula sejak jam 10 pagi tadi. Sehingga berita ini ditulis keputusan bedah siasat belum dapat diperolehi untuk mengenalpasti punca sebenar kematian mangsa.Kes tersebut diklasifikas*kan sebagai kes bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kredit: Utusan Borneo online


Address

Kuching

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan AMAL Kebajikan Sarawak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share