ANGKASAMart Sarawak

ANGKASAMart Sarawak Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from ANGKASAMart Sarawak, Community Service, ANGKASAMart, Kuching.

Program Pembekalan Barangan Asas 100 atau dikenali sebagai BA100 merupakan satu program bersepadu yang diperkenalkan oleh ANGKASA untuk menggerakkan perniagaan koperasi terutamanya membantu dan menawarkan penjualan barangan asas dengan harga berpatutan.

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐‰๐”๐€๐‹๐€๐ ๐€๐†๐‘๐Ž ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ ๐€๐๐‰๐”๐‘๐€๐ ๐€๐๐†๐Š๐€๐’๐€๐Œ๐€๐‘๐“ ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐…๐€๐Œ๐€ ๐๐ˆ๐๐“๐”๐‹๐”Sebauh, 1 March 2025 (sabtu), ANGKASAMart Sarawak den...
02/03/2025

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐‰๐”๐€๐‹๐€๐ ๐€๐†๐‘๐Ž ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ ๐€๐๐‰๐”๐‘๐€๐ ๐€๐๐†๐Š๐€๐’๐€๐Œ๐€๐‘๐“ ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐…๐€๐Œ๐€ ๐๐ˆ๐๐“๐”๐‹๐”

Sebauh, 1 March 2025 (sabtu), ANGKASAMart Sarawak dengan kerjasama FAMA Bintulu telah mengadakan Program Jualan Agro Madani di Waterfront Sebauh, Pekan Sebauh. Program ini berlangsung selama dua hari (1-2 March 2025). Program ini diadakan bersekali dengan Program Gotong Royong Perdana Daerah Sebauh 2025 yang dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato Sri Dr Stephen Rundi Anak Utom yang merupakan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah.

Penjualan Set Kombo Agro Madani yang ditawarkan dijual pada harga RM15 (beras 5kg, tepung gandum serbaguna 850gm dan minyak masak peket 1kg). Selain itu, terdapat juga penjualan ayam segar, ikan segar dan telur ayam gred A oleh FAMA Bintulu ditawarkan kepada penduduk setempat serta kawasan sekitar.

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan barangan keperluan asas harian anda disini. Marilah sama-sama membeli dan memeriahkan program jualan ini.

Laporan disediakan oleh,
Anderson Edit
Pegawai ANGKASA Sarawak

๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—ฅ๐—”๐—›๐— ๐—”๐—› ๐— ๐—”๐——๐—”๐—ก๐—œ ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—” ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—ฆ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐——๐—˜๐—ฆ๐—” ๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐— ๐—”๐—๐—จ๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐—ฆ๐—ฌ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ž๐—”๐—ง (๐—ž๐—˜๐— ๐—”๐—ฆ) ๐—ฆ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ช๐—”๐—ž ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ KOTA SAMA...
09/02/2025

๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—ฅ๐—”๐—›๐— ๐—”๐—› ๐— ๐—”๐——๐—”๐—ก๐—œ ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—” ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—ฆ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐——๐—˜๐—ฆ๐—” ๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐— ๐—”๐—๐—จ๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐—ฆ๐—ฌ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ž๐—”๐—ง (๐—ž๐—˜๐— ๐—”๐—ฆ) ๐—ฆ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ช๐—”๐—ž ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ

KOTA SAMARAHAN, 08 FEBRUARI 2025 (SABTU), ANGKASAMART Sarawak telah mengadakan aktiviti Jualan Rahmah Madani di Dewan Masyarakat Kampung Endap, Kota Samarahan di bawah Program Salam Desa anjuran KEMAS. Majlis perasmian penutupan Program Salam Desa telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Hajjah Rubiah binti Haji Wang, Timbalan Menteri Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah. Encik Wan Azizan Bin Wan Zainal Abidin, Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Sarawak turut menghadiri majlis ini.

KEMAS Sarawak telah diberi tanggungjawab untuk menganjurkan Program Salam Desa sekaligus menjadi medan pelancaran Program Satu Pemimpin Satu Kampung (Santuni MADANI) bagi tahun 2025. Rakan-rakan Kerjasama Strategik pelaksanaan program ialah KKDW, RISDA, FELCRA, MARA, GIATMARA, SKM, KKM, JKM, PDRM, MPKS, DID, ANGKASA dan JKKK Kampung.

Program Salam Desa ini bertujuan untuk memberi ruang yang lebih dekat untuk masyarakat kampung mengetahui perancangan dan strategi yang telah diatur oleh pemimpin bagi membangunkan sesebuah kampung. Menerusi program seumpama ini, hubungan antara pemimpin dengan masyarakat setempat menjadi lebih erat di samping memacu agensi-agensi kerajaan untuk peka dan cakna terhadap keperluan dan kehendak warga desa dalam usaha memajukan dan memperbaiki taraf hidup masing-masing.

YB Datuk Timbalan Menteri berkesempatan singgah ke โ€˜Booth ANGKASAโ€™ dan disambut oleh Pengerusi JPAN Sarawak. Seterusnya berlangsung sesi bertukar cenderahati dan perasmian Jualan Rahmah dimulakan. YB Datuk juga bermurahhati menyalurkan subsidi harga barangan sebanyak RM3000.00 kepada ANGKASAMart Sarawak agar barangan yang dijual dapat dikurangkan harga sehingga 30% daripada harga asal.

Pihak KEMAS amat berharap dengan mengadakan aktiviti Jualan Rahmah Madani ANGKASA dapat meringankan beban penduduk setempat untuk mendapatkan barangan keperluan pada harga lebih murah berbanding harga pasaran. Pelbagai barangan dengan harga rahmah ditawarkan seperti beras 10kg, tepung, telur, minyak masak dan sebagainya.

Laporan disediakan oleh;
Dayang Julina Abang Malik
Pegawai ANGKASA Sarawak

Program 2 hari, 14-15 Disember (Sabtu dan Ahad). Masih ada sehari lagi guys. Sila hadir dan shopping di sini guys ๐Ÿ‘‹
14/12/2024

Program 2 hari, 14-15 Disember (Sabtu dan Ahad). Masih ada sehari lagi guys. Sila hadir dan shopping di sini guys ๐Ÿ‘‹

Jemput datang beramai2 14-15 Disember 2024 di Kampung Kuala Nyalau, Bintulu.
14/12/2024

Jemput datang beramai2 14-15 Disember 2024 di Kampung Kuala Nyalau, Bintulu.

06/12/2024

Salam semua, ANGKASAMart Sarawak ada menjual set hamper untuk musim perayaan dan sambutan tahun baru 2025 yang akan tiba tidak lama lagi. Mari dapatkan set hamper anda dengan harga yang berpatutan untuk dihadiahkan kepada keluarga serta rakan taulan sempena musim perayaan ini.

29/11/2024

Jum datang sitok..banyak barang dijual sitok dengan rega murah

26/06/2024

Address

ANGKASAMart
Kuching
93050

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ANGKASAMart Sarawak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to ANGKASAMart Sarawak:

Share