PERKIM Bahagian Sarawak

Call Directions Website Contact the organization

PERKIM Bahagian Sarawak Pertubuhan sukarela yang diwujudkan untuk memberi perkhidmatan kebajikan dan kerja-kerja pembangunan masyarakat tanpa mengira bangsa atau agama.

Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Bahagian Sarawak telah wujud selama lebih kurang 20 tahun yang lepas. Tarikh keramat 18 Februari 1989 menyaksikan penubuhan rasmi PERKIM di Sarawak. Ia telah dilancarkan oleh YABhg. Datuk Amar Puan Sri Hajah Laila Taib di kediaman beliau, Demak Jaya, Jalan Bako, Kuching.

29/09/2026
๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€!Hari ini kita raikan bukan sekadar sebuah negara, tetapi semangat kebersamaan yang menya...
15/09/2026

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€!

Hari ini kita raikan bukan sekadar sebuah negara, tetapi semangat kebersamaan yang menyatukan kita semua. Kepelbagaian bukan penghalang, sebaliknya menjadi kekuatan yang menyatukan kita. Semoga Malaysia terus aman, makmur dan sejahtera.

Ikhlas daripada PERKIM Bahagian Sarawak.

๐‰๐”๐Œ๐€๐€๐“, ๐Ÿ๐Ÿ ๐’๐„๐๐“๐„๐Œ๐๐„๐‘ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” - ๐Š๐‡๐ˆ๐ƒ๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐€๐’๐˜๐€๐‘๐€๐Š๐€๐“ | ๐๐„๐‹๐€๐‰๐€๐‘ ๐Š๐Ž๐‹๐„๐‰ ๐ˆ-๐’๐˜๐’๐“๐„๐Œ ๐Š๐”๐‚๐‡๐ˆ๐๐†Seramai lima orang pelajar Diploma Pendid...
15/09/2026

๐‰๐”๐Œ๐€๐€๐“, ๐Ÿ๐Ÿ ๐’๐„๐๐“๐„๐Œ๐๐„๐‘ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” - ๐Š๐‡๐ˆ๐ƒ๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐€๐’๐˜๐€๐‘๐€๐Š๐€๐“ | ๐๐„๐‹๐€๐‰๐€๐‘ ๐Š๐Ž๐‹๐„๐‰ ๐ˆ-๐’๐˜๐’๐“๐„๐Œ ๐Š๐”๐‚๐‡๐ˆ๐๐†

Seramai lima orang pelajar Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Kolej I-System Kuching telah menjalani Program Khidmat Masyarakat di PERKIM Bahagian Sarawak sebagai sebahagian daripada tugasan kerja kursus mereka. Program ini turut menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 17: Kerjasama demi Matlamat, melalui jalinan kerjasama antara institusi dan PERKIM Bahagian dalam memperkukuh usaha kebajikan masyarakat.

Dalam menjayakan program ini, para pelajar bersama-sama kakitangan PERKIM Bahagian telah mengagihkan barangan terpakai kepada saudara kita di Masjid Insan Jaya, Kampung Insan Jaya, Tebedu. Sumbangan tersebut telah disampaikan secara ringkas kepada Ustaz Mohammad firduas Abdullah, Pengerusi Urusetia Saudara Kita Kampung Ihsan Jaya Tebedu sebagai wakil penerima.

PERKIM Bahagian Sarawak merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada para pelajar atas sumbangan tenaga, komitmen dan semangat yang ditunjukkan sepanjang menjayakan aktiviti ini. Semoga program seperti ini dapat menjadi teladan kepada generasi muda untuk terus menyumbang kepada masyarakat, di samping memupuk nilai murni, tanggungjawab sosial dan sikap prihatin dalam kalangan pelajar.

๐‰๐”๐Œ๐€๐€๐“, ๐ŸŽ๐Ÿ’ ๐’๐„๐๐“๐„๐Œ๐๐„๐‘ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” - ๐Š๐‡๐ˆ๐ƒ๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐€๐’๐˜๐€๐‘๐€๐Š๐€๐“ | ๐’๐˜๐€๐‘๐ˆ๐Š๐€๐“ ๐…๐ˆ๐‘๐’๐“ ๐’๐๐Ž๐‘๐“๐’ ๐’๐ƒ๐. ๐๐‡๐ƒPERKIM Bahagian Sarawak telah melaksanaka...
15/09/2026

๐‰๐”๐Œ๐€๐€๐“, ๐ŸŽ๐Ÿ’ ๐’๐„๐๐“๐„๐Œ๐๐„๐‘ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” - ๐Š๐‡๐ˆ๐ƒ๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐€๐’๐˜๐€๐‘๐€๐Š๐€๐“ | ๐’๐˜๐€๐‘๐ˆ๐Š๐€๐“ ๐…๐ˆ๐‘๐’๐“ ๐’๐๐Ž๐‘๐“๐’ ๐’๐ƒ๐. ๐๐‡๐ƒ

PERKIM Bahagian Sarawak telah melaksanakan agihan sumbangan kasut sekolah kepada para pelajar dari Syarikat First Sports Sdn. Bhd. Sumbangan telah dihantar di beberapa buah kampung sekitar Petra Jaya, Kuching.

Sumbangan daripada pihak First Sports Sdn. Bhd ini amat bermakna dalam membantu meringankan serba sedikit keperluan para pelajar, khususnya dalam menyediakan kelengkapan persekolahan.

PERKIM Bahagian Sarawak merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak pengurusan atas sumbangan yang telah disampaikan. Semoga usaha murni ini dapat memberi manfaat kepada para penerima serta dapat diteruskan pada masa akan datang.

10/09/2026

๐‘บ๐‘จ๐‘ณ๐‘จ๐‘ด ๐‘ป๐‘จ๐‘ฒ๐’๐‘ฐ๐‘จ๐‘ฏ

ุฅูู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ู‘ู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ู€ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนูˆู†ูŽ

Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) merakamkan ucapan takziah yang setulusnya kepada seluruh ahli keluarga dan waris empat petugas Kementerian Kesihatan Malaysia serta juruterbang yang terkorban dalam nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara berhampiran STOLport Long Lellang, Sarawak.

Semoga seluruh ahli keluarga dan waris diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian kehilangan yang amat berat ini.

Daripada:
๐™Ž๐™š๐™ก๐™ช๐™ง๐™ช๐™ ๐™’๐™–๐™ง๐™œ๐™– ๐™™๐™–๐™ฃ ๐™†๐™š๐™ฅ๐™ž๐™ข๐™ฅ๐™ž๐™ฃ๐™–๐™ฃ ๐™๐™š๐™ง๐™ฉ๐™ž๐™ฃ๐™œ๐™œ๐™ž ๐™‹๐™€๐™๐™†๐™„๐™ˆ

ISNIN, 07 SEPTEMBER 2026  | ๐Œ๐€๐Š๐‹๐”๐Œ๐€๐ ๐๐„๐๐€๐๐†๐†๐”๐‡๐€๐ ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐™๐”๐Œ๐๐€ ๐ƒ๐€๐ ๐€๐„๐‘๐Ž๐ƒ๐€๐๐‚๐„ Dimaklumkan bahawa Program Zumba dan Aeroda...
07/09/2026

ISNIN, 07 SEPTEMBER 2026 | ๐Œ๐€๐Š๐‹๐”๐Œ๐€๐ ๐๐„๐๐€๐๐†๐†๐”๐‡๐€๐ ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐™๐”๐Œ๐๐€ ๐ƒ๐€๐ ๐€๐„๐‘๐Ž๐ƒ๐€๐๐‚๐„

Dimaklumkan bahawa Program Zumba dan Aerodance yang dijadualkan pada Ahad, 13 September 2026 telah ditangguhkan ke tarikh baharu iaitu pada 22 November 2026 berikutan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan. Sama-sama lah kita menjaga kesihatan diri dan peka dengan keadaan sekeliling kita.

Segala kesulitan amatlah dikesali.

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐๐€๐๐†๐’๐€๐€๐ ๐Š๐„-๐Ÿ”๐Ÿ— Tanggal 31 Ogos menjadi simbol kebebasan, perpaduan dan semangat cintakan tanah ...
30/08/2026

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐๐€๐๐†๐’๐€๐€๐ ๐Š๐„-๐Ÿ”๐Ÿ—

Tanggal 31 Ogos menjadi simbol kebebasan, perpaduan dan semangat cintakan tanah air yang terus subur dalam jiwa rakyat Malaysia.

Marilah kita bersama-sama menghargai nikmat kemerdekaan dengan memelihara keharmonian, memperkukuh perpaduan dan saling menghormati tanpa mengira latar belakang.

Ikhlas daripada PERKIM Bahagian Sarawak

26/08/2026

๐Ÿ”ฅ RETRO ZUMBA & AERODANCE KINI KEMBALI! ๐Ÿ”ฅ

PERKIM Bahagian Sarawak dengan kerjasama DBKU menjemput orang ramai untuk menyertai Retro Zumba & Aerodance sempena DBKU Car Free Morning โ€“ Edisi Petra Jaya 2026.

Luangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan dalam suasana yang sihat dan ceria sambil mengimbau nostalgia retro.

๐Ÿ—“๏ธ 13 September 2026
โฐ 6.00 pagi โ€“ 9.00 pagi
๐Ÿ“ Perkarangan Bangunan Baitulmakmur, Petra Jaya
๐Ÿ’ต Yuran Penyertaan: RM22 seorang

Setiap peserta akan menerima:

๐ŸŽ Topi Edisi Khas (Special Design Cap)
๐Ÿ† Berpeluang memenangi hadiah bagi 3 Peserta Berpakaian Retro Terbaik
๐Ÿฅค Jamuan ringan
๐ŸŽ‰ Cabutan Bertuah dengan pelbagai hadiah menarik

โšก Tempat adalah terhad!
Daftar penyertaan anda sebelum 31 Ogos 2026 dengan mengimbas kod QR yang tertera pada poster. Jangan lepaskan peluang untuk bersenam sambil bergaya dengan tema retro dan memeriahkan pagi hujung minggu dalam suasana yang ceria.

Jom Sertai! Kekal Aktif, Eratkan Ukhuwah dan Cipta Kenangan Bersama. ๐Ÿ’ƒ๐Ÿ•บ

๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐Œ๐ž๐ง๐ฒ๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ ๐Œ๐š๐ฎ๐ฅ๐ข๐๐ฎ๐ซ ๐‘๐š๐ฌ๐ฎ๐ฅ Marilah kita bersama-sama menghayati dan menyemarakkan kecintaan kepada junjungan besar...
24/08/2026

๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐Œ๐ž๐ง๐ฒ๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ ๐Œ๐š๐ฎ๐ฅ๐ข๐๐ฎ๐ซ ๐‘๐š๐ฌ๐ฎ๐ฅ

Marilah kita bersama-sama menghayati dan menyemarakkan kecintaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad ๏ทบ dengan memperbanyakkan selawat, menghayati sirah Baginda serta mencontohi akhlak mulia dan sunnah Rasulullah dalam kehidupan seharian.

Address

Rumah PERKIM Sri Belian, Jalan Rodway
Kuching
93000

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:00
Tuesday 08:30 - 17:00
Wednesday 08:30 - 17:00
Thursday 08:30 - 17:00
Friday 08:30 - 17:00

Telephone

082-253211

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PERKIM Bahagian Sarawak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to PERKIM Bahagian Sarawak:

Shortcuts

Share