NADI Kg Darul Islam Belimbing

NADI Kg Darul Islam Belimbing Menjadikan medan ICT sebagai medium untuk Merapatkan Jurang Digital

12/08/2026

Saksikan Dr. Mohd Arif Adenan, Ketua Pejabat NADI MCMC dalam program Assalamualaikum yang akan mengupas peranan NADI dalam memperkasa komuniti serta inisiatif Program Pakaian Sekolah NADI.

12 Ogos 2026 (Rabu)
9.00 pagi – 10.00 pagi
Siaran langsung di TV AlHijrah

Jangan lepaskan perkongsian menarik ini. Selamat menonton!


πŸš€ NADIPRENEUR EMPOWERHER 2026Pencarian Ikon Usahawan NADI 2026Khas untuk komuniti yang ingin meningkatkan ilmu, kemahira...
11/08/2026

πŸš€ NADIPRENEUR EMPOWERHER 2026
Pencarian Ikon Usahawan NADI 2026

Khas untuk komuniti yang ingin meningkatkan ilmu, kemahiran dan prestasi perniagaan! πŸ’Όβœ¨

πŸ“Œ 4 bidang utama:
πŸ”Ή Perancangan Perniagaan
πŸ”Ή Perancangan Kewangan
πŸ”Ή Pemasaran
πŸ”Ή Operasi Perniagaan

πŸ“… Pelbagai aktiviti & webinar sepanjang Ogos 2026
πŸŽ₯ Video Pra Latihan
πŸŽ™οΈ Webinar
πŸ“± Strategi pemasaran & media sosial
πŸ’° Pengurusan kewangan
βš™οΈ Tip operasi perniagaan

πŸ‘©β€πŸ’Ό Terbuka kepada usahawan & individu berumur 18–60 tahun yang memenuhi syarat penyertaan.

πŸ“² Jom sertai dan tingkatkan kemahiran keusahawanan anda bersama NADI!

πŸ‘‰ Imbas QR pada poster untuk pendaftaran & maklumat lanjut.

11/08/2026
Nak turun berat tapi asyik mengidam? 🍫🍟 Jom kenali punca mengidam/”craving” dan cara praktikal untuk mengawalnya.SertaiπŸŽ™...
11/08/2026

Nak turun berat tapi asyik mengidam? 🍫🍟
Jom kenali punca mengidam/”craving” dan cara praktikal untuk mengawalnya.

SertaiπŸŽ™οΈ Webinar NADI Kesejahteraan Kendiri bersama Pn. Nurul β€˜Aqilah binti Hasan, Pegawai Dietetik, KK Skudai Baru

πŸ“… 11 Ogos 2026
πŸ•₯ 10.30 pagi
πŸ’» Google Meet/FB Live/Youtube Live Studio Sihat

🎟️ Percuma

Jangan biarkan β€œcraving” merosakkan perjalanan anda dalam usaha untuk melawan obesiti dan mencapai berat badan yang sihat. Kenali punca, bina strategi, dan terus kekal konsisten.

πŸ“ Google Meet: https://meet.google.com/tvt-jacd-uem

πŸ“Ί YouTube Live: https://
www.youtube.com/

πŸ“˜ Facebook Live: https://www.facebook.com/officialnadimalaysia

AI bukan lagi untuk yang pakar sahaja! πŸ€–βœ¨Jom belajar cara guna AI dengan mudah, kreatif dan praktikal untuk pembelajaran...
11/08/2026

AI bukan lagi untuk yang pakar sahaja! πŸ€–βœ¨
Jom belajar cara guna AI dengan mudah, kreatif dan praktikal untuk pembelajaran, kerja, bisnes dan kehidupan seharian.

πŸ“š Belajar AI
πŸ’‘ Jana idea & kandungan
πŸ“ˆ Kembangkan bisnes
🎬 Cipta video kreatif
πŸ€– Manfaatkan AI dengan lebih bijak

Daftar sekarang dan kuasai AI bersama AI@NADI!

🎀 SERLAHKAN BAKAT, CIPTA KEJAYAAN! πŸ†Piala NADI Tuisyen Rakyat 2026 kini kembali dengan dua pertandingan yang pasti mengu...
11/08/2026

🎀 SERLAHKAN BAKAT, CIPTA KEJAYAAN! πŸ†

Piala NADI Tuisyen Rakyat 2026 kini kembali dengan dua pertandingan yang pasti menguji kreativiti dan keyakinan anda!

🎭 Pertandingan Sajak
πŸŽ™οΈ Pertandingan Public Speaking

Inilah peluang anda untuk:
✨ Menonjolkan bakat dalam pengucapan dan deklamasi.
✨ Membina keyakinan serta kemahiran komunikasi.
✨ Mewakili NADI anda di pentas pertandingan.
✨ Merebut gelaran juara dan hadiah menarik!

πŸ“’ Pendaftaran kini dibuka!

πŸ“ Daftar di NADI berdekatan anda.

Rujuk poster pertandingan untuk syarat penyertaan dan maklumat lanjut.

Jangan lepaskan peluang untuk menyerlahkan bakat dan menjadi juara Piala NADI Tuisyen Rakyat 2026!

πŸ“’ PEMAKLUMAN SIRI CYBER HYGIENE πŸ”Assalamualaikum dan salam sejahtera,Jom sertai Siri Cyber Hygiene dengan tajuk:πŸ“Œ β€œBila ...
11/08/2026

πŸ“’ PEMAKLUMAN SIRI CYBER HYGIENE πŸ”

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Jom sertai Siri Cyber Hygiene dengan tajuk:

πŸ“Œ β€œBila Data Terpadam: Cara Pulih & Susun Semula”

Dalam sesi ini, peserta akan mempelajari cara memulihkan data yang terpadam menggunakan fungsi pemulihan serta menyusun fail dan folder secara sistematik.

πŸ—“οΈ 13 Ogos 2026 (Khamis)
⏰ 3.00 petang – 4.00 petang
πŸ’» LMS Cybersecurity

πŸ‘₯ Terbuka kepada:
* Berumur 17 tahun ke atas
* Ibu bapa, usahawan & pengguna telefon pintar
* Berdaftar sebagai Ahli NADI

πŸ“± Bawa telefon pintar anda dan praktikkan langkah keselamatan secara langsung!

Jangan lepaskan peluang untuk tingkatkan kemahiran mengurus dan melindungi data anda. πŸ›‘οΈπŸ’Ύ

πŸ“’ WEBINAR BERKALA MATEMATIK – EDISI 8 πŸ“’Hello pelajar! 🌟Jom sertai Webinar Berkala Matematik – Edisi 8 dan tingkatkan pen...
11/08/2026

πŸ“’ WEBINAR BERKALA MATEMATIK – EDISI 8 πŸ“’

Hello pelajar! 🌟

Jom sertai Webinar Berkala Matematik – Edisi 8 dan tingkatkan penguasaan anda dalam Fungsi dan Persamaan Kuadratik & Ketaksamaan Linear dengan lebih mudah dan berkesan! βž•πŸ“˜

πŸ—“οΈ 22 Ogos 2026 (Sabtu)
πŸ• 2.30 PM – 4.30 PM
πŸ“ Dalam Talian
πŸ‘₯ Sasaran: Pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5

🎯 Topik:
Fungsi dan Persamaan Kuadratik & Ketaksamaan Linear

πŸ’‘ Pelajari konsep fungsi dan persamaan kuadratik serta ketaksamaan linear, teknik menyelesaikan soalan dengan tepat dan kaedah mudah untuk meningkatkan keyakinan serta prestasi dalam Matematik.

πŸ“ž Daftar sekarang di cawangan NADI berhampiran anda!

10/08/2026

Sehelai baju sekolah. Tetapi di belakangnya, ada rezeki untuk dua keluarga.

Yang menjahit dapat menambah pendapatan. Yang membeli dapat berjimat.

Saya bertemu sekump**an wanita yang bermula dengan belajar menjahit di program NADI Mahir. Ada yang suri rumah, ada yang ibu tunggal. Daripada satu kemahiran, kini terbuka p**a peluang untuk mereka menambah pendapatan keluarga.

Lebih 2,000 peserta telah mengikuti program NADI Mahir Jahit dan program ini kini memasuki pengambilan keempat.

Daripada program inilah lahirnya inisiatif Baju Sekolah NADI. Alumni yang sudah mempunyai kemahiran diberi peluang menghasilkan pakaian sekolah untuk dijual pada harga yang lebih mampu milik kepada komuniti.

Inilah sebenarnya inisiatif yang saya sokong.

Bagi keluarga yang memerlukan, NADI turut menyediakan pilihan untuk membuat bayaran secara berperingkat. Bukan pinjaman, bukan skim β€œPay Later” dan tiada faedah atau caj tambahan.

Sekadar satu pilihan untuk membantu ibu bapa mengurus perbelanjaan, terutama apabila perlu menyediakan kelengkapan persekolahan untuk beberapa orang anak serentak.

Tetapi bagi saya, nilai terbesar program ini bukan pada cara kita membeli sehelai baju sekolah.

Ia tentang apa yang boleh berlaku apabila kita memberi seseorang kemahiran dan peluang.

Seorang wanita belajar menjahit. Kemahirannya menjadi sumber pendapatan. Hasil tangannya p**a membantu keluarga lain berjimat.

Saya percaya program yang baik bukan sekadar memberi bantuan untuk hari ini. Ia memberi kemahiran supaya seseorang mempunyai lebih banyak pilihan untuk hari esok.

Satu kemahiran. Dua keluarga mendapat manfaat.

Address

Jalan Puncak Borneo, Kota Padawan
Kuching
94200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when NADI Kg Darul Islam Belimbing posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share