12/10/2026
Innalillahi wainnailaihi raji'un...
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Dukacita dimaklumkan bahawa Sapiee Bin Salam (48 tahun) telah kembali ke rahmatullah pada hari Isnin, 12 Oktober 2026 (bersamaan 1 Jamadilawal 1448H).
Berikut adalah butiran pengurusan jenazah almarhum:
• Pengurusan Jenazah: Masjid Darus Saadah, Kampung Tabuan Melayu.
• Lokasi Pengebumian: Tanah Perkuburan Islam, Jalan Samariang, Kuching (akan dikebumikan pada hari ini).
Sama-sama kita mendoakan agar roh Almarhum dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
Ya Allah, ampunilah dia, rahmatilah dia, sejahterakanlah dia, maafkanlah dia, muliakanlah tempat persinggahannya, luaskanlah lubang kuburnya, mandikanlah dia dengan air, salji dan air yang sejuk. Bersihkanlah dia dari segala kesalahan sebagaimana Engkau membersihkan pakaian yang putih daripada kotoran. Gantikanlah baginya rumah yang lebih baik daripada rumahnya, keluarga yang lebih baik daripada keluarganya dan pasangan yang lebih baik daripada pasangannya. Masukkanlah dia ke dalam syurga dan lindungilah dia daripada azab kubur atau azab neraka.
Aaamiin Aaamiin Yaa Rabbal Alaamiin🤲
Salam takziah buat seluruh ahli keluarga.
Al-Fatihah (dibaca)