22/10/2026
MISI RAIH DANA 15 KATIL HOSPITAL SRI AMAN — KINI AKTIF! ❤️
Kami kini memulakan misi mengumpul dana sebanyak RM15,000 untuk menyediakan 15 katil hospital bagi membantu pesakit yang memerlukan kemudahan penjagaan di rumah.
🎯 Sasaran dana: RM15,000
⏳ Tempoh kutipan: 60 hari
👥 Siapa yang akan menerima manfaat?
Misi ini bertujuan membantu pesakit terlantar, warga emas, pesakit kronik dan individu yang memerlukan katil hospital untuk penjagaan di rumah, khususnya daripada keluarga yang kurang berkemampuan.
📍 Kawasan liputan: Sri Aman, Lingga dan Engkilili, Sarawak.
🤝 Bagaimana anda boleh membantu?
✅ Klik pautan di bawah untuk membuat sumbangan.
🔗 https://edonation.payandgo-tech.com/ProductDetail?id=9
📢 Belum berkesempatan untuk menyumbang? Anda juga boleh membantu dengan mengongsikan post ini kepada keluarga, rakan-rakan dan komuniti anda.
Kami berharap sasaran RM15,000 dapat dicapai dalam tempoh 60 hari dengan sokongan dan keprihatinan semua pihak.
Setiap sumbangan membawa harapan. Setiap perkongsian membuka peluang untuk lebih ramai pesakit menerima bantuan. ❤️
Bersama kita ringankan beban, bersama kita hulurkan harapan!