Surau Al-Kauthar Taman Puteri

Surau Al-Kauthar Taman Puteri Surau Al-Kauthar Taman Puteri

02/09/2026

HALAQAH AL-FATIHAH BERSAMA IMAM LUQMAN MAHSEN

Alhamdulillah, satu lagi aktiviti ilmu bersama jemaah Surau Al-Kauthar Taman Puteri melalui Halaqah Al-Fatihah bersama Imam Luqman Mahsen.

Para jemaah berkesempatan membaca Surah Al-Fatihah secara langsung di hadapan imam untuk menyemak bacaan, memperbetulkan makhraj dan sebutan serta memperkemaskan bacaan Al-Fatihah yang kita baca setiap hari dalam solat.

Program sebegini bukan sekadar menambah ilmu, tetapi memberi peluang kepada kita untuk memperbaiki diri sedikit demi sedikit.

Baca. Semak. Perbaiki.
Semoga setiap usaha kita mempelajari dan memperelok bacaan Al-Quran menjadi amal yang berterusan. 🤲

Surau Al-Kauthar Taman Puteri
Mengimarahkan surau, menyuburkan ilmu, mengeratkan ukhuwah.

ALHAMDULILLAH, KURSUS MANASIK UMRAH BERJAYA DILAKSANAKANAlhamdulillah, Kursus Manasik Umrah yang berlangsung di Surau Al...
29/08/2026

ALHAMDULILLAH, KURSUS MANASIK UMRAH BERJAYA DILAKSANAKAN

Alhamdulillah, Kursus Manasik Umrah yang berlangsung di Surau Al-Kauthar Taman Puteri pagi ini telah selesai dilaksanakan dengan jayanya.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz Mohamed Zamri Bin Basir, Pembimbing Umrah, atas perkongsian ilmu, penerangan serta bimbingan yang sangat bermanfaat kepada para jemaah.

Terima kasih juga kepada semua jemaah dan penduduk yang hadir meluangkan masa untuk bersama-sama menimba ilmu dan memahami dengan lebih dekat tatacara serta persediaan dalam menunaikan ibadah umrah.

Semoga segala ilmu yang diperoleh memberi manfaat, dipermudahkan urusan bagi yang bakal menjadi tetamu Allah, dan semoga kita semua turut dikurniakan rezeki untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci. 🤲🏻🕋

Terima kasih kepada semua yang bersama-sama mengimarahkan Surau Al-Kauthar Taman Puteri.

PENYERAHAN SUMBANGAN MAKANAN ASASAlhamdulillah, Surau Al-Kauthar Taman Puteri telah menyampaikan sumbangan makanan asas ...
29/08/2026

PENYERAHAN SUMBANGAN MAKANAN ASAS

Alhamdulillah, Surau Al-Kauthar Taman Puteri telah menyampaikan sumbangan makanan asas kepada Madrasah Abu Zar Al-Ghifari.

Penyerahan sumbangan telah disempurnakan oleh Pengerusi Surau Al-Kauthar Taman Puteri, En. Hassim Saat, sebagai tanda keprihatinan dan sokongan kepada para pelajar madrasah.

Semoga sumbangan ini memberi manfaat dan membantu keperluan harian mereka. Terima kasih kepada semua para penyumbang yang sentiasa bersama-sama menjayakan usaha kebajikan Al-Kauthar. Semoga setiap sumbangan menjadi amal jariah yang berpanjangan. 🤲

🌿 JOM BERINFAQ BERSAMA AL-KAUTHAR

Bagi yang ingin bersama-sama menyokong program kebajikan, dakwah dan aktiviti Surau Al-Kauthar Taman Puteri, sumbangan boleh disalurkan melalui:

RHB ISLAMIC BANK BERHAD
SURAU AL-KAUTHAR TAMAN PUTERI
No. Akaun: 26126200001184

Sedikit bagi kita, besar manfaatnya buat mereka yang memerlukan.

Semoga Allah SWT menerima setiap infaq, meluaskan rezeki para penyumbang dan menjadikannya saham akhirat yang berterusan.

PENGURUSAN JENAZAH MALAM INIإِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَUsai Solat Isyak', 25 Ogos 2026, 10 Rabiulawal 144...
25/08/2026

PENGURUSAN JENAZAH MALAM INI

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

Usai Solat Isyak', 25 Ogos 2026, 10 Rabiulawal 1448H, pihak Surau Al-Kauthar Taman Puteri bersama-sama membantu dalam pengurusan jenazah saudara kita, Allahyarham Khalid Bin Bakar.

Pengurusan jenazah diketuai oleh Imam Wan Morni, manakala solat jenazah telah diimamkan oleh Tuan Hasim Saat, Pengerusi Surau Al-Kauthar Taman Puteri.

Alhamdulillah, segala urusan dipermudahkan dengan kerjasama mereka yang hadir membantu sehingga selesai.

Semoga segala khidmat dan tenaga yang dicurahkan dalam menguruskan saudara kita ini menjadi amal kebajikan dan mendapat ganjaran di sisi Allah SWT.

Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarham, merahmati rohnya, melapangkan kuburnya dan menempatkannya bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Salam takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarham Khalid Bin Bakar.

Al-Fatihah. 🤲

25/08/2026

CERAMAH KHAS MAULIDUR RASUL
Ceramah Maulidur Rasul disampaikan oleh Ustaz Haji Husaini Haji Hamdan.

📅 24 Ogos 2026 | Isnin
🕰️ Selepas Maghrib hingga Isyak
📍 Surau Al-Kauthar Taman Puteri

Terima kasih kepada seluruh jemaah dan penduduk yang hadir bersama-sama mengimarahkan sambutan Maulidur Rasul. Semoga majlis ini menambahkan kecintaan kita kepada Rasulullah ﷺ serta mengeratkan ukhuwah sesama kita.

GOTONG-ROYONG MENYEDIAKAN JUADAH MAULIDUR RASUL ﷺAlhamdulillah, suasana penuh semangat dan ukhuwah dalam gotong-royong m...
24/08/2026

GOTONG-ROYONG MENYEDIAKAN JUADAH MAULIDUR RASUL ﷺ

Alhamdulillah, suasana penuh semangat dan ukhuwah dalam gotong-royong menyediakan juadah sempena Program Maulidur Rasul ﷺ di Surau Al-Kauthar Taman Puteri.

Gotong-royong ini diketuai sendiri oleh Pengerusi Surau Al-Kauthar, Tuan Hasim Saat, bersama tenaga wanita Taman Puteri yang sangat proaktif dan tidak lokek mencurahkan masa serta tenaga. 💚

Ada yang menyediakan bahan, memotong, memasak, mengemas dan menyediakan hidangan, semuanya bergerak bersama demi memastikan juadah untuk para jemaah dapat disediakan dengan sebaiknya.

Inilah kekuatan komuniti Taman Puteri. Bila ramai yang ringan tulang dan saling membantu, kerja yang berat menjadi mudah dan suasana p**a menjadi meriah.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang turun padang. Semoga setiap titik peluh, masa, tenaga dan rezeki yang dicurahkan diterima Allah SWT sebagai amal kebajikan serta mengeratkan lagi ukhuwah sesama kita. 🤲

Cinta Rasul, Inspirasi Ummah ❤️
UMMAH MAJU MAKMUR

ALHAMDULILLAH, CERAMAH MAULIDUR RASUL ﷺ BERJALAN LANCARSyukur ke hadrat Ilahi, dengan izin dan rahmat-Nya, Ceramah Sempe...
24/08/2026

ALHAMDULILLAH, CERAMAH MAULIDUR RASUL ﷺ BERJALAN LANCAR

Syukur ke hadrat Ilahi, dengan izin dan rahmat-Nya, Ceramah Sempena Maulidur Rasul ﷺ di Surau Al-Kauthar Taman Puteri telah berlangsung dengan lancar dan penuh pengisian.

Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ustaz Haji Husaini Haji Hamdan atas perkongsian ilmu dan pengisian yang sangat bermanfaat dalam menyemarakkan lagi rasa cinta kita kepada junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ.

Alhamdulillah, terima kasih juga kepada seluruh jemaah, penduduk Taman Puteri dan kawasan sekitar yang hadir bersama keluarga serta sahabat bagi mengimarahkan surau pada malam ini.

Tidak dilupakan semua AJK, petugas dan mereka yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini. Semoga setiap usaha, masa dan tenaga yang dicurahkan diterima Allah SWT sebagai amal kebajikan. 🤲

Cinta Rasul, Inspirasi Ummah
UMMAH MAJU MAKMUR

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد ﷺ

CERAMAH MAULIDUR RASUL ﷺJom seluruh penduduk Taman Puteri dan kawasan sekitarnya! 🕌💚Mari kita bersama-sama hadir memeria...
23/08/2026

CERAMAH MAULIDUR RASUL ﷺ

Jom seluruh penduduk Taman Puteri dan kawasan sekitarnya! 🕌💚

Mari kita bersama-sama hadir memeriahkan Ceramah Sempena Maulidur Rasul ﷺ bersama:

🎙️ Ustaz Haji Husaini Haji Hamdan
📅 Isnin, 24 Ogos 2026
🕰️ Selepas Maghrib hingga Isyak
📍 Surau Al-Kauthar Taman Puteri

Bawa bersama keluarga, jiran dan sahabat. Kita hidupkan malam penuh keberkatan ini dengan ilmu, selawat dan kecintaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ.

“Cinta Rasul, Inspirasi Ummah”
UMMAH MAJU MAKMUR

✨ Semua dijemput hadir. Jumpa malam esok di Surau Al-Kauthar!

Pemasangan Banner Sempena Maulidur Rasul ﷺAlhamdulillah, pemasangan banner sempena Program Maulidur Rasul di Surau Al-Ka...
23/08/2026

Pemasangan Banner Sempena Maulidur Rasul ﷺ

Alhamdulillah, pemasangan banner sempena Program Maulidur Rasul di Surau Al-Kauthar Taman Puteri sedang dilaksanakan sebagai persiapan menyambut program yang bakal berlangsung pada 24 & 25 Ogos 2026.

Sedikit demi sedikit persiapan dibuat, dengan semangat kebersamaan dan ukhuwah warga Taman Puteri. 💚

“Cinta Rasul, Inspirasi Ummah”
UMMAH MAJU MAKMUR

Semoga segala urusan dipermudahkan dan program ini menjadi asbab kita semakin mencintai serta menghayati sunnah Rasulullah ﷺ.

Address

Taman Puteri Jalan Sultan Tengah
Kuching
93050

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Al-Kauthar Taman Puteri posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share