Informasi Pendidikan Petra Jaya, Kuching

Informasi Pendidikan Petra Jaya, Kuching Laman ini dibangunkan bagi berkongsi informasi pendidikan, khusus yang berlaku di sekitar kawasan Petra Jaya, Kuching, Sarawak.

Tujuan-tujuan Persatuan

a) untuk mengadakan sesuatu forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan murid-murid dalam Sekolah dalam meningkatkan imej Sekolah;

b) untuk membantu dan menambah usaha Sekolah dalam memenuhi kehendak dan keperluan kebendaan murid-murid dalam kegiatan mereka;

c) untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam Sekolah bertukar-tukar fikiran dan maklumat mengenai pendidika

n;

d) untuk memberi peluang kepada ibu bapa dan guru dalam sekolah berunding antara satu sama lain dengan cara memperbaiki taraf pendidikan anak-anak mereka pada amnya; dan

e) untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam Sekolah untuk berusaha menambah kewangan Sekolah dan meningkatkan kemudahan fizikal bagi tujuan meningkatkan kemudahan pengajaran dan pembelajaran.

Pendidikan Tinggi dan Martabat Negara: Analisis Jurang Struktural Malaysia dalam Persaingan Global. Oleh Zaid Zaidel Jam...
21/01/2026

Pendidikan Tinggi dan Martabat Negara: Analisis Jurang Struktural Malaysia dalam Persaingan Global.

Oleh Zaid Zaidel Jamil

Dalam wacana nasional, pendidikan tinggi Malaysia sering digambarkan berada pada landasan yang meyakinkan. Kadar kebolehpasaran graduan telah meningkat kepada 92.5 peratus, kedudukan universiti tempatan dalam penarafan antarabangsa menunjukkan kemajuan yang konsisten, dan akses kepada pendidikan tinggi terus diperluaskan. Pencapaian ini bukan kecil nilainya dan wajar dihargai sebagai hasil pelaburan dasar yang berterusan sejak dua dekad lalu.

Namun demikian, apabila sistem pendidikan tinggi Malaysia diteliti secara perbandingan dengan negara maju, terserlah beberapa jurang struktural yang tidak dapat disembunyikan oleh angka-angka kejayaan semata-mata. Persoalannya bukan sama ada Malaysia telah maju, tetapi sejauh mana sistem ini mampu melonjak daripada tahap kecekapan kepada tahap kepemimpinan global.

Negara maju membangunkan pendidikan tinggi sebagai teras strategi negara. Malaysia p**a masih cenderung mengurusnya dalam kerangka pengoptimuman sistem, bukannya sebagai pemacu lonjakan nasional yang berani.

Kedudukan Global: Prestasi yang Membanggakan, Namun Belum Menentukan Kepemimpinan

Berdasarkan Indeks Pendidikan Global 2024, Malaysia berada di kedudukan ke-14 dunia bagi sistem pendidikan terbaik. Kedudukan ini meletakkan Malaysia mendahului beberapa negara maju seperti Belanda (ke-19), Perancis (ke-17) dan Switzerland (ke-24). Hal ini mencerminkan keupayaan sistem pendidikan tinggi negara untuk berfungsi dengan relatif berkesan walaupun dalam kekangan sumber.

Namun, realiti global menunjukkan bahawa negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan Jerman masih mendominasi kelompok teratas, bukan sahaja dari segi kualiti institusi, tetapi juga pengaruh intelektual, keupayaan inovasi dan kepimpinan ilmu. Kedudukan Malaysia yang baik ini harus dibaca sebagai asas yang kukuh, bukan sebagai tanda destinasi telah dicapai.

Pelaburan Awam: Kecekapan Tinggi, Tetapi Hadnya Semakin Jelas

Salah satu jurang paling ketara antara Malaysia dan negara maju terletak pada skala pelaburan kewangan. Data perbandingan dalam RPTM 2026–2035 menunjukkan bahawa perbelanjaan kerajaan per kapita Malaysia untuk pendidikan sekitar USD 1,000, jauh lebih rendah berbanding negara maju seperti Switzerland dan Belanda, yang masing-masing mencatatkan perbelanjaan melebihi USD 4,000 hingga USD 5,000 per kapita.

Malaysia memilih pendekatan kecekapan, dengan mengurangkan kos per pelajar di institusi awam daripada sekitar RM21,000 pada 2014 kepada RM19,000 pada 2024, sambil mengekalkan tahap kualiti yang munasabah. Pendekatan ini berjaya dalam konteks peluasan akses dan kestabilan fiskal. Namun, dalam ekonomi berasaskan pengetahuan, kecekapan tanpa lonjakan pelaburan akhirnya menemui hadnya. Negara maju memahami bahawa pelaburan besar dalam pendidikan tinggi bukan perbelanjaan, tetapi strategi jangka panjang untuk kekuasaan ilmu dan ekonomi.

Penyelidikan dan Universiti Bertaraf Dunia: Kemajuan yang Masih Terhad Skala

Malaysia kini mempunyai lima universiti dalam kelompok 200 terbaik dunia menurut QS World University Rankings 2025, dengan Universiti Malaya berada di kedudukan ke-60 dunia. Hal ini merupakan pencapaian penting yang menandakan kebangkitan institusi tempatan dalam ekosistem global.

Namun, perbandingan dengan negara maju mendedahkan jurang skala yang besar. Amerika Syarikat mempunyai lebih 140 universiti dalam senarai QS Global, manakala United Kingdom sekitar 90 universiti. Malaysia, meskipun berprestasi baik, masih beroperasi dalam ekosistem penyelidikan yang tertumpu, dengan kira-kira 60 peratus penerbitan negara disumbangkan oleh lima Universiti Penyelidikan utama.

Dalam konteks ini, peralihan Malaysia ke arah Universiti Generasi Keempat, yang menekankan nilai kemanusiaan, kemampanan dan impak masyarakat, adalah langkah selari dengan trend negara maju. Namun, tanpa peluasan kapasiti penyelidikan dan pengkomersialan merentas lebih banyak institusi, aspirasi ini beris*ko kekal sebagai wacana, bukan kuasa pengubah realiti.

Kebolehpasaran dan Enrolmen: Kejayaan Semasa, Cabaran Struktur Masa Hadapan

Malaysia mencatat kadar kebolehpasaran siswazah 92.5 peratus pada 2024, melepasi sasaran asal 80 peratus—satu pencapaian yang jarang dicapai di banyak negara. Namun, kadar enrolmen pendidikan tertiari Malaysia masih berada pada 41 peratus, di bawah sasaran 53 peratus menjelang 2025 dan lebih rendah berbanding kebanyakan negara maju yang mencatat kadar enrolmen tinggi dan stabil.

Hal ini menggambarkan satu paradoks: Malaysia berjaya memastikan graduan mendapat pekerjaan, tetapi masih belum mencapai tahap penyertaan pendidikan tertiari yang meluas dan mendalam seperti negara maju. Dalam ekonomi masa hadapan, persoalan bukan lagi sekadar bekerja atau tidak, tetapi sejauh mana tenaga kerja mampu menyesuaikan diri, mencipta nilai baharu dan memimpin inovasi.

Halatuju Masa Hadapan: Dari Sistem ke Bangsa

RPTM 2026–2035 memperkenalkan pendekatan “Whole-of-Nation”, yang menandakan peralihan penting daripada pembaharuan institusi semata-mata kepada transformasi ekosistem nasional. Fokus diberikan kepada pembinaan hab kecemerlangan global yang mampan, inklusif dan berpaks*kan kemanusiaan, dengan penekanan khusus kepada golongan B40, Orang Asli dan Orang Kurang Upaya, serta penggalakan inovasi merentas disiplin.

Pendekatan ini selari dengan amalan negara maju yang telah lama menyedari bahawa kekuatan pendidikan tinggi tidak terletak pada universiti semata-mata, tetapi pada kesepaduan antara dasar, industri, masyarakat dan nilai.

Antara Kecekapan dan Keberanian

Malaysia telah membuktikan bahawa ia mampu membina sistem pendidikan tinggi yang berfungsi dengan baik dalam kekangan sumber. Namun, perbandingan dengan negara maju menunjukkan bahawa kecekapan tanpa keberanian pelaburan dan reformasi struktur hanya membawa negara sejauh tertentu.

Selagi pendidikan tinggi dilihat sebagai kos yang perlu dikawal, dan bukan sebagai pelaburan strategik yang menentukan martabat negara, Malaysia akan terus berada dalam kedudukan mengejar.

Negara maju membina masa hadapan melalui universiti mereka. Malaysia kini berdepan pilihan, sama ada sekadar menyesuaikan universiti dengan masa kini, atau berani membentuk masa hadapan melaluinya.

Bolehlah merancang awal…
06/10/2024

Bolehlah merancang awal…

Alhamdulillah. Apa-apa penyelarasan gaji sekali pun, setroli ini kosnya sudah mencecah RM 700. Waima ada diskaun. Alhamd...
14/09/2024

Alhamdulillah. Apa-apa penyelarasan gaji sekali pun, setroli ini kosnya sudah mencecah RM 700. Waima ada diskaun. Alhamdulillah, sebab masih berkemampuan. Alhamdulillah.

13/09/2024

Isu GISB. Ternyata JAKIM gagal. Jika tidak kerana JK Fatwa Perlis, agaknya sampai bila-bila isu ini tidak diberikan perhatian. Ini isu negara. Isu melibatkan kanak-kanak, keharmonian masyarakat.

Dan Alhamdulillah, PDRM mendengar, menyiasat dan menemui bukti. Penindasan tahap meletakan nilai kemanusiaan amat rendah. Membodohkan akal. Ekploitasi akal, kebijaksaan dan harta. Kejam, zalim dan pemindasan. Hidup dalam kelompok tersendiri. Mudah-mudahan masyarakat kita sedar dan boleh berfikir sewarasnya.

Alhamdulillah. Dapat juga bergambar dalam kawasan Naikaku Sori Daijin Kantei atau lebih dikenali sebagai ’kantei’ kalang...
12/09/2024

Alhamdulillah. Dapat juga bergambar dalam kawasan Naikaku Sori Daijin Kantei atau lebih dikenali sebagai ’kantei’ kalangan masyarakat Jepun. Menurut Pegawai Pengiring kami, kerja pengubahsuaian struktur dan lanskap Kantei siap pada tahun 2002. Bangunan 5 tingkat termasuk aras bawah tanah ini berkeluasan sehingga 46,000 m2.

Menurut Skytrax 2024, Narita International Airport, diiktiraf sebagai lapangan terbang ke-5 di dunia sebagai World Best ...
07/09/2024

Menurut Skytrax 2024, Narita
International Airport, diiktiraf sebagai lapangan terbang ke-5 di dunia sebagai World Best Airport 2024. Pertama kali mendarat di Narita International Airport di Terminal 2, menggunakan pesawat MAS. Sementara menunggu masuk di hotel pada jam 2 petang, kami merayau ke Terminal 3 dan Terminal 1, dengan manfaatkan free shuttle.

Di Terminal 2, ada dua kedai makan berstatus HALAL, iaitu Sojibu dan La Toque. Sojibu memang kedai makan authentic Jepun yang wajid dicuba jika ingin merasai nikmat sebenar masakan Jepun. Ada pun La Toque, bolehlah jika disamakan sebagai kedai mamak di Malaysia sebab banyak hidangan berasaskan kari. Roti Canai tiadalah. Di Terminal 1, hanya satu kedai makan HALAL. Kedai berasaskan mi - Homemade Udon Kineyamugmaru. Yang berminat mi Jepun, inilah port yang wajib dicuba.

Tertarik bila masuk ke tandas di sini. Kemudahan untuk masyarakat OKU memang diberikan perhatian. Di setiap tandas ada bilik persalinan, yang lengkap dengan cermin, serta peribadi keadaanya. Memudahkan bagi yang ingin mengayakan diri selepas lebih 7 jam dalam kapal terbang.

Ada juga kemudahan tempat mandi dan berehat (Showers, Nap Rooms), dengan kadar bayaran yang munasabah. Paling ketara petunjuk arah ke setiap tempat memang tepat dan tidak mengelirukan. Tepat dan cekap alirannya. Seperti mana jelas dan sukanya kita bila berada di kedai jepun sebab semua benda yang tidak kita terfikir pun ada dijual 🤣. Memang wajar berada dalam kelompok 5 airport terbaik dunia.

04/09/2024

Every time there is an official government event, the organizers create a set of clothing to ensure a uniform appearance.

Approximately how many T-shirts or uniforms would someone have if they were the Prime Minister, Deputy Prime Minister, Chief Minister, Premier, and other ministers over the course of a year?

The Secretary-General once issued a circular on being thrifty. However, it seems that advice has gone to waste… everything has gone to the South China Sea…

Kalah 3-0 ? Ni nak molah. Dah kalah telan ajak lah. Mun aku jadi coach s*k kalah macam ya eh 🤣. Ni fikir kitak Tuan Moha...
02/09/2024

Kalah 3-0 ? Ni nak molah. Dah kalah telan ajak lah. Mun aku jadi coach s*k kalah macam ya eh 🤣. Ni fikir kitak Tuan Mohamad Ripin & Tian Madden Fidz 😎

Alhamdulillah.  Penduduk Malaysia keseluruhan ada 34.1 juta, dan 12.43 juta penduduk bekerja. Pecahan lagi 18.4% (3.06 j...
29/08/2024

Alhamdulillah. Penduduk Malaysia keseluruhan ada 34.1 juta, dan 12.43 juta penduduk bekerja. Pecahan lagi 18.4% (3.06 juta) daripada jumlah penduduk bekerja sendiri (S2 2024, DOSM). Bilangan pekerja bebas di Malaysia berjumlah kira-kira 1.4 juta. Dapatan oleh sahabat YBhg Encik Ahmad Nazli Othman Mohd, Ketua Pegawai Kewangan, PERKESO Malaysia.

Peranan PERKESO semakin menyerlah malah turut membantu dalam bab pemilikan rumah, penyelesaian hutang along dan Pusat Rehabilitasi PERKESO.

Jika dibandingkan dengan negara lain, Singapura misalnya, EPF dan PERKESO digabung menjadi satu entiti. Ada baiknya juga demikian di Malaysia, agar setiap pencarum dijamin;
✅ pemilikan rumah
✅ perlindungan keselamatan sosial
✅ penjagaan kesihatan
✅ sistem pencen awam

Yang pasti, peranan PERKESO terutama Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (Skim SESS) di bawah peruntukan Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017(Akta 789), memamg amat membantu. Malah kerajaan memberikan subsidi. Amat rugi kepada yang tidak manfaatkan peluang yang telah disediakan.

Alhamdulillah. Kita merancang, DIA yang tentukan semuanya. Pagi tadi  hadir ke majlis rasmi di Astana Negeri. Dan Alhamd...
26/08/2024

Alhamdulillah. Kita merancang, DIA yang tentukan semuanya. Pagi tadi hadir ke majlis rasmi di Astana Negeri. Dan Alhamdulillah, menikmati santapan tengah hari di Astana, dan berbincang beberapa hal dengan KSUK TYT Tun, Dato Seri Wan Hamzah. Selepas habis SUKMA, maka masa untuk kembali ke Pusat Pentadbiran.

Nak dijadikan cerita, penerbangan MH2521 seharusnya terbang jam 1515. Usai urusan di Astana Negeri, solat Zohor dan terus ke LTAK. Dengan penuh yakin sesampai di LTAK, untuk daftar masuk, rupanya begasi teringgal dirumah. Allahu Akbar! Gelabah!

Alhamdulillah, penerbangan ditunda ke jam 1650. Maka bolehlah kembali ke rumah memgambil begasi yang penuh dengan dokumen dan keperluan seminggu seperti biasa di Tanah Semenanjung.

Hikmah disebalik penundaan penerbangan. Alhamdulillah. Dan pada saat ini kapal terbang belum dapat mendarat kerana hujan turun dengan meriahnya. Dan aku masih menunggu membunuh waktu...

Address

Petra Jaya
Kuching
93050KUCHING,SARAWAK.

Telephone

+601137178788

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Informasi Pendidikan Petra Jaya, Kuching posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Informasi Pendidikan Petra Jaya, Kuching:

Share