23/06/2025
Assalamualaikum.
Innalillahiwainnailaihirojiun
Dengan penuh rasa dukacita, ingin memaklumkan bahawa *Puan Sri Datuk Amar Hajjah Juma'ani Tuanku Hj Bujang, isteri kepada YAB Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abg Hj Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abg Hj Openg* , telah kembali ke rahmatullah pada jam 3.34 pagi, 23.Jun.2025 bersamaan 26 Zulhijjah 1446. di Pusat Perubatan Normah, Kuching.
Allahyarhamah berusia 76 tahun.
Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Takziah kepada seluruh keluarga dan sanak saudara.
Majlis penghormatan terakhir akan diadakan di *Masjid Jamek, Petra Jaya, Kuching dari 10pagi hingga 12 tengahari.*
Acara pengkebumian akan diadakan di *Tanah Perkuburan Islam Semariang, Petra Jaya.*
AlFatihah..Aaminn.