01/06/2026
𝐃𝐀𝐓𝐔𝐊 𝐇𝐀𝐉𝐈 𝐈𝐁𝐑𝐀𝐇𝐈𝐌 𝐁𝐀𝐊𝐈 𝐇𝐀𝐃𝐈𝐑 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐈𝐁𝐀𝐃𝐀𝐇 𝐊𝐎𝐑𝐁𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐍𝐆 𝐊𝐔𝐃𝐄𝐈 𝐔𝐋𝐔
27 Mei 2026 - Yang Berhormat Datuk Haji Ibrahim Baki, Timbalan Menteri Utiliti (Sarawak Energy Berhad dan PETROS) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.8 Satok, telah menghadiri Program Ibadah Korban Aidiladha yang berlangsung di Kampung Kudei Ulu.
Turut hadir memeriahkan program tersebut ialah Tuan Haji Abdul Samad Ghany, Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, bersama para pemimpin masyarakat, ahli jawatankuasa kampung serta penduduk setempat yang berganding bahu menjayakan ibadah korban.
Program yang diadakan sempena sambutan Hari Raya Aidiladha ini menjadi platform untuk menghayati nilai pengorbanan, keikhlasan dan kebersamaan yang menjadi teras perayaan tersebut. Selain pelaksanaan ibadah korban, program turut memberi peluang kepada masyarakat setempat untuk berkumpul, mengeratkan silaturahim dan memperkukuhkan semangat kejiranan.
Dalam suasana penuh muafakat dan gotong-royong, daging korban telah diagihkan kepada para penerima yang layak sebagai usaha berkongsi rezeki serta menyantuni golongan yang memerlukan.
YB Datuk Haji Ibrahim Baki turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program berkenaan dan berharap semangat kebersamaan yang dipupuk melalui aktiviti kemasyarakatan seperti ini dapat terus diperkukuhkan demi kesejahteraan penduduk setempat.
Semoga ibadah korban yang dilaksanakan diterima oleh Allah SWT serta membawa keberkatan kepada seluruh warga Kampung Kudei Ulu.