Masjid Darul Ikhsan, Kg Buso

Masjid Darul Ikhsan, Kg Buso Laman rasmi Masjid Darul Ikhsan, Kampung Buso. Saluran untuk menyampaikan maklumat rasmi daripada JK MDI Buso dan wadah dakwah.

KELAS TAKMIR MINGGUANPIMPINAN AL-FADHIL USTAZ OMAR 16 FEBRUARI 2025 BERSAMAAN 17 SYAABAN 1446HAlhamdulillah, syukur ke h...
16/02/2025

KELAS TAKMIR MINGGUAN
PIMPINAN AL-FADHIL USTAZ OMAR
16 FEBRUARI 2025 BERSAMAAN 17 SYAABAN 1446H

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T atas izinNya untuk menjalani majlis ilmu yang mengupas berkenaan tentang fekah solat. Para jemaah berpeluang untuk mengajukan soalan dan kemusykilan perihal solat. Moga usaha ini diberkahi Allah S.W.T.

Imarah Malam Nisfu SyaabanSalah satu malam yang istimewa kerana dilimpahi keberkatan, keampunan dan dimakbulkan doa. Syu...
13/02/2025

Imarah Malam Nisfu Syaaban

Salah satu malam yang istimewa kerana dilimpahi keberkatan, keampunan dan dimakbulkan doa. Syukur atas Nikmat-Nya sebab malam tok di izinkan oleh Allah untuk menunaikan ibadah, kebetulan direzekikan karpet baharu.

Moga semakin istiqomah kita melaksanakan ibadah kepada Nya dan Moga Allah kurniakan juak kepada kita rezeki untuk bertemu dengan bulan mulia bulan Ramadan kelak. Amiin.

KELAS TAKMIR MINGGUAN 09 Februari 2025 bersamaan 8 Syaaban 1446HPembimbing : Ustaz Omar bin Mat Alhamdulillah, dengan iz...
09/02/2025

KELAS TAKMIR MINGGUAN
09 Februari 2025 bersamaan 8 Syaaban 1446H
Pembimbing : Ustaz Omar bin Mat

Alhamdulillah, dengan izin Allah kelas takmir berlangsung dengan lancar dalam mengupas fekah solat sebagai pengetahuan kepada ahli kariah. Semoga ilmu yang dikongsikan dapat dijadikan panduan dalam menunaikan ibadah dan mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.

BERITA KELUARGAInnalillahi wa inna 'ilahi roji'unAssalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuhDengan rasa sedih dan dukaci...
25/01/2025

BERITA KELUARGA
Innalillahi wa inna 'ilahi roji'un

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Dengan rasa sedih dan dukacita dimaklumkan bahawa saudara Zuihizam bin Mohamad @ Sahar atau lebih dikenali saudara Ijun telah kembali ke pangkuan Allah pada lewat malam tadi, 25 Januari 2025 bersamaan 25 Rejab 1446H.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Juga didoakan buat ahli keluarga khususnya dan saudara mara semoga tabah dan sabar menjalani Ujian-Nya. Allahumma amin.

Alhamdulillah, dengan izin dan rahmat Allah selesai Majlis Ilmu "Menyelami Peristiwa Israk dan Mikraj" yang dipimpin ole...
25/01/2025

Alhamdulillah, dengan izin dan rahmat Allah selesai Majlis Ilmu "Menyelami Peristiwa Israk dan Mikraj" yang dipimpin oleh Al-fadhil Ustaz Syed Alawi Mahdi Al-atthos (MIS002781) pada 24 Januari 2025 bersamaan 24 Rejab 1446H.

Alhamdulilla ala kulli hal, moga pengisian yang dilaksana ini menjadi wadah menjemput keberkatan dari Nya dan mengeratkan kesatuan ummah.

Mawar merah di hinggap ramaBanyak berputik di kebun sebelahNabi Muhammad Rasul utamaJunjungan mulia Kekasih AllahAjuhhhh...
12/09/2024

Mawar merah di hinggap rama
Banyak berputik di kebun sebelah
Nabi Muhammad Rasul utama
Junjungan mulia Kekasih Allah

Ajuhhhh, sama-sama kita mengimarahkan Majlis Ilmu yang berlangsung pada 13 September 2024 iaitu ari jumaat tok. Eboh engah-engah gik, embak dak bala kaban famili ekot sekali aok.

Dan jangan lupak berselawat aritok 😉

Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad,
Wa'ala ali sayyidina Muhammad

24/01/2024
25/09/2023

Assalamualaikum wrt. wbt,

Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa JAKIM Sarawak akan mengadakan program ceramah agama di Masjid Darul Ikhwan Kampung Buso pada ketetapan seperti berikut:

🗓26 Sept 2023 ( Selasa )
⏰ Selepas Maghrib
📁Tajuk Ceramah : Cintai Rasulullah
🗣Penceramah : Ustaz Mohd Firdaus bin Ahmat

Oleh yang demikian, pihak kami berbesar hati menjemput tuan/puan bagi memeriahkan lagi program tersebut.

Kehadiran tuan/puan dalam menjayakan program tersebut amatlah kami hargai.

Sekian

*URUSETIA*
*JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA SARAWAk*

Jemputan untuk seluruh warga kpg Buso dlm dan luar kampung. Boleh diwar ² untuk keluarga/kenalan yg berada di luar Buso,...
21/09/2023

Jemputan untuk seluruh warga kpg Buso dlm dan luar kampung. Boleh diwar ² untuk keluarga/kenalan yg berada di luar Buso,semoga majlis kita dibanjiri jemaah dan majlis kita diberkati oleh Allah swt...

Assalamu'alaikum *MAKLUMAN PROGRAM KEMBARA MADANI*Merujuk kepada perkara nok di atas ya.Untuk makluman semua, pihak JKP ...
17/08/2023

Assalamu'alaikum

*MAKLUMAN PROGRAM KEMBARA MADANI*

Merujuk kepada perkara nok di atas ya.

Untuk makluman semua, pihak JKP Masjid dengan kerjasama YADIM Sarawak akan mengadakan perkongsian ilmu - PROGRAM KEMBARA MADANI YADIM @ MASJID pada sabtu tok 19 Ogos 2023, selepas maghrib.

Ajuhhhh sama-sama kita memeriahkan lagik majlis ilmu tok kelak. Semoga dengan usaha kita tok, Allah berik banyak ganjaran ngan kita. Makseh aok atas perhatian semua.

Sekian

Address

Masjid Darul Ikhsan, Kampung Buso, Jalan Bau
Kuching
94000

Telephone

+601125012435

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Darul Ikhsan, Kg Buso posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share